Pemilik Ayam Brand Bukan Rakyat Malaysia?!

Ayam Brand, jenama makanan dalam tin pilihan nombor 1 rakyat Malaysia

Ayam Brand, sebuah jenama yang tidak asing lagi di Malaysia dimana kewujudannya sudah ada di pasaran sejak 127 tahun yang lalu.

Pergilah di mana-mana sahaja tidak kira kedai runcit di kampung hingga ke pasaraya besar terkemuka, jenama Ayam Brand pasti ada dijual di situ.

Satu jenama yang cukup popular dan menjadi pilihan orang ramai dengan produk sardin dan tuna berkualiti tinggi dan sedia untuk dimakan.

Kini jenama ayam Brand sudah tersebar luas merentasi Australia, China, Perancis, Hong Kong, Jepun, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Vietnam.

Ayam Brand juga sangat menitikberatkan kualiti produknya dimana bahan-bahannya disedia tanpa menggunakan bahan pengawet, MSG dan trans lemak.

Siapa pengasas Ayam Brand?

Siapa sangka jenama yang begitu terkenal ini diasaskan oleh seorang lelaki warganegara Perancis yang bernama Alfred Clouet.

Pada awalnya, syarikat ini bertapak di Singapura yang mana ketika itu sebahagian daripada British Malaya pada tahun 1982.

Ketika itu, makanan dalam tin dianggap sebagai makanan mewah.

Pada tahun 1954, syarikat ini dibeli oleh Kumpulan Syarikat Denis Freres yang juga merupakan bangsa Perancis juga.

Sehingga kini, nama pengasas diabadikan menerusi nama syarikat pengedaran iaitu A. Clouet & Co Kl Sdn Bhd di Malaysia

Ayam Brand pada masa kini

Hingga kini, 100 peratus produk sardin Ayam Brand  dihasilkan di kilang berkenaan dan kira-kira 1,200 pekerja tempatan berkhidmat di situ.

Tahukah anda, syarikat Ayam Brand ialah salah satu daripada kilang pengeluar sardin terbesar di Asia tenggara.

Selain itu, kilang Ayam Brand turut menerima pensijilan tertinggi termasuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tahap kualiti pengeluaran dan kebersihan.

Kini, jenama Ayam Brand meluaskan lagi rangkaian produknya termasuklah tuna, santan kelapa, kacang panggang dan buah-buahan.

Syarikat Ayam Brand juga menjadi ahli Global Compact, rangkaian singapura sejak 1 Januari 2016.

Pada tahun 2007, satu tinjauan pengguna  yang dikendalikan oleh Synovate iaitu sebuah syarikat penyelidikan pasaran global.

Tinjauan tersebut meletakkan Ayam Brand pada kedudukan ke-197 jenama di Asia, di atas nama-nama yang terkenal seperti Nissan, L’Oréal, Heinz, atau American Express.

Ayam Brand aktif anjur kerja amal

Ayam Brand juga aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti kerja amal dengan rumah-rumah kebajikan.

Syarikat ini sangat berbesar hati apabila dapat membekalkan mereka yang memerlukan dengan makanan enak dan berkhasiat yang mudah disediakan serta dihidangkan.

Menerusi aktiviti kemasyarakatan tersebut, Ayam Brand yakin ianya satu platform yang baik untuk menerapkan tabiat pemakanan sihat sepanjang hayat.

Lelaki asing yang membina nama di Tanah Melayu

Alfred Clouet ialah contoh ahli usahawan yang membina nama di negara bukan kelahirannya iaitu Perancis.

Lelaki ini berjaya mencipta nama yang luar biasa dalam perniagaan yang diasaskannya.

Jadi, kita juga boleh mengikuti jejak langkah usahawan Alfred Clouet dengan mencurahkan segala usaha serta keazaman yang tinggi dalam membangunkan empayar perniagaan.

 

 

 

Kongsi Artikel Ini:

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Prestasi Saham Bursa Malaysia

Follow Facebook MaherSaham

Follow Kami

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Kami juga akan ajarkan kepada anda teknik-teknik terbaik, guide tentang platform dan juga update berkaitan dunia saham kepada anda.

You have Successfully Subscribed!

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Kami juga akan ajarkan kepada anda teknik-teknik terbaik, guide tentang platform dan juga update berkaitan dunia saham kepada anda.

You have Successfully Subscribed!

Video Saham Percuma

Video Saham Percuma

Daftar NEWSLETTER kami sekarang dan anda akan menerima :

- link video-video asas saham

- tips-tips saham percuma

You have Successfully Subscribed!

Screener Saham "Real Time" Berpotensi Tinggi

Screener Saham "Real Time" Berpotensi Tinggi

Kunci kepada kejayaan pelaburan saham anda. Berminat untuk ketahui potensi sebenar Screener ini?

Tinggalkan maklumat anda di sini

You have Successfully Subscribed!

Tonton Video-video Saham Eksklusif!

Tonton Video-video Saham Eksklusif!

Kami juga akan ajarkan kepada anda teknik-teknik terbaik, guide tentang platform dan juga update berkaitan dunia saham kepada anda.

You have Successfully Subscribed!

Pin It on Pinterest

Share This