OPR- BNM kekalkan pada 1.75 peratus!

OPR beri laluan kepada pengembangan belanjawan

 

Assalamualaikum dan Hai! Artikel sebelum ini saya share dengan anda semua mengenai keputusan BNM sama ada mahu mengurangkan atau mengekalkan peratus kadar faedah OPR.

OPR dikekalkan!

 

Menurut Maybank Investment Bank Bhd Research (Maybank IB Research), keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada 1.75% ialah untuk memberi laluan kepada Belanjawan 2021.

Belanjawan yang dijadualkan akan dibentang di Parlimen pada hari Jumaat.

Ia dijangka kekal sebagai belanjawan pengembangan, dengan unjuran defisit RM90 bilion atau 6.0% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding unjuran RM95 bilion atau 6.7% daripada KDNK pada 2020.

Selain itu, BNM mengekalkan OPR pada 1.75% untuk dua mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) berturut-turut bagi menjaga ruang dasar monetari.

Tujuan kekalkan OPR pada 1.75% adalah untuk menggalakkan konsumer berbelanja dan meminjam, sekaligus merangsang ekonomi negara.

 

 

OPR
Kredit Gambar: The Edge Market

 

 

Sebelum kita pergi lebih jauh, anda tahu tak apa itu  maksud OPR??

 

Apakah maksud Overnight Policy Rate (OPR)?

 

Overnight Policy Rate (atau Kadar Dasar Semalaman) adalah kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

 

OPR adalah kadar yang dikenakan oleh bank yang berikan pinjaman kepada bank lain yang meminjam sejumlah dana (duit).

 

Situasi 1: Bank akan pinjamkan sebanyak mungkin kepada pelanggan setiap hari.

Apabila dah tamat waktu operasi, terdapat bank yang mempunyai lebihan atau kekurangan duit dalam simpanan mereka.

Situasi 2: Bank perlu memastikan jumlah tertentu dikekalkan dan disimpan dalam bank setiap hari.

Bila terjadi antara 2 situasi ini, bank (yang tak cukup duit) terpaksa meminjam sejumlah duit untuk satu tempoh masa (semalaman). Bank ini akan meminjam daripada bank lain yang ada lebihan dana atau meminjam dekat BNM sendiri.

Manakala, pembiayaan ini akan dikenakan Kadar Faedah Semalaman (OPR) yang telah ditetapkan oleh BNM. Semua ini bagi memastikan sistem perbankan kekal stabil.

Suka untuk diingatkan, OPR hanya dikenakan dekat institusi kewangan, dan bukan dekat pelanggan yakni kita. Pengurangan kadar OPR akan memberi kesan terhadap kos pinjaman antara bank, yang akhirnya akan menjurus kepada kesan berangkai.

Jadi itu lah maksud OPR yang sebenar untuk anda mudah faham.

 

 

Maybank IB Research

 

Berkata Maybank IB Research, keputusan BNM juga konsisten dengan petunjuk bahawa kemelesetan ekonomi semakin berkurangan selepas kemerosotan KDNK pada April atau suku kedua 2020 sebanyak (-17.1%)

Selain itu, menyokong unjuran KDNK sebenar rasmi pada masa ini iaitu antara +5.5% hingga +8.0% pada 2021, selepas mencatatkan -3.5% hingga -5.5% pada 2020.

Selain itu, ia menjangkakan OPR akan kekal pada 1.75% sehingga akhir 2021, tetapi akan terus melihat ini sebagai ‘dovish pause’ di celah-celah tinjauan risiko penurunan seperti yang dinyatakan dalam kenyataan dasar monetari baru-baru ini.

 

 

Pakej Ransangan Fiskal

 

Ketua Ekonomi dan penyelidikannya, Dr Anthony Dass menjangkakan pakej rangsangan fiskal yang besar seperti (PRIHATIN, PRIHATIN SME+, PENJANA dan KITA PRIHATIN) bernilai RM305 bilion atau 21% daripada KDNK, seharusnya dapat membantu menyokong ekonomi domestik.

BNM pada mesyuarat MPC yang terakhir untuk tahun ini, mengambil keputusan mengekalkan OPR pada 1.75% menjadikan penurunan kadar secara kumulatif untuk tahun 2020 kepada 125 mata asas.

 

Kesan Kadar OPR

 

Tahukah anda apabila OPR dikekalkan kepada 1.75%, terdapat 2 kesan yang dapat kita lihat. Antaranya ialah:

 

1 – Kadar simpanan tetap (Fixed Deposit) akan kekal

Kadar fixed deposit yang sekarang akan mengikut kadar OPR yang terbaru. Bermakna, jika kadar OPR turun maka kadar simpanan tetap (fixed deposit) juga akan turun.

Hal ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada penyimpan. Penyimpan akan mendapat faedah yang lebih rendah berbanding sebelum ini, kerana bank akan kurangkan kadar faedah kepada 20 hingga 25 mata asas.

 

2 – Kadar faedah pinjaman juga akan kekal

Kepada anda yang ada pinjaman rumah, bila kadar OPR dikekalkan, kadar faedah pinjaman rumah anda juga akan dikekalkan. Jika kadar OPR diturunkan, ada kemungkinan bank akan turunkan kadar faedah. Bermakna, bayaran pinjaman anda akan jadi lebih rendah!

Namun begitu, tidak semua pinjaman. Hanya pinjaman yang berasaskan ‘floating interest’ saja yang akan terkesan.

Contohnya: pinjaman perumahan dan juga ASB Financing. Manakala, loan kereta atau personal loan itu tidak terkesan akibat daripada turun naik OPR ini.

 

Kesimpulan

 

Terdapat banyak kesan positif dan disamping itu juga kesan negatif hasil daripada kadar peratus 1.75 OPR yang dikekalkan oleh Bank Negara Malaysia.

Kepada anda yang tidak terkesan dari segi kewangan, boleh je bayar macam biasa pinjaman yang anda ada. Untuk yang terkesan pula (dikurangkan gaji, dibuang kerja), dapatkan nasihat daripada mana-mana pihak bank anda untuk langkah terusnya.

Moga artikel kali ini dapat memberikan anda penjelasan yang lebih mendalam mengenai kadar peratus OPR.

 

 

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.

Moga artikel kali ini bermanfaat untuk anda. Salam Sejahtera!

 

 

Similar Posts