MSCI, Kejatuhan saham dalam Index FBM KLCI

Public Bank jatuh paling banyak dalam sejarah 12 tahun

Hai dan salam sejahtera! Tuan-tuan dan Puan-puan, pada tarikh 30 Nov kita dikejutkan dengan berita mengenai kejatuhan besar-besaran oleh saham-saham yang berada dalam Index FBM KLCI.

Antara kaunter/syarikat yang terlibat adalah Hong Leong Bank, Public Bank, dan Tenaga Nasional.

Hal ini telah berlaku disebabkan oleh kerana saham perbankan mengalami suatu proses rebalancing untuk MSCI Index.

 

 

MSCI
Kredit Gambar: The Edge Market

 

 

Seperti yang korang lihat news di atas, antara kaunter yang jatuh teruk adalah Public Bank. Public Bank dikatakan jatuh paling teruk dalam sejarah 12 tahun.

Selain itu, antara bank bank lain yang under pressure juga adalah Maybank, CIMB dan Hong Leong Bank.

Malacca Securities Head of Research Loui Low berkata,

“Antara sebab selldown dalam banking stock ini adalah disebabkan oleh proses rebalancing untuk MSCI Index”

 

 

Apakah itu MSCI INDEX?

Haa..tuan-tuan dan puan-puan, tahukah korang apa itu MSCI Index?

MSCI adalah singkatan dari Morgan Stanley Capital International. Seperti Dow Jones Averages atau S&P500, MSCI adalah sebuah indeks.

Secara khusus, Indeks MSCI adalah ukuran kepada prestasi sesuatu saham dalam pasaran.

Secara umum, yang dilakukan oleh indeks ini adalah untuk mengikuti prestasi saham untuk suatu kelompok perusahaan/bursa tertentu dalam kategori atau wilayah tertentu.

Jadi, MSCI Index ini ialah index yang dikawal atau di monitor oleh global.

MSCI akan lihat pada world punya bursa. Selain itu, gabungan component-component dia adalah component-component dalam negara yang terlibat.

 

 

Apa Berlaku Bila MSCI Rebalancing?

Korang tahu tak apa yang berlaku bila dia rebalancing?

Bila dia rebalancing..MSCI Index kena menjual pegangan dia dalam saham-saham yang dia dah invest.

Hal ini kerana Index tu sendiri sebenarnya dia bukanlah sekadar hanya petunjuk global punya component dan ia bukannya sekadar simulasi.

Akan tetapi, bila dia nak membentuk Index tu, Index tu sendiri boleh dijadikan sebagai satu bahan untuk di trade ataupun didagangkan.

Jadi…nak tak nak, mereka perlulah betul-betul membeli kaunter-kaunter yang ada dalam index-index itu sendiri.

 

 

Kaedah Rebalancing MSCI

Dalam kes MSCI Index ni, dia buat rebalancing dengan cara mengurangkan pegangan ataupun kurangkan berat dalam index tu, untuk saham-saham yang ada dalam negara-negara Asean.

Jadi, itulah antara penyebab berlakunya kejatuhan mendadak saham-saham yang ada dalam index FBM KLCI

 

 

Peluang kepada Investor

Akan tetapi, jika dilihat pada news yang berikutnya, di The Edge Market, berita itu memberitahu kita bahawa kejatuhan akibat rebalancing itu memberikan peluang kepada investor untuk membeli.

 

MSCI
Kredit Gambar: The Edge Market

 

Jadi pada waktu sekarang nie dapat kita lihat rata-ratanya kaunter sudah pun mendaki semula daripada kejatuhan semalam.

Jadi pada siapa yang membeli pada waktu kejatuhan itu, tahniah diucapkan sebab itulah peluang untuk anda!

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, jika kita lihat pada chart daily oleh kaunter-kaunter yang terlibat seperti Petronas Chemical, ia telah closing pada harga yang rendah dan keesokannya telah meningkat sebanyak 9%.

Selain itu, kaunter Maybank juga telah naik sebanyak 4% selepas kejatuhannya. Begitu juga dengan kaunter Tenaga yang telah naik sebanyak 7.54%.

Perkara ini dilihat sebagai satu peluang yang jarang datang. Maka, beruntunglah pada sesiapa yang alert terhadap isu semasa seperti ini.

 

_________________________________________________________________________________________

 

 

Moga artikel ini bermanfaat untuk anda!

Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.

 

 

Similar Posts