Warren Buffett

Siri Pelabur Fundamental Terhebat : Warren Buffett

Biografi Warren Buffett

Warren Buffett dilahirkan di Nebraska, Omaha USA pada 30 Ogos 1930. Beliau kini berusia 88 tahun.

Merupakan manusia ke-3 terkaya di dunia berdasarkan Forbes’ Top 20 Billionares 2018, dengan jumlah kekayaan sebanyak $84 billion.

Merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik, Warren Buffett telah menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang pelaburan dengan membeli saham pertama beliau ketika berusia 11 tahun.

Selain itu, beliau juga telah terlibat dengan bisnes kecil-kecilan seperti membeli botol-botol cola dengan harga yang murah dan menjualnya kembali untuk mendapatkan keuntungan.

Kini, beliau adalah seorang tokoh pelabur fundamental yang berjaya dan tidak asing lagi di dunia. Belajar perbezaan antara analisa fundamendal dan teknikal di sini 

Satu Rahsia yang Menjadikan Warren Buffet Pelabur Terhebat Dunia

Di dalam pasaran saham, terdapat ramai pedagang atau pelabur yang mampu menjana keuntungan lebih 100% bagi sesuatu saham.

Malahan, ada juga yang mancapai keuntungan lebih 1000% dalam masa yang sangat singkat!

Namun, tiada seorang pun yang mampu menandingi kehebatan beliau. Jadi, apa rahsia beliau?

“Keajaiban dunia ke-8”

Ya, Warren Buffet berjaya kerana mengambil peluang terhadap keajaiban dunia ke 8 iaitu “compounded interest” manakala ramai pelabur dan pedagang yang lain gagal. 

Beliau mampu mendapat pulangan dalam linkungan 20% setahun secara konsisten dengan jumlah dana yang bersaiz berbillion dollar.

Embed from Getty Images

Dua Peraturan dalam Pelaburan

“Peraturan pertama, jangan rugi”

“Peraturan kedua, jangan lupa peraturan pertama”

Warren Buffet akan mencari syarikat-syarikat yang menjadi semakin bernilai saban tahun dan kekal memberi komitmen kepada saham syarikat tersebut.

Sebagai contoh, beliau dan rakan bisnes, Charlie Munger, telah membeli See’s Candies pada tahun 1972 dan telah melabur lebih $1 billion dalam saham syarikat Coca-cola pada tahun 1988.

Kini, Warren Buffett masih lagi memegang saham syarikat tersebut.

Bagaimana Warren Buffett Membuat Duit Melalui Berkshire Hathaway Inc?

Warren Buffett merupakan pengerusi dan CEO syarikat Berkshire Hathaway.

Beliau mula membeli saham syarikat tersebut pada tahun 1962 dan ketika itu, bisnes utama syarikat tersebut adalah dalam pengeluaran tekstil. Namun, beliau telah menyedari bahawa industri tekstil kian merudum.

Pada tahun 1967, Buffett telah mengambil keputusan untuk meluaskan bisnes syarikat tersebut di dalam industri insurans dan lain-lain pelaburan.

Kini, antara saham-saham syarikat terkenal yang dimiliki oleh Berkshire Hathaway adalah The Coca-cola Company, Apple, Bank of America, Kraf Heinz Company, dan American Express.

Pada tahun 2010, Buffett di dalam satu temu ramah stesen televisyen telah mengakui bahawa membeli syarikat Berkshire Hathaway adalah satu keputusan pelaburan yang tidak bijak.

Hal ini kerana beliau telah membeli syarikat tersebut ketika prestasi bisnes syarikat kian merudum.

Buffett menganggarkan telah kerugian hampir $200 billion akibat tindakan tersebut.

Kata-kata Hikmah

  1. “Price is what you pay, value is what you get” – Harga adalah apa yang anda bayar, nilai adalah apa yang anda dapat
  2. “Risk comes from not knowing what you are doing” – Risiko datang apabila anda tidak tahu apa yang ada sedang buat
  3. “Our favourute holding period is forever” – Tempoh kegemaran kami adalah memegang selama-lamanya
  4. “The difference between successful people and really successful people is that really successful people say no to almost everything” – Perbezaan antara orang yang berjaya dan orang yang sangat berjaya adalah orang yang sangat berjaya mengatakan tidak kepada hampir semua perkara
  5. “If you aren’t thinking about owning a stock for 10 years, don’t even think about owning it for 10 minutes” – Kalau anda tidak berhasrat untuk memegang saham tersebut selama 10 tahun, jangan berhasrat langsung untuk memegangnya selama 10 minit!

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Website kami ini bercerita segala yang berkaitan dengan saham.

  • Asas saham
  • Kajian tentang saham
  • Cara pemilihan kaunter
  • Cadangan syarikat untuk dibeli

dan macam-macam lagi. Senang cerita, website kami ini cuba untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berkaitan dengan saham!

Sudah hampir 6000 ahli yang sudah menyertai kami(ketika ini) dan jumlah ini akan sentiasa meningkat. InsyaAllah.

Similar Posts