Siri Pelabur Fundamental Terhebat : Peter Lynch
Biografi
Peter Lynch adalah antara pelabur institusi yang paling berjaya sepanjang zaman. Sebagai pengurus potfolio Fidelity Investments Magellan Fund, Lynch telah memperoleh purata pulangan tahunan sebanyak 29% setahun sepanjang tahun 1977 hingga 1990. Ramai yang setuju bahawa kehebatan beliau melabur adalah setaraf Warren Buffett.
Dilahirkan pada 19 Januari 1944 di Newton, Massachusetts, beliau telah kehilangan bapanya akibat kanser pada umur 10 tahun. Semenjak itu, ibunya telah mengambil tanggungjawab mencari nafkah keluarga. Pada tahun 1966, Peter Lynch telah mendapat tawaran menjadi pelatih di syarikat Fidelity Investment setelah tamat pembelajaran di Boston College, University of Pennsylvania.
4 Nasihat Pelaburan
Peter Lynch adalah seorang yang amat berhati-hati dan teliti dalam pelaburan. Beliau beranggapan bahawa saham adalah satu pelaburan yang berisiko tinggi. Setiap pelabur haruslah mempelbagaikan pelaburan di dalam kelas aset yang lain seperti membeli hartanah, sebelum memulakan pelaburan saham. Berikut adalah empat nasihat beliau kepada semua pelabur saham
1. Lakukan Penyelidikan
Pelaburan memerlukan usaha dan penyelidikan yang berterusan. Peter Lynch merupakan seorang yang sangat kuat bekerja ketika menjadi pengurus portfolio Magellan Investment. Beliau percaya bahawa setiap orang mempunyai keupayaan intelektual untuk melabur dalam pelaburan saham. Malah, pelabur runcit mempunyai kelebihan berbanding pengurus pelaburan profesional kerana teknik untuk melabur dengan modal yang kecil adalah lebih mudah berbanding menguruskan modal yang besar.
2. Pelbagaikan Pelaburan
Peter Lynch adalah seorang yang amat mementingkan “Diversification” ( kepelbagaian pelaburan ). Ketika penghujung karier nya sebagai pengurus pelaburan, Magelland Fund telah memegang hampir 1000 saham syarikat berasingan. Selain mempelbagaikan saham, beliau juga mempelbagaikan sektor saham yang dimilikinya.
Setiap saham yang dipegang beliau terbahagi kepada 3 kategori iaitu
- Growth – Syarikat berkembang pesat.
- Stalwarts – Syarikat gergasi dengan “revenue” bernilai berbilion dollar dan Earning Growth dijangka meningkat 10-20%
- Slow Grower – Syarikat yang berkembang kurang 10% Earning Growth tetapi memberi dividen.
Peter Lynch percaya bahawa syarikat Slow Grower dan Stalwarts memberi keseimbangan di dalam potfolio beliau, dan syarikat Growth pula adalah sumber keuntungan berganda yang mengalahkan pesaing beliau.
3. Sabar
Peter Lynch telah memulakan pelaburan di usia muda. Beliau telah membayar kos-kos pembelajaran di University of Pennsylvania hanya dengan meggunakan keuntungan pelaburan beliau di dalam pelaburan Flying Tiger. Dianggarkan keuntungan beliau di dalam saham Flying Tiger adalah sebanyak 10 kali ganda!
Pelabur yang melabur dalam jangka masa panjang memiliki kelebihan berbanding pelabur jangka masa pendek. Pelaburan jangka panjang boleh meminimakan capital gain tax selain mengurangkan kos brokerage yang dibayar dalam urusan jual beli saham. Selain itu, pelabura jangka masa panjang juga lebih tenang dan sabar dalam meghadapi krisis pasaran.
4. Labur dalam apa yang anda tahu
Nasihat paling penting beliau adalah hanya melabur dalam apa yang anda tahu. Peter Lynch telah mengamalkan konsep ini bukan sebagai pengurus pelaburan tetapi sebagai pengguna runcit. Hal ini kerana beliau mengakui bahawa sektor produk pengguna adalah teras kepada ekonomi dan potfolio beliau telah menggambarkan konsep ini.
Sebagai contoh, beliau telah membeli saham syarikat pakaian dalam Hanes hanya apabila isteri beliau mengatakan amat berpuas hati dengan produk syarikat tersebut. Selain itu, pelaburan beliau di dalam Flying Tiger adalah kerana beliau yakin bahawa penghantaran kargo melalui udara adalah transportasi utama masa hadapan.
Buku Pelaburan Terhebat Sepanjang Zaman
Peter Lynch merupakan penulis buku popular One Up On Wall Street. Di dalam buku ini, beliau telah menerangkan dengan terperinci mengenai definisi dan jenis-jenis syarikat seperti Growth, Stalwarts, Slow Growers dan Cyclical. Di samping itu, Peter Lynch membincangkan teknik pemilihan saham yang begitu mudah difahami oleh pelabur runcit.
Buku ini wajib dibaca oleh setiap pelabur yang berminat untuk menganalisa bisnes syarikat dalam membuat pemilihan saham.
Kata-kata Hikmah
- “Behind every stock is a company. Find out what it is doing” – Di sebalik sesuatu saham adalah syarikat, kaji apa yang mereka sedang lakukan
- “When even the analyst are bored, time to start buying” – Apabila penganalisis telah bosan, masa untuk mula membeli
- “The best stock to buy may be the one you already own” – Saham terbaik untuk beli mungkin adalah saham yang telah anda miliki
- “Never invest in idea you cannot illustrate with a crayon” – Jangan labur dalam idea yang anda tidak boleh lukis menggunakan krayon
- “The real key to making money in stocks is not to get scared out of them” – Kunci utama dalam membuat keuntungan dalam saham adalah tidak menjadi takut dengannya
Ingin belajar fundamental analysis? Klik di sini
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
5