Penggunaan Pine Script di Tradingview- Part 1
Assalamualaikum dan Hai. Salam sejahtera kepada anda semua. Moga anda dalam keadaan baik dan sihat sahaja. Untuk artikel kali nie saya akan share mengenai cara penggunaan Pine Script di Tradingview.
Kalau sebelum nie saya ada share mengenai cara menggunakan gann tools di tradingview. Anda boleh klik link di atas untuk pembelajaran lebih lanjut.
Apa itu Pine Script?
Pertama sekali kita kena tahu apa itu pine script?
Pine script nie sebenarnya secara umumnya boleh digunakan di tradingview.
Ianya adalah satu pengaturcaraan (programming) yang dihasilkan tradingview untuk backtest strategy dan membuat custom indicator.
Pengaturcaraan ini sangat mudah untuk faham dan hasilkan sendiri
Senang kata kita boleh buat indikator sendiri.
Cara-Cara Mula
Sign up/in Tradingview
Okey pertama sekali anda perlu sign up/in di Tradingview.
Untuk yang langgan basic/free tradingview anda hanya boleh letak limit 3 indikator. Kali ni kita akan ajar yang paling basic.
Untuk pengetahuan korang tiada kos yang dikenakan untuk menggunakan pine script nie.
Yang kedua, mulakan dengan membaca dokumen yang ada di internet mengenai pine script. Banyak perkara yang anda boleh belajar mengenai pine script nie sebenarnya.
Yang ketiga cari guru yang betul. Anda perlu cari guru yang betul untuk mengajar anda mengenai pine script nie agar anda tahu macam mana nak menggunakannya.
Pine Script di Tradingview
Okey jom kita buka tradingview terlebih dahulu.
Untuk belajar pine script nie kita akan fokuskan kepada moving average 20, 50 dan 200.
Jika ada yang melanggan tradingview secara percuma anda hanya boleh masukkan limit 3 jenis indikator sahaja jadi anda tak dapat masukkan indikator yang lain seperti MACD atau stochastic.
Jadi solusinya ialah dengan menggunakan pine script. Dengan menggunakan ini kita boleh menggabungkan satu indikator dengan indikator- indikator yang lain.
Dengan cara ni anda dapat tambah indikator yang lain dalam tradingview anda walaupun hanya melanggan tradingview yang percuma/basic.

Berdasarkan gambar di atas anda boleh pergi ke indicator dan cari my scripts. Di sini anda boleh mula untuk create pine script anda.

Seterusnya anda boleh klik pada pine editor untuk masukkan script. Dekat sini ia dah default untuk version=4 (yang paling latest), study (“My Script”) dan plot (close). Tapi kita tak gunakan benda nie.

Berdasarkan gambar di atas, anda hanya perlu follow sahaja pine script yang dah Mahersaham tunjukkan di atas.
Sebagai contoh study(“3 Moving Average”, overlay=true)
Untuk jenis moving average masukkan m1, m2 dan m3 dan defval 20, 50 dan 200 berdasarkan kajian yang ingin anda lakukan.
Sebagai contoh variable:
_m1_src = input(title=”MA1 Source”,type=input.source,defval=close)
_m1_val = input(title=”MA1 Value”, type=input.integer, defval=20)
_m2_src = input(title=”MA2 Source”, type=input.source, defval=close)
_m2_val = input(title=”MA2 Value”, type=input.integer, defval=50)
_m3_src = input(title=”MA3 Source”, type=input.source, defval=close)
_m3_val = input(title=”MA3 Value”, type=input.integer, defval=200)
Calculation Simple Moving Average
Simple sahaja. Kita akan menggunakan sma. Anda boleh lihat contoh seperti di bawah:
Source: close
ma_1 = sma(_m1_src, _m1_val)
ma_2 = sma(_m2_src, _m2_val)
ma_3 = sma(_m3_src, _m3_val)
Plot
Untuk bahagian plot kita akan plot satu per satu moving average.
Sebagai contoh:
plot(ma_1, color=color.yellow, linewidth=1)
plot(ma_2, color=color.red, linewidth=2)
plot(ma_3, color=color.green, linewidth=3)
Colour: untuk warna line tu nanti
Linewidth: Parameter ini digunakan bagi membezakan line walaupun warnanya sudah berbeza.
Okey..selepas anda sudah selesai masukkan parameter yang perlu gunakan anda perlu tekan save dan masukkan nama untuk script anda.
Selepas tu klik add to chart untuk masukkan dalam chart anda.

Haaa.. nampak tak dalam gambar di atas, selepas kita add to chart ia hanya akan muncul 3 moving average close 20, close 50 dan close 200.
Jadi anda telah gabungkan 3 indikator menjadi hanya 1 indikator

Korang juga boleh adjust dekat input untuk berapa value yang korang nak letak bergantung atas kajian korang sendiri. Seperti yang saya telah letakkan adalah MA value 5,10 dan 20
Set Alert
Next step adalah kita perlu buat alarm untuk kita tahu kaunter yang kita cari tu memenuhi kriteria yang kita mahu.
Berikut adalah script untuk set alarm:
_3MA_condition = (_m1_src > _m1_val) and (_m2_src > _m2_val) and (_m3_src > _m3_val)
alertcondition(_3MA_condition, title=”Price Daily under 3 Moving Average”)
Untuk pembelajaran yang lebih lanjut, anda boleh lihat video di youtube yang saya telah attach di bawah.
Rujukan Pine Script
Di bawah ini adalah rujukan pine script untuk anda follow
// This source code is subject to the terms of the Mozilla Public License 2.0 at https://mozilla.org/MPL/2.0/// © MahersahamOfficial.
//@version=4
study(“3 Moving Average”, overlay=true)
_m1_src = input(title=”MA1 Source”,type=input.source,defval=close)
_m1_val = input(title=”MA1 Value”, type=input.integer, defval=20)
_m2_src = input(title=”MA2 Source”, type=input.source, defval=close)
_m2_val = input(title=”MA2 Value”, type=input.integer, defval=50)
_m3_src = input(title=”MA3 Source”, type=input.source, defval=close)
_m3_val = input(title=”MA3 Value”, type=input.integer, defval=200)
ma_1 = sma(_m1_src, _m1_val)
ma_2 = sma(_m2_src, _m2_val)
ma_3 = sma(_m3_src, _m3_val)
plot(ma_1, color=color.yellow, linewidth=1)
plot(ma_2, color=color.red, linewidth=2)
plot(ma_3, color=color.green, linewidth=3)
_3MA_condition = (_m1_src > _m1_val) and (_m2_src > _m2_val) and (_m3_src > _m3_val)
alertcondition(_3MA_condition, title=”Price Daily under 3 Moving Average”)
Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat kaedah yang lebih mudah untuk anda menggunakan indikator yang banyak dalam satu-satu masa. Antaranya ialah dengan menggunakan pine script.
Hal ini akan lebih memudahkan dan mempercepatkan kajian saham anda.
Jom lihat video di bawah untuk belajar dengan lebih jelas mengenai pine script.
Moga artikel kali ni bermanfaat untuk anda.
Jangan lupa KOMEN, LIKE DAN SHARE!
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.