|

Pelaburan Saham VS Unit Trust

Artikel kali ini saya akan mengupas berkenaan pelaburan saham dan unit trust.
Pelaburan saham dan unit trust ini dibawah instrumen kewangan yang terdapat di dalam intrumen pelaburan.

Kenapa Saham Dan Unit Trust?

Sebelum saya kupas lebih lanjut topik ini, saya terpanggil untuk menulis artikel ini kerana rakyat Malaysia kurang celik kewangan dan menyebabkan ramai di antara rakyat Malaysia yang tertipu dengan skim-skim penipuan seperti skim cepat kaya, pelaburan yang tidak tahu hujung dan pangkalnya.

Hal ini dapat dibuktikan daripada petikan Malaysia kini,

Rajah 1 : Kenyataan Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Menteri kewangan Malaysia pada 30 Dis 2017

Sumber : Malaysia Kini 

Kes-kes penipuan atas tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini juga kerana tindakan masyrakat Malaysia yang mudah percaya tanpa usul perikasa.

Perkara sedemikian berlaku kerana mereka ingin mendapatkan wang dengan mudah dan cepat.

Saya mengajak para pembaca untuk membaca dan mengkaji  sejarah orang-orang yang berjaya di luar sana seperti Jack Ma, Robert kuok dan lain-lain, mereka semua menggunakan masa 24 jam yang ada dengan sepenuhnya.

Disamping, pengorbanan masa dan tenaga yang diberikan sepenuhnya dalam mencapai matlamat financial freedom.
Tak ada jalan yang mudah dan cepat atau ilmu magik yang membuatkan seseorang itu berjaya dalam kebebasan kewangan dan masa.

Pepatah melayu ada mengatakan,

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Pelaburan Saham Secara Ringkas

Berbalik pada topik pelaburan saham vs unit trust, pelaburan saham ialah suatu pelaburan yang mana kita memiliki sebahagian pemilikan syarikat tersebut atau memiliki equiti syarikat tersebut .

Apabila kita membeli syarikat tersebut kita juga dikenali sebagai shareholder atau pemegang saham yang dibeli di dalam syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, antara syarikat yang ada di dalam Bursa Malaysia ialah Aeon, Petron, Nestle, Xox, Ajinomoto dan sebagainya.

petronm petrol station

Di dalam pelaburan saham ini, pelabur yang menentukan profit atau keuntungan yang mereka ingin kan.

Sebagai contoh, beli hari ini dan jual hari ini, atau beli hari ini dan jual pada jangka masa tertentu.

Jika bicara topik pelaburan atau perniagaan ini, kita pasti tidak lari daripada topik kerugiaan atau risiko yang bakal kita hadapi.
Jangkaan atau kebarangkalian menanggung sesuatu kerugian itu pasti.
Jangkaan kerugiaan ini kita dapat meminimumkan kerugian yang kita hadapi dengan melihat pada planing kita dan chart.

Peribahasa orang putih menyebut trust your chart. Pelaburan saham ini merupakan pelaburan yang mana liquiditi/kecairan yang cepat.

Pelaburan Unit Trust Adalah Pelaburan Jangka Masa Panjang

Manakala, unit trust adalah satu pelaburan jangka masa panjang yang mana pelabur menyerahkan wang mereka kepada badan atau perunding kewangan yang berdaftar untuk menguruskan duit pencen atau persaraan mereka kepada perunding kewangan.

Wang tersebut akan dimasukkan alam satu dana yang dinamakan dana amanah.

Kebiasaannya keuntungan yang diberikan adalah sebanyak 10%-15% setahun, untuk mendapatkan satu keuntungan yang lumayan kita harus lah menunggu sehingga 5 tahun  sekurang-kurangnya bagi merasai hasil yang telah ditanam di unit trust tersebut.

Keuntungan yang pelabur dapat adalah melalui dividend dan keungtungan diberi berdasarkan kenaikan setiap unit.

Berbeza dengan pasaran saham yang mana kita dapat merasai hasil keuntungan tersebut sehari ataupun seminggu berdasarkan harga pasaran saham ketika itu, serta dengan pasaran saham juga kita dapat membuat keuntungan sehari sebanyak 15%-30% bagi pelabur yang berdagang secara shorterm.

Rajah dibawah menunjukkan jenis pelaburan yang ada dalam instrumen kewangan.

  1. Komoditi/future
  2. Saham/equiti
  3. Unit trust
  4. Sukuk/bond
  5. Asb atau tabung haji

Rajah 2 : Jenis pelaburan

Persamaan Saham Vs Unit Trust?

  1. Wang anda ada juga yang dilaburkan dalam pasaran saham, jika unit trust yang anda pilih adalah jenis ekuiti.
  2. Wang anda boleh dilaburkan dalam pelaburan yang patuh syariah, bergantung kepada pilihan anda.
  3. Kedua-dua mempunyai fee atau kos untuk melabur. Bagi saham, ia adalah kos seperti brokerage fee, clearing fee, stamp duty dan ada diceritakan dengan terperinci dalam Kos Jual Beli Saham.
    Bagi Unit Trust pula, antara kos yang terlibat adalah upfront fee, annual management fee dan sesetengah unit trust mungkin melibatkan exit fee.
  4. Kedua-dua instrumen ini lebih mudah dijual beli, dalam erti kata lain adalah cari (liquid) berbanding pelaburan hartanah.

Perbezaan Pelaburan Saham Dan Unit Trust

PerkaraPelaburan SahamUnit trust
AkaunDikendalikan oleh pelabur sendiri atau dealer.Dikendalikan oleh pengurus dana/fund manager.
Modal Duit lebihan pelabur sebaiknya bukan menggunakan wang pokok. Nilai modal berdasarkan harga saham tersebut dari RM50 sehingga kemampuan pelabur.Duit pencen, kwsp atau tunai. RM50 dan mengikut kemampuan kewangan pelabur.
KeuntunganIntraday, midterm atau longterm. Sehari boleh buat keuntungan sebanyak 16% .Dividen atau kenaikan setiap unit. Setahun 10 %-15%.
KerugianPelabur dapat meminimumkan kerugian berdasarkan petunjuk TA dan FA.Pelabur menyerahkan kepercayaan untung dan rugi sepenuhnya kepada pengurus dana.
Kedudukan/posisiPemilik syarikat/shareholder.Tiada posisi dalam syarikat.
Kos brokerDari RM8-RM40 berdasarkan broker bagi setiap transaksi.Cas pengurus dana adalah 5.5%, contoh dana ada RM1000 x 5.5% = RM55

Kesimpulan

Anda tidak semestinya perlu memilih hanya satu di antara dua.
Anda mungkin boleh memperuntukkan sebahagian dana anda ke dalam saham dan sebahagian lagi ke dalam unit trust, bergantung kepada ‘risk appetite’ dan juga ‘risk profile’ anda.

Bagi saya, saya agresif. Saya suka untung dalam masa yang lebih singkat dan sanggup menanggung risiko, jadi besar kemungkinan modal untuk dilaburkan dalam saham adalah besar juga.

Anda bagaimana?

Similar Posts

2 Comments

Comments are closed.