Dividend
|

Pembayaran Dividen Syarikat Boleh Dilaburkan Semula

Pembayaran Dividen Syarikat Boleh Dilaburkan?

Selalu, orang akan menunggu dividen setiap 3 bulan atau setahun sekali.

Jarang kita dengar, orang laburkan semula dividen yang dibayar oleh syarikat.

Kalau dividen setakat 1.25% macam Tabung Haji, apalah sangat kalau nak laburkan semula.

Lainlah kalau dividen 100%, berbaloilah jugak!

Waktu zaman kanak-kanak, kita diajar menyimpan dalam Tabung Haji sebab dividen tinggi.

Tapi sebenarnya, kita tidak didedahkan di peringkat awal tentang syarikat-syarikat lain yang mampu memberikan pulangan yang jauh lebih tinggi daripada Tabung Haji.

Sedar atau tidak, ada beberapa syarikat yang memberikan pulangan dividen lebih 20% dan ke atas.

Bagaimana syarikat boleh bayar dividen tinggi?

Salah satu asas pelaburan yang sangat menguntungkan ialah memperoleh dividen yang tinggi daripada syarikat.

Hanya prestasi syarikat yang bagus akan meningkatkan pembayaran dividen tahun demi tahun.

Pelabur yang baru melabur mungkin tidak tahu mengenai dividen, bagaimana dividen berfungsi, dan bagaimana pelaburan saham dapat menambah aliran pendapatan ke akaun bank mereka.

Kalau mahukan pulangan dividen yang tinggi, kenalah belajar saham.

Dengan ilmu sahamlah, kita boleh mengetahui nilai dividen sesebuah syarikat itu tinggi atau rendah.

Siapa tak gembira kalau dapat dividen 30-50% setiap tahun.

Boleh gunakan dividen tersebut untuk tambah aset, beli rumah baru, beli kereta mewah, pergi melancong dan lain-lain.

Dividen sebagai pendapatan?

Syarikat yang mendapat keuntungan daripada perniagaan mereka, sebahagiannya akan dikongsikan kepada pelabur saham syarikat dalam bentuk dividen.

Makin maju sesebuah syarikat, makin bertambahlah nilai dividen yang akan diterima.

Ringkasnya, nilai dividen ditentukan semasa mesyuarat ahli lembaga pengarah bersama dengan pihak pengurusan.

Dalam mesyuarat tersebut, mereka akan memutuskan jumlah-jumlah tertentu daripada hasil keuntungan untuk dilaburkan semula, untuk membayar segala hutang-hutang syarikat, membeli saham-saham dan lain-lain.

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan ketika memilih syarikat yang ingin dilabur

  • Dividend yield

Masa nak beli saham, kena tengok dulu berapa dividen yang ditawarkan oleh syarikat. Kalau dividen tinggi, ia bermakna, syarikat mempunyai asas yang kukuh untuk mengembangkan perniagaan kerana mampu menawarkan dividen yang tinggi.

  • Kadar pertumbuhan keuntungan syarikat, yang mungkin digunakan untuk membina peningkatan dividen masa hadapan

Ini penting, tanpa mengetahui pertumbuhan sesebuah syarikat, tidak mungkin kita dapat menjangkakan sama ada syarikat boleh membayar dividen secara konsisten ataupun tidak.

  • “Balance sheet” syarikat yang bagus

Apabila melihat kepada dividen, jangan lupa lihat kepada “balance sheet” syarikat. Kalau hutang banyak nak dibayar, jualan kurang, berkemungkinan syarikat tidak mampu memberikan pulangan seperti yang dinyatakan.

  • Cukai semasa dividend

Yang terakhir, berapa banyak cukai dikenakan ke atas dividend. lagi tinggi cukai, lagi rendah kadar bayaran dividen sesebuah syarikat.

Similar Posts