|

Orang Jauh Datang Untuk Belajar

Datang Dari Rawang Untuk Personal Coaching

Saya memang tak war-warkan yang saya ada buat personal coaching. Anak muda ini sanggup datang dari Rawang ke Melaka dengan harapan besar supaya dapat jana pendapatan tambahan dengan pelaburan saham.

Saya pun tak prefer untuk buat personal coaching sebab :

✅Capaiannya tak meluas – saya fikir buat perkongsian di media sosial dapat lebih memberi manfaat kepada ramai orang – buat kerja sekali, manfaat berkali-kali

✅ Agak memakan masa – dalam sehari saya biasanya memang bekerja waktu siang. Lepas hantar anak, ambil anak, makan mandi minum solat, tolak lagi waktu LIVE petang biasa yang makan masa lebih kurang 30minit-45minit, maka waktu bekerja yang saya betul-betul boleh guna mahu hanya tinggal 3jam-4jam sahaja.

✅ Untuk berikan satu eksklusiviti kepada seseorang, maka saya perlu caj harga yang mahal. Ini bertentangan dengan prinsip saya yang tak gemar kenakan harga tinggi. Ini dapat dilihat daripada client yang buka akaun dengan saya, mereka hanya perlukan RM11 untuk buka akaun cds dengan saya dan mereka boleh belajar sistem dan gunakan app mahersaham serta tak lupa telegram bot yang saya reka cipta.

✅ Tak compatible. Bukan semua orang boleh terima stail kita ajar one on one atau small group coaching.

Namun atas sebab-sebab tertentu seperti di bawah, maka saya buat lah juga. Sebab-sebab tersebut boleh jadi :

🟠 Client tak dapat faham pembelajaran secara online, suka old school style jumpa berdepan. Mungkin mereka lebih selesa dan tak segan

🟠 Pembelajaran secara berdepan lebih mudah dan tak ada delay – saya nak terang sesuatu, rasa lebih bagus terang dengan menulis saya boleh ambil pen dan kertas kemudian tulis. Saya boleh suruh client untuk buka file tertentu dan dia akan terus dapat buat depan mata saya.

🟠 Personalised dari segi pembelajaran. Setiap orang ada pengetahuan tertentu atau mitos tertentu yang mereka pegang. Ada mindset yang tak patut ada dalam kepala. Tak jelas dalam sesuatu aspek dan perlu kepada seseorang yang lebih berpengalaman memberi tunjuk ajar menerangkan konsep kepada mereka dengan lebih mudah.

🟠 Suka membina hubungan yang akrab dengan pengajar. Ada orang kalau setakat dengar daripada online atau tengok video perasaan mereka adalah “hmmm….biasa je la, bukan ada apa sangat pun..” tapi bila jumpa real life dapat rasa aura “wow memang bukan calang-calang dia ni”.

Bergambar dengan client di Kedai Asam Pedas Pak Man, Ayer Keroh, Melaka

Hakikat Sebenar Full Time Trader

Mungkin bila berdepan pun saya boleh tunjuk hebat extra sedikit daripada biasa. Misal kata masa tadi saya beritahu client, “kau jangan letak mindset dengan modal yang kau ada sekarang ni nak jadi full time trader. Kau kena ada income yang tetap dan lagi lebat lagi bagus.”

“Orang yang jadi fulltime trader terdiri daripada mereka yang duit diorang memang dah berkepuk. Mereka jadi fulltime trader sebab hobi. Mereka kisah apa kalau kena cutloss beberapa ringgit, tapi kalau benda macam tu kena dekat orang yang hanya ada modal yang limited, lain dia punya kesan psikologi tu.”

“Aku pun bukanlah full time trader sebab aku lagi suka swing. Kadang-kadang ada la dapat IPO. Contoh pagi ini sahaja dah untung RM1800 sebab berjaya jual satu IPO saham yang diniagakan pada pagi ini.” Cuma itu pun memang nasib baik sedikit sebab terlupa, kalau biasa target nak jual harga open memang untung lebih kecil sepatutnya.

Penambahbaikan Teknik

Walaupun demikian, satu pintu akan membuka pintu yang lain. Kadang-kadang dalam usaha kita nak mengajar orang lain dalam cara yang lebih mudah, kita pun ditemukan dengan teknik-teknik baru yang mengukuhkan lagi sistem kita sedia ada.

Misal kata tadi, saya mula menambah kriteria perbandingan harga semasa dengan nilai Moving Average 200.

Teknik yang saya ajar adalah agar seseorang itu dapat masuk fasa yang awal bersama jerung. Namun di mana cutoff point di mana fasa bersama jerung itu mungkin dah terlalu lewat?

Maka di situlah datangnya perbandingan harga semasa dengan nilai moving average 200. Sekiranya perbezaannya adalah lebih daripada ______%, maka itu sudah pun dikira lambat. Carilah kaunter yang lain.

Satu Screener, Satu Chart Dan Satu Phone Sahaja

Itu sahaja yang diperlukan untuk mengikuti teknik yang saya ajarkan. Cuma saya suruh juga la bawa laptop sebab senang nak buka telegram dan dapat tengok paparan lebih besar untuk dua orang tengok bersama.

Jangan susahkan diri nak tahu kesemua screener yang ada. Nak bandingkan semua kaunter yang ada dalam Bursa ke? Guna satu screener dan tengok chart pun dah tahu patut masuk atau tak. Dah tahu tapi lepas itu masih tak puas hati selagi tak tengok kaunter lain atau screener lain tu kenapa?

Kadang-kadang orang memang sengaja nak susahkan diri sendiri.

Ok guys, sampai di sini sahaja. Jangan tanya saya personal coaching kalau bukan client, tak ada modal lebih RM30k dan tak sanggup datang Melaka. Kalau bukan client nak tanya juga, rate dia akan jadi double.

Saya betul-betul sarankan dan percaya bahawa orang ramai, buka akaun dengan hanya RM11, cuba sediakan deposit RM500-1000, follow pembelajaran saham selepas buka akaun dan rajin tengok sesi LIVE petang setiap hari, insyaallah boleh faham teknik apa yang saya nak ajarkan.

Jangan lepaskan peluang, daftar di :

Similar Posts