Cop paten
| | |

Paten: 3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Definisi paten menurut MyIPO

Menurut MyIPO, definisi paten adalah satu hak ekslusif yang dianugerahkan untuk suatu rekacipta, sama ada ia adalah satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baru atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah.

Dalam bisnes, proses penjanaan idea dan inovasi bakal tercetus hasil daripada pemikiran kreatif dan kajian yang dilakukan oleh tenaga kerja dalam sesuatu syarikat.

Dan perkara yang dibangunkan samada sistem mahupun produk, ia dilihat mampu menyumbang kepada keuntungan syarikat.

Hak paten perlindungan tertakhluk di bawah Akta Paten 1983

Undang-undang paten di Malaysia terkandung di bawah Akta Paten 1983 manakala Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah badan yang terlibat bagi urusan pendaftaran dan pentadbiran.

Dan tahukah anda, paten merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam harta intelek.

Tempoh bagi hak perlindungan paten adalah 20 tahun .

Jangan memandang ringan isu paten ini kerana ia boleh memberikan impak yang besar terhadap bisnes anda.

Berikut merupakan perkara yang anda perlu ambil tahu mengenai paten:

1. Paten adalah aset

Sistem paten memberi hak eksklusif kepada orang yang menciptanya.

Adakah anda pernah mendengar istilah ‘intangible asset‘ atau aset tak ketara?

Jika kita bercakap mengenai aset, ia harus datang dalam bentuk fizikal contohnya rumah, mesin, cash, inventori, tanah, bangunan dan sebagainya.

Walaubagaimanapn, intangible asset juga merupakan kategori di bawah aset di mana ianya bukan berbentuk fizikal.

Terdapat dua jenis intangible asset tidak terbatas (indefinite) seperti jenama dan terbatas (terbatas) seperti hakcipta.

Jenama, paten, trademark dan hakcipta adalah contoh bagi intangible asset.

Buat pengetahuan anda, intangible asset mampu memberi impak dalam menjana pendapatan syarikat.

Intangible asset boleh menjadi lambang kepada nilai syarikat dan kelangsungan syarikat pada jangka masa panjang.

2. Paten memberi perlindungan

Sekiranya anda mempunyai sebuah rekacipta yang ingin di paten kan, ini adalah salah satu langkah pertama bagi melindungi hak cipta anda.

Ya, dengan mematenkan hak cipta anda, anda boleh dilindungi daripada sebarang penipuan dan penganiayaan.

Perlindungan ini adalah penting bagi menghalang pihak ketiga mengambil kesempatan dan memastikan hanya anda seorang sahaja yang mempunyai hak untuk menjana pendapatan ke atas hak cipta tersebut.

Dan hak cipta ini dimiliki oleh siapa yang mendaftarnya terlebih dahulu.

Ia juga mampu menghalang seseorang daripada mendapat duit daripada hasil titik peluh anda.

Katakanlah anda mendapati ada pihak melanggar hak cipta tanpa kebenaran anda, anda berhak untuk mendakwa pihak tersebut kerana anda berkuasa untuk melakukannya sebagai pemilik kepada hak cipta tersebut.

3. Paten memberi ruang kepada inovasi

Ciptaan yang dipatenkan sebenarnya adalah ciptaan yang merangkumi setiap aspek kehidupan seseorang individu mahupun masyarakat.

Contohnya Edison dan Swan telah mematenkan lampu elektrik.

Paten memberikan insentif dan perlindungan kepada kelompok yang menciptanya dengan memberi pengiktrafan kepada kreativiti mereka dan ganjaran kewangan hasil ciptaan mereka.

Pada masa yang sama, paten memberi ruang kepada penyebaran ilmu pengetahuan yang baharu dan merancakkan inovasi di antara industri.

Hal ini kerana inovasi ini akan sentiasa di baiki oleh pesaing-pesaing dalam industri.

Inovasi ini mengambil kira aspek jaminan kualiti, kehidupan manusia dan kesejahteraan masyarakat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpuan, artikel ini akan diakhiri dengan beberapa case study yang melibatkan isu paten dalam bisnes.

2015: Microsoft dan Google berbalah selama lima tahun mengenai isu paten yang melibatkan sistem permainan Xbox dan telefon pintar Motorola.

2016: Samsung menang kes rayuan paten terhadap Apple dalam perang paten.

2016: Huawei saman Samsung kerana didakwa melanggar paten telefon pintar.

Similar Posts