peluang dalam saham
|

Peluang dalam saham? Saham ini apa?

Sejak PKP 1.0 iaitu Mac 2020 ramai mula mengenali saham. Ramai mula membuka akaun cds sebab tidak mahu terlepas peluang dalam saham. Tetapi jangan ambil mudah. Jika kita main ikut orang sahaja boleh menyebabkan kerugian yang besar.  Mula kita akan berkata saham ini tipu. Saham ini scam dan lain-lain lagi. Disebabkan itu nak mulakan pelaburan dalam saham perlu ilmu.

Peluang dalam Saham? Saham ini apa?

Soalan biasa akan ditanya, saham ini apa? Saham adalah pegangan hak milik sesebuah syarikat dalam bentuk ekuiti. Saham yang boleh dimiliki oleh public atau orang ramai adalah syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat ini adalah jenis Berhad.

Saham adalah tentang  kehidupan kita

Kita mungkin selalu isi minyak samada di PETRON ataupun PETRONAS sebelum pergi kerja. Selain itu, kita gunakan tenaga elektrik dan setiap bulan kita kena bayar bil letrik kepada TNB. Hampir rata-rata daripada kita ada ASTRO dekat rumah. Jika cerita bab kereta pula, ramai juga yang pakai kereta PROTON kalau bukan PERODUA. Hakikatnya setiap hari kita ada berurusan atau menggunakan perkhidmatan dari syarikat-syarikat yang kita sebut di atas. Sebab itu saya menyatakan saham adalah tentang kehidupan kita. Yang mana dalam keadaan sedar atau tidak sedar kita pernah berurusan dengan syarikat syarikat yang listed di Bursa Malaysia ini.

Tahukah kita bahawa syarikat-syarikat ini ada diniagakan di Bursa Malaysia?

Stesen minyak Petronas diuruskan oleh PETDAG (Petronas Dagangan) manakala stesen minyak PETRON ada kaitan dengan saham PETRONM. ASTRO dan TENAGA (TNB) turut disenaraikan. PROTON adalah produk oleh salah satu anak syarikat di bawah DRB-HICOM. Jelas sekali memang kita dikelilingi oleh syarikat syarikat yang listed di Bursa Malaysia. Mungkin sahaja tidak sedar tentang kewujudan  mereka di Bursa Malaysia.

Saham adalah satu cabang bisnes

Mengapa saya katakan saham adalah  satu cabang bisnes dan ia merupakan satu peluang? Ini kerana kita boleh menjadi sebahagian daripada syarikat tanpa menguruskan syarikat tersebut yang mana dikenali dengan “SHAREHOLDER” . Apabila kita membeli saham sesebuah syarikat, ia juga bermaksud kita memilikki sebahagian daripada bisnes syarikat tersebut. Contoh kita membeli saham syarikat ABC Berhad dan ABC Berhad setiap suku tahun membuat keuntungan. Para pelabur akan  yakin dan minat dengan syarikat syarikat yang membuat keuntungan. Jadi ia akan menarik minat ramai lagi untuk membeli saham syarikat tersebut. Jadi bila ini berlaku harga pegangan saham yang kita beli di ABC Berhad mula naik .Disitu kita akan mendapat keuntungan yang mana di kenali dengan “CAPITAL GAIN”.  Selain itu dalam saham kita pun boleh dapat “DIVIDEN”. Inilah cabang bisnes dalam saham. Kita beli saham syarikat tersebut dan kita menerima pulangan dalam bentuk “CAPITAL GAIN” atau “DIVIDEN”.

Kesimpulan

Pelaburan saham ini merupakan suatu bentuk pelaburan yang berisiko tinggi. Namun, anda boleh menikmati pulangan pelaburan saham anda dengan lumayan.

Oleh itu, anda perlu bijak untuk mengambil langkah awal untuk mula belajar ilmu saham dengan Mahersaham. Mahersaham akan sentiasa membantu anda menjadi seorang trader yang hebat.

Anda boleh baca artikel berkaitan belajar saham di blog Mahersaham dengan lebih lanjut.

Anda Newbies dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Similar Posts