OPEC Meeting Delay, Harga Minyak Jatuh Pada Peningkatan Stok AS.

Harga minyak jatuh pada peningkatan stok AS, kelewatan dalam mesyuarat OPEC 

Assalamualaikum dan hai Tuan-tuan dan Puan-puan..In shaa Allah dalam artikel kali ini saya akan kongsi dengan anda semua mengenai isu semasa yang hangat diperkatakan iaitu mengenai meeting OPEC dan harga minyak!

Haaa.. korang pernah dengar tak tentang OPEC? Tahu ke OPEC nie apa?

Apa Itu OPEC?

Ia adalah sebuah badan NGO iaitu Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Organization of the Petroleum Exporting Countries), dikenali sebagai OPEC.  Ia adalah sebuah pertubuhan antara kerajaan yang ditubuhkan pada 1960 di Baghdad oleh Iran, Iraq, Kuwait, Arab Saudi, dan Venezuela.

Halatuju pertubuhan ini adalah untuk mencipta cara-cara dan makna untuk memastikan kestabilan harga dalam pasaran minyak.

Selain itu, ingin memusnahkan turun-naik yang tidak menentu dan sebagai keperluan untuk menyelamatkan pendapatan dan kestabilan kepada negara-negara pengeluar.

OPEC
Kredit Gambar: The Edge Market

 

Berdasarkan keratan berita di atas, the keluar satu berita di The Edge Market mengenai harga minyak jatuh pada peningkatan AS, dan kelewatan dalam mesyuarat OPEC.

Berita tersebut mengatakan bahawa harga minyak telah melambung kerugiannya pada hari Rabu dan dikejutkan dengan peningkatan inventori minyak di Amerika Syarikat.

Ia berlaku ketika OPEC dan sekutunya meninggalkan pasaran secara tidak langsung dengan menangguhkan mesyuarat rasmi untuk memutuskan sama ada akan meningkatkan pengeluaran pada bulan Januari.

 

OPEC Meeting

Bila sebut mengenai meeting ini, berapa kali meeting ini akan dibuat?

OPEC meeting ni akan dibuat sebanyak 2 kali dalam setahun. Ia adalah satu meeting yang dibuat oleh satu organisasi yang menggabungkan 12 hingga ke 14 buah negara untuk menentukan quota pengeluaran minyak.

Meeting ini juga diadakan bagi membincangkan mengenai harga semasa minyak.

Untuk pengetahuan korang.. sekarang sedang berlangsungnya meeting nie tapi masih belum ada kata putus lagi mengenai harga minyak ini. Jadi kita masih tertanya-tanya ke mana arah harga minyak ini?

Negara-Negara Yang Terlibat

Terdapat beberapa negara yang terlibat dalam pertubuhan ini. Antara 12 hingga ke 14 negara yang terlibat dalam OPEC meeting nie.

Antara negara yang terlibat ialah Arab Saudi, Iran, Iraq, Kuwait, Venezuela, Qatar, Indonesia, Libia, United Arab Emirates, Algeria, Nigeria dan Angola. Negara-negara ini adalah antara negara atau member of country yang terlibat.

Kesimpulan

Kesimpulanya, kata putus mengenai harga pasaran minyak masih belum diputuskan. Jadi, sama-samalah kita nantikan news atau apa- apa perkara positif yang kita akan dapat melalui OPEC meeting nie.

News ini penting kerana ia akan memberi kesan kepada kita. Sebagai contoh, masa waktu PKP minyak turun, tapi sukar untuk kita keluar mengisi minyak.

Namun, lain pula bagi traders bila harga minyak nie naik ia merupakan berita gembira kerana mereka ada memegang saham-saham kaunter minyak nie

_________________________________________________________________________________________

Moga artikel kali ini bermanfaat untuk anda.

Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu

Similar Posts