Password Bursa Anywhere Terlupa, Apa Nak Buat?
Bursa Anywhere
Bursa Anywhere adalah platform elektronik Bursa Malaysia yang membolehkan pelabur mengakses, mengurus dan mengemaskini maklumat atau transaksi akaun CDS secara online.
Menariknya pelabur boleh terus akses secara Online melalui Aplikasi Bursa Anywhere ini.
Namun ramai dalam kalangan kita menghadapi masalah terlupa password Login selepas mendaftar.
Jadi artikel ini akan tunjukkan cara untuk bantu anda login semula ke Bursa Anywhere.
Reset Password Bursa Anywhere
Jika terlupa password anda, ada 2 cara yang boleh anda lakukan.
Pertama emelkan pertanyaan atau masalah anda kepada Pihak Bursa Anywhere ke emel bursaanywhere@bursamalaysia.com.
Contoh cara emel boleh rujuk seperti berikut:

Cara pertama ini sesuai jika anda tak pasti atau terlupa kedua-dua username dan password anda. Jadi gunalah cara ini untuk pihak Bursa Anywhere bantu.
Cara kedua, anda boleh ikut langkah-langkah dibawah:
- Klik pada “Forgot username/password” di Aplikasi Bursa Anywhere
- Masukkan username, email dan nombor telefon yang pernah didaftarkan pada awal pendaftaran anda.
- Masukkan kod TAC daripada SMS
- Jawab soalan keselamatan yang anda pernah tetapkan pada awal pendaftaran anda.
- Semak emel dari Bursa Anywhere yang mengandungi username dan password sementara.
- Login guna username dan password sementara tersebut di Aplikasi Bursa Anywhere.
- Kemudian ubah password sementara ke password anda.
Anda boleh cuba mana-mana dua cara ini untuk reset password Bursa Anywhere.
Password E-statement Bursa Anywhere
Apabila anda sudah berjaya login, ada banyak features anda boleh akses atau kemaskini di Bursa Anywhere.
Antaranya anda boleh akses E-statement akaun cds anda.
Untuk akses e-statement ini anda perlu masukkan password keselamatan.
Jadi password untuk akses e-statement Bursa Anywhere adalah 2 huruf pertama nama anda (HURUF BESAR) diikuti dengan 6 digit terakhir nombor ic anda.
Boleh rujuk seperti contoh pertanyaan emel dibawah ini:

Kesimpulan
Jadi selepas ini semua maklumat akaun cds anda boleh diakses terus melalui aplikasi Bursa Anywhere ini.
Tiada lagi masalah tidak dapat login kerana telah tersedia cara yang tepat jika terlupa password.
Lebih-lebih lagi jika anda mahu mohon IPO di MITI, anda perlu sertakan salinan penyata akaun CDS dari Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd.
Ianya boleh di ambil terus dari Aplikasi Bursa Anywhere ini.
Anda berminat nak belajar banyak lagi perkongsian menarik dalam dunia pelaburan atau kewangan dari Zero sehingga Advance secara Percuma boleh daftar dulu CDS bersama saya.
Masih newbie dalam saham? Jangan risau boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.
Semoga bermanfaat.