Pecahan Modal Dan Position Sizing

Dalam trading atau pelaburan, salah satu teknik atau strategi yang perlu dikuasai adalah bagaimana hendak membahagikan modal pelaburan anda dengan efektif. Walaupun dibekalkan dengan strategi atau teknik yang padu, jika gagal atau kurang bagus dari segi menguruskan modal dan kerugian, teknik yang dipelajari mungkin tidak berguna.

Matlamat Pengurusan Modal

  1. Supaya modal keseluruhan dapat digunakan lagi untuk masuk dalam kaunter atau saham yang lain.
  2. Tidak terlalu terdedah kepada risiko yang besar
  3. Tenang ketika saham yang sudah dibeli hampir dengan paras cutloss yang dirancang.

Rule of Thumb

Kebiasaannya traders atau pelabur meletakkan 3-5% sebagai nombor panduan. Jika anda memiliki rm10,000, amount boleh rugi adalah rm300 – rm500. Itu jika anda letakkan keseluruhan rm10k dalam satu-satu saham. Jika anda masuk amount yang berbeza, anda perlu kira 3-5% daripada amount tersebut.

Namun demikian, menurut apa yang saya perhatikan dalam pasaran saham, 3-5% bukan level cutloss yang strategik jika mengikut chart. Kita biasanya nak letak level cutloss di bawah paras support yang dapat diperhatikan pada chart.

Misal kata, harga kita masuk 56sen. Tengok dekat chart, support adalah 46sen. Kita kemudiannya letak cutloss kita pada 45sen. Beza 45sen dengan 56sen dah hampir 20%.

Dalam kes ini, sekiranya nak gunakan nombor 3-5%, maka saya kira kita sepatutnya mengubahsuai strategi ini.

Berapa Anda Sanggup Rugi?

Saya cadangkan anda duduk dan fikirkan masak-masak. Ada orang tak suka masuk dalam satu kaunter, lepas tu rugi RM1k. Ada orang nak rugi RM100 pun tak tahan. Ada orang berani nak loss sampai rm3k.

Yang penting, amount tu adalah amount yang anda tak rasa sedih sangat kalau rugi sampai tak tidur malam.

Dah dapat amount tersebut, anda kena tengok kepada trading plan.

Sebagai contoh, trading plan nak beli kaunter A menyatakan entry 56sen, cutloss 45sen dan targetprice adalah 73sen. Potensi kerugian adalah 19.6% manakala potensi keuntungan adalah 30.36%.

Anda pula ada modal rm10k dan amount anda sanggup rugi apabila masuk dalam satu kaunter adalah rm100.

RM100 = potensi kerugian anda iaitu 19.6% atau 0.196 daripada modal beli saham A.

Modal beli saham A adalah, RM100 dibahagikan 0.196 = RM510.20.

Kemudian barulah anda perlu kirakan berapa unit anda patut beli, sebagai contoh jika saham A bernilai 50sen, maka RM510.20 bahagi 50sen = 1020unit. Bundarkan anda patut beli 10 atau 11lot sahaja. Jika anda beli lebih daripada itu, maka anda berpotensi rugi dengan amount yang besar yang buat anda asyik terfikir-fikir.

Modal anda adalah rm10k, dah masuk dalam kaunter A RM510, maka ada banyak lagi lebihan.

Berapa Banyak Kaunter Nak Masuk

Jika kita gunakan rules 3-5% tadi, katalah kita pegang 3%. Amount keseluruhan boleh rugi adalah rm3k.

Maka dengan amount sanggup rugi adalah rm100, anda boleh masuk sehingga 30kaunter.
Namun demikian, datang pula isu kemampuan anda hendak monitor pergerakan saham 30kaunter.

Kalau anda yakin hanya boleh monitor 5 kaunter sahaja pada satu-satu masa, maka 5 sahajalah yang anda boleh masuk.

Ringkasnya, berapa banyak kaunter nak masuk adalah bergantung kepada
– amount sanggup rugi dalam satu-satu kaunter
– amount keseluruhan boleh rugi iaitu 3% dari modal keseluruhan
– komitmen dan kemampuan untuk monitor pergerakan harga saham

Tidak Ada Peraturan Tetap

Seorang trader atau pelabur akan meningkatkan skil mereka seiring dengan pengalaman. Ini tidak bermaksud amount anda sanggup rugi adalah rm100 sampai bila-bila. Mungkin anda dah selesa, anda sanggup rugi sampai rm300 dalam satu-satu kaunter.

Mungkin juga modal anda daripada RM10k sudah berkembang menjadi rm50k. Perspektif anda akan berbeza. Mungkin winning rate anda sudah meningkat seiring dengan masa, jadi anda mampu untuk menanggung risiko yang lebih besar.

Harapnya perkongsian ini bermanfaat dan artikel ini adalah sebahagian daripada tajuk yang terkandung dalam Siri Belajar Saham :

  1. Apa Itu Saham, CDS dan Platform Mplus
  2. Analisis Teknikal
  3. Analisis Fundamental

Jika anda hendak lihat artikel lain berkaitan modal melabur saham, boleh ke Berapa Modal Minima Untuk Trade Saham

Similar Posts