Pemansuhan Cukai Jualan Kenderaan Dilanjutkan Hingga 30 Jun 2021
Cukai Jualan Dimansuhkan
Assalamualaikum dan Hai. Tuan-tuan dan Puan-puan.. kita telah pun menghampiri awal tahun 2021 dan bakal mengakhiri tahun 2020. Moga segala azam dan impian anda tercapai dengan baik. Untuk tahun 2021 ini juga kita ada satu berita baik untuk anda semua di mana telah keluar berita mengenai pengecualian cukai terhadap penjualan kenderaan telah dilanjutkan hingga ke 30 Jun 2021
Telah keluar berita dalam akhbar di The Edge Market pada 30 Disember mengenai pengecualian cukai terhadap penjualan kereta.
Dalam berita tersebut ia memberitahu sepatutnya pengecualian cukai ini berakhir esok tetapi telah di lanjutkan hingga ke 30 Jun 2021.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad berkata pengecualian ini akan sangat menguntungkan sektor kenderaan memandangkan ketidakpastian ekonomi akibat daripada wabak Covid-19.
Pemansuhan Cukai Langkah Inisiatif Kerajaan
Ini adalah antara langkah inisiatif kerajaan untuk memulihkan ekonomi dalam sektor kenderaan atau pengangkutan dengan memansuhkan tax. Selain itu, ini juga dapat memperbaiki institusi kewangan
Selepas kerajaan memansuhkan sales tax ni kita semua nampak bahawa demand terhadap kenderaan tempatan dan luar negara meningkat. Hal ini menggalakkan orang membeli kereta.
Dengan adanya inisiatif ini kemungkinan syarikat-syarikat yang terlibat dalam sektor automotif ini akan mendapat lebih banyak permintaan dan perniagaan mereka juga akan tambah berkembang dengan baik.
Kadar Peratus Pengecualian Cukai
Seperti yang tertulis di dalam akhbar kadar pengecualian cukai jualan kenderaan adalah 100% untuk kereta tempatan dan juga 50% adalah untuk fully imported car.
Penjualan Kenderaan Meningkat
Berkata Presiden Persatuan Perusahaan Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Datuk Tony Khor:
“Pengecualian cukai jualan membantu memacu permintaan untuk kereta terpakai pada separuh kedua tahun ini dan kami menjangkakan penjualan akan meningkat antara 8% dan 10% tahun ke tahun pada tahun 2020.
Daripada apa yang kita dapat lihat di sini ternyata dengan pengecualian cukai ini permintaan terhadap kenderaan akan meningkat.
Tambahan pula, Datuk Tony Khor berkata tanpa pengecualian cukai ini industri kereta terpakai akan melihatkan penurunan jualannya dari tahun ke tahun antara 20% dan 30% untuk tahun 2021.
Kesimpulan
Kesimpulannya, diharapkan dengan pemansuhan ini sektor automotif dan juga syarikat-syarikat yang menyokong operasi sektor automotif ini mendapat tempias yang baik.
Tambahan pula, peningkatan jualan kereta dilihat sebagai satu perkara yang positif.
________________________________________________________________________________________________________________________
Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham
untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.