Pasaran Saham Luar Negara Pilihan Pelabur

Dalam masa beberapa bulan kebelakangan ini kita disajikan dengan berita tentang kejatuhan pasaran saham Bursa Malaysia sebelum berlaku sedikit kenaikan dalam beberapa minggu terakhir berbeza dengan pasaran saham luar negara.

Pelabur asing telah menarik keluar pelaburan mereka selama 12 minggu berturut-turut sebelum mereka menjadi pembeli bersih pada minggu lalu.

Situasi ini menjentik pemikiran saya untuk sama-sama melihat keadaan pasaran saham luar negara. Adakah situasi kejatuhan yang sama sedang berlaku?

Adakah terdapat prospek pelaburan yang lebih menarik dalam pasaran luar negara yang kita boleh ambil kesempatan dari kenaikan yang berlaku?

Majalah kewangan “Share” telah mengeluarkan satu artikel “ Investing around the world”. Saya akan ringkaskan kepada anda tarikan pasaran luar negara ini serta risiko yang perlu dipertimbangkan dalam mencipta peluang untuk mempelbagaikan pelaburan ke pasaran saham luar negara.

1. Pasaran Amerika Syarikat ( US Market)

Us Market memberikan peluang kepada anda untuk menyertai pasaran saham yang mempunyai kecairan paling tinggi di dunia. Kecairan ini membolehkan pegangan saham dijual pada harga yang hampir sama dengan harga semasa dengan cepat.

Disini juga terdapat syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Meta, Tesla, Nvidia dan Alphabet iaitu syarikat yang memiliki jenama Google.

Pasaran yang sangat dinamik ini menjana pendapatan lebih 70 % secara domestic, lebih tinggi berbanding pasaran lain.

Membeli saham dan bond juga mendedahkan pelaburan kepada rizab matawang dunia iaitu Dolar Amerika Syarikat (USD). USD sering kali naik dan mendapat manfaat apabila berlakunya ketidaktentuan pasaran dunia.

Walaupun US kerap kali berhadapan dengan skandal kewangan, pasaran saham Amerika Syarikat yang dikawal selia dengan baik memberi perlindungan kepada para pelabur, selain pelaksanaan kepada undang-undangnya yang ketat.

Risiko yang perlu diperhatikan:

Pasaran US telah menunjukkan kenaikan yang kukuh dalam beberapa bulan kebelakangan ini, selain kenaikan tahunan yang memberangsangkan untuk 10 tahun terakhir.

Ini menyebabkan sentiment semasa menjadi kayu ukur penting sebelum membuat pelaburan mengatasi penilaian asas atau fundamental sesebuah syarikat itu.

Beberapa komponen valuation yang terlebih nilai seperti Adjusted PE Ratio mendedahkan saham-saham ini kepada kejatuhan atau pullback dimasa akan datang.

Dalam 10 tahun terakhir ini, S&P 500 telah meningkat sebanyak 10.7% dan Nasdaq 100 telah mencatatkan kenaikan sebanyak 17.7%

2. Pasaran UK

Berbanding pasaran lain , Pasaran UK tidak begitu memberangsangkan buat masa sekarang.

Walaupun begitu kenaikan indeks tetap berlaku dan dijangka terus memberikan pulangan yang baik kepada pelabur.

Satu perkara yang menarik adalah, lebih 50% pendapatan syarikat-syarikat ini diperolehi daripada luar UK susulan kepelbagaian perniagaan merentas geographic setempat.

Risiko yang perlu diperhatikan:

Cabaran utama pasaran ini yang juga menjadi cabaran utama dunia adalah inflasi.

Selain itu kadar faedah yang kekal tinggi meningkatkan perbelanjaan perniagaan serta memberi kesan kepada nilai pembayaran hutang dengan lebih banyak.

Dalam situasi ini kita dapat lihat Brexit tidak membantu menambah nilai selain mengakibatkan gangguan pada rantaian bekalan makanan yang seterusnya meningkatkan kos makanan sedia ada.

Secara keseluruhan dalam masa 10 tahun ini FTSE 100, indeks utama UK meningkat sebanyak 5.5%

3. Pasaran Europe

Dunia melihat US market sebagai tempat perkumpulan syarikat yang terus berkembang maju dan berteknologi tinggi.

Namun pasaran Europe dilihat sebagai pasaran yang tepu dan kurang dinamik perniagaan.

Tetapi pasaran ini mempunyai kekuatan tersendiri apabila kebanyakan syarikat Europe mampu menjual product mereka ke seluruh dunia.

Antara syarikat terkenal adalah Adidas, Audi, Siemens dan Infeneon technology

Risiko yang perlu diperhatikan:

Masalah utama syarikat Europe adalah valuation syarikat yang selalunya tidak sama dengan syarikat-syarikat di Amerika Syarikat.

Selain itu perang di Ukraine dan kenaikan harga tenaga telah menyebabkan para pelabur menarik keluar hampir 100 billion USD pelaburan mereka dalam pasaran saham ini tahun lalu.

Indeks MSCI Europe mencatatkan kenaikan 6.5% dalam tempoh 10 tahun kebelakanagan ini.

4. Pasaran Jepun

Pasaran Jepun dikatakan “rumah” untuk syarikat high-tech dan high-quality kerana banyaknya styarikat-syarikat ini dalam pasaran saham Jepun.

Syarikat-syarikat ini sangat mesra pelabur dimana ia memulangkan Kembali pelaburan pelabur dalam bentuk dividen dan buyback susulan balance sheet syarikat yang kukuh.

Jepun juga mendapat manfaat daripada pembukaan semula China selain menjadi tempat pelancongan setempat.

Kenaikan gaji pekerja tempatan membantu meningkatkan pengunaan domestic.

Walaupun banyak syarikat yang tidak dikenali dunia, tetapi ada juga syarikat yang productnya digunakan dengan meluas di seluruh dunia seperti Sony, Nintendo dan Toyota.

Risiko yang perlu diperhatikan:

Prestasi pasaran saham Jepun yang baik membuka peluang kepada pelabur untuk menjalankan aktiviti pengambilan untung.

Kadar tukaran matawang asing untuk Yen juga menjadi salah 1 risiko yang perlu diambil kira.

Walaupun prestasi pasaran yang memberangsangkan, kejatuhan nilai tukaran Yen mengurangkan keuntungan bagi para pelabur dari luar negara ini.

Dalam tempoh 10 tahun Nikkei 225 mencatatkan kenaikan sebanyak 9.3%

5. Pasaran Baru atau Emerging Market

Pasaran baru tidak menumpukan pada satu negara sahaja tetapi merangkumkan pasaran bagi negara-negara membangun di sleuruh dunia.

Disebabkan tahap kemajuan yang berbeza, peluang untuk berkembang adalah lebih tinggi berbanding negara maju.

Keadaan ini didorong oleh demografi penduduk yang lebih muda dimana ia mewujudkan golongan pekerja yang lebih ramai.

20 hingga 30 tahun yang lalu prospek ekonomi dipasaran ini berteraskan komoditi dan memberikan gaji pekerja yang murah serta menyediakan eksport yang rendah.

Namun sekarang, ada dalam kalangan pasaran baru ini menjadi rumah buat syarikat inovasi dan berteknologi tinggi. Sebagai contoh syarikat Taiwan Semiconductor manufacturing Company.

Selain China, pasaran baru ini didominasi oleh negara-negara Asia seperti India, Taiwan dan Korea Selatan.

..

Pasaran baru ini biasanya lebih volatile atau tidak menentu.

Kadar matawang yang berkemungkinan menjadi kurang nilai dan piawaian urus tadbir korporat yang lemah berbanding negara Barat menjadi risiko yang perlu diperhatikan.

Ini seringkali terjadi bagi negara yang mempunyai kawalan hak milik yang tidak dilindungi sepenuhnya berkemungkinan disebabkan kurang pengasingan kuasa antara badan kehakiman dan kerajaan yang memerintah.

Isu utama yang membelenggu untuk pasaran baru ini adalah perubahan kuasa yang lebih aman dimana para pelabur ingin melihat kepada politik dan pemerintahan yang lebih stabil.

Secara keseluruhan Indeks MSCI Emerging Market untuk pasaran baru menunjukkan kenaikan sebanyak 3% dalam tempoh 10 tahun terakhir.

Apa lagi pilihan yang ada dalam pasaran saham luar negara yang lain? Jom kita tengok yang seterusnya.

6. Pasaran China

Setelah menghadapi ancaman Covid19 yang berterusan melebihi 2 tahun, pemulihan ekonomi China dilihat menunjukkan peningkatan didorong sector pengguna, tenaga hijau ( green energy) dan perbelanjaan secara digital.

Jumlah simpanan pengguna yang tinggi diharap dapat membantu permintaan pasaran seterusnya meningkatkan pasaran ekuiti untuk tahun 2023

Walaupun ekonomi dilihat berkembang untuk suku pertama 2023, “hype” pembukaan semula ekonomi atau “ekonomi restart” ini tidak bertahan lama dan dilihat semakin pudar. Inilah risiko yang perlu diperhatikan.

Jangkaan GDP China telah diturunkan dari 5.5% kepada 5.2% oleh S&P Global susulan permintaan domestic yang masih kabur dan kadar tidak bekerja untuk anak muda yang tinggi.

Keadaan Sektor hartanah yang masih lemah dan  ancaman geopolitic antara US dan China dilihat merencatkan pertumbuhan ekonomi China.

Selain itu, pertimbangan lain yang juga perlu diambil kira adalah banyak lagi syarikat China yang tidak menepati standard ESG iaitu Environmental Sosial dan Governance.

Secara keseluruhannya, dalam tempoh 10 tahun lalu indeks MSCI China memberikan pulangan sebanyak 5.0%.

Berminat nak tahu berkaitan pelaburan saham luar negara?

Jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.

Similar Posts