|

RM 1.5 BILLION- MR DIY jadi rebutan hari pertama listing.

MR DIY Group dibuka pada harga tawaran RM1.60

 

Hai dan Salam Sejahtera! Alhamdulillah pada tarikh 26 Oktober ini telah listing nya satu lagi syarikat dalam Bursa Malaysia. Ia antara syarikat yang famous dalam kalangan kita sebagai pengguna. Syarikat apa tu ya? Syarikat itu ialah MR DIY!

 

MR DIY
Kredit Gambar: MalaysiaStock.Biz

 

Jika sebelum ini saya ada share artikel mengenai IPO Econframe maka hari ini saya akan kupas dengan lebih lanjut mengenai syarikat MR DIY yang baru sahaja hari ini listing dalam Bursa Malaysia

Pada hari ini kita dapat lihat bahawa MR DIY telah tersenarai antara the biggest listing of the year, syarikat ini telah menyaksikan penawaran awam permulaan (IPO) yang bernilai RM1.5 bilion

Nilai ini telah dilanggan oleh pelabur runcit serta dana institusi Malaysia dan asing sebanyak 3.91 kali.

 

MR DIY
Kredit Gambar: The Star

 

 

Hari ini, IPO terbesar negara tahun ini, MR DIY telah memasuki Pasar Utama Bursa Malaysia pada harga RM1.60, yang merupakan harga tawarannya.

 

Pada jam 9.03 pagi, bahagian peruncit pembaikan rumah didagangkan pada harga RM1.61. Terdapat 49.78 juta saham dilakukan pada harga antara RM1.50 hingga RM1.62.

 

 

MR DIY memperoleh 1.5 billion saham dari pasaran

IPO terdiri daripada 941.49 juta saham – Tawaran untuk penjualan sehingga 753.09 juta saham

 Terbitan awam sebanyak 188.40 juta saham baru.

 

 

Saham IPO MR DIY

 

–    470.75 juta saham kepada pelabur bumiputera yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antrabangsa  dan Industri.

 

–    309.21 juta saham biasa sedia ada kepada Institusi Malaysia dan pelabur terpilih.

 

–    36 juta saham biasa baharu untuk pengarah-pengarah dan pekerja syarikat MR DIY termasuk individu berkelayakan yang telah menyumbang kepada kejayaan MR DIY.

 

–     125.53 juta saham biasa baharu kepada orang awam.

 

Menurut Pegawai Eksekutif, Adrian Ong, terbitan saham tersebut adalah pencapaian besar MR DIY yang membawanya semakin hampir menjadi syarikat tersenarai.

 

Berkata Adrian Ong lagi:

“Walaupun beberapa bulan yang lalu pasaran menerima impak teruk akibat daripada Covid-19. Namun, kami bertahan sebagai sebuah kumpulan dan menghargai peluang ini untuk bergerak ke fasa pertumbuhan yang seterusnya”.

 

 

Midday- MR DIY Group berdagang lebih tinggi pada tengah hari, merancang pengembangan RM483 juta

 

Walaupun MR DIY baru sahaja listing dalam Bursa Malaysia pada hari ini namun harga sahamnya mampu pergi dengan nilai yang tinggi menjelang pada tengahari

 

Pada tengah hari, saham peruncit telah didagangkan pada harga RM1.74, naik 14 sen. Ia merupakan kaunter paling aktif dengan 297.28 juta saham dilakukan pada harga antara RM1.50 hingga RM1.80

 

Bernama telah melaporkan bahawa MR DIY memperuntukkan RM438 juta untuk mengembangkan perniagaannya dalam dua tahun akan datang.

 

Perkara ini kita dapat lihat bahawa berkemungkinan syarikat MR DIY berpotensi untuk pergi lebih jauh.

 

 

Perancangan MR DIY

Berkata ketua Pegawai Eksekutif Adrian Ong:

 

-Ia ingin meningkatkan jumlah kedai runcitnya dengan jenama Mr DIY, Mr Toy dan Mr Dollar kepada 900 gerai di seluruh negara menjelang Disember 2021.

-Kini, ia mempunyai 670 kedai di seluruh Malaysia dan empat di Brunei.

 

-Syarikat ini telah membuka 81 kedai dan mengembangkan rangkaian kedai sebanyak 13.7%.

 

-Ia ingin mengembangkan segmen E-dagangnya yang menyaksikan kenaikan pendapatan sebanyak 500% pada separuh pertama tahun ini

 

 

Kesimpulan

 

Pengembangan dan peningkatan harga saham yang agresif telah didorong oleh kecemerlangan operasi, skala ekonomi yang baik serta jalan pertumbuhan yang baru telah membolehkan syarikat ini merealisasikan pendapatan pertumbuhan tahunan (CAGR) empat tahun pada tahun 2017-21F hingga 20.6%

Menunjukkan rekod prestasi yang boleh dipercayai dan bercita-cita tinggi.

_________________________________________________________________________________________

 

Korang dah follow/like/join media sosial Mahersaham???

Follow sekarang untuk mengetahui informasi terkini mengenai pasaran saham

 

Website

Facebook

Twitter

Instagram

Youtube

Telegram

 

 

 

Similar Posts