Nak buka akaun saham dengan broker mana?
Secara asasnya ramai yang dah tahu apa itu Akaun CDS. Kalau anda masih belum tahu apa itu CDS, kenapa kena ada akaun CDS, apa beza akaun islamik dan konvensional, apa beza direct CDS dan Nominee CDS, apa syarat nak buka CDS, dan segala yang asas berkaitan akaun CDS, anda boleh baca artikel terbitan kami sebelum ini di ACC CDS untuk TRADE.
Dalam artikel kali ini, saya nak ceritakan macam mana nak pilih broker saham? Sebelum ni, ramai yang direct mesej saya dan tidak kurang juga yang bertanya dalam group Telegram kami untuk tanya apa beza broker-broker yang ada dan kenapa saya kena buka akaun CDS saya dengan Broker tertentu?
Untuk menjawab pertanyaan ni lebih baik saya terangkan dulu apa dia Broker ni dan apa fungsinya?
Broker ini adalah satu badan yang menjadi perantara diantara syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dengan pelabur saham(orang awam).
Secara asasnya, pelabur biasa seperti kita ni tak boleh nak beli saham secara terus daripada Syarikat. Umpamanya macam ni, kita datang ke syarikat Petronas Dagangan, terus nak jumpa dengan Directornya untuk membeli saham syarikat tersebut memang tidak akan dilayan.
Jadi, macam mana kita nak beli pemilikan saham syarikat tersebut? Jawapannya ialah Broker. Jika kita nak membeli pemilikan saham sesebuah syarikat, kita mestilah melalui ‘perantara’ iaitu Broker Saham. Broker ini ialah syarikat, bukan individu.
Anda boleh cek dengan lebih detail senarai nama syarikat broker yang ada di Malaysia ini di sini.
Untuk membuka akaun CDS ini, kita kena berurusan dengan wakil daripada Syarikat Broker ini iaitu Remisier atau Dealer.
Apa pula beza antara remisier dan dealer ni? Yang mana satu lebih bagus?
Remisier ini umpama agen bagi syarikat broker. Komisyen remisier adalah berdasarkan jumlah caj yang dikenakan kepada pelabur. Jadi, jika mereka nak komisyen yang lebih, mereka perlulah serve client mereka sebaik mungkin untuk menggalakkan mereka untuk berjual beli. Jika client tidak melakukan apa-apa transaksi, maka tiadalah komisyen kepada remisier ini.
Berbeza pula situasinya dengan Dealer. Dealer mempunyai gaji yang tetap diperolehi melalui syarikat broker tempat mereka berkhidmat.
Jadi, selepas anda dah tahu apa dia fungsi broker, remisier dan dealer, barulah kita boleh terus ke persoalan utama kita iaitu apakah beza diantara syarikat-syarikat broker.
1. CAJ BROKER
Caj broker adalah satu perbezaan yang paling ketara ketika membuat perbandingan antara broker. Ini kerana caj broker merupakan caj yang perlu dibayar oleh pelabur setiap kali melakukan transaksi pembelian dan penjualan pegangan saham.
Sebagai contoh kita buat satu perbandingan di antara 2 broker saham. Broker A dan Broker B.
Saham Syarikat C berharga RM0.20 seunit
Contoh pembelian sebanyak 100lot (10000unit)
Total Harga = RM0.20 x 10000 = RM2000
Broker A mengenakan minimum caj RM10 untuk pembelian saham yang berharga RM2000.
Manakala Broker B mengenakan caj minimum RM20 untuk pembelian saham berharga RM2000.
2. Caj Stamp Duty = RM2
3. Caj Clearance = RM0.60
TOTAL CAJ:
BROKER A : RM10 + RM2.60 = RM12.60
BROKER B : RM20 + RM2.60 = RM22.60
Perlu diingat bahawa caj ini dikenakan setiap kali kita beli dan jual saham. Semakin banyak transaksi yang kita lakukan, semakin banyak caj yang dikenakan kepada kita.
Jadi, jangan ingat perbezaan yang kecil itu sedikit nilainya, kerana apabila ditambah kesemua transaksi yang kita lakukan, baru kita nampak sebenarnya sangat ketara beza kos yang perlu ditanggung.
SERVIS
Servis ini ialah inisiatif yang berbeza mengikut broker atau remisier. Sebagai contoh, ada broker yang menyediakan kelas yang percuma kepada semua yang membuka akaun melalui mereka.
Ada juga remisier yang menyediakan khidmat kelas murah khas kepada pelanggan mereka.
Jadi, adalah lebih baik sebelum kita buka akaun dengan sesuatu broker melalui remisier atau dealer, kita dapatkan dahulu apa yang remisier atau dealer itu tawarkan dan apa kelebihan yang kita akan perolehi jika kita buka akaun melalui mereka.
PLATFORM
Platform saham ialah aplikasi yang kita perlukan untuk membuat pembelian dan penjualan saham.
Dengan menggunakan platform, kita boleh mendapatkan informasi berkaitan dengan semua syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia.