Cara Isi Akaun Mplus Global
Malacca Securities Sdn Bhd (Mplus) telah mula melebarkan platform nya untuk mula berdagang di luar negara. Ini memberi peluang kepada pelabur untuk terlibat sama melabur di pasaran luar negara.
Namun, untuk melabur di Mplus Global ini, pelabur diminta untuk mendaftar sekali lagi walaupun sudah memiliki akaun CDS Mplus untuk Bursa Malaysia.
Jadi, saya akan terangkan satu persatu cara untuk mengisi pendaftaran akaun Mplus Global, khas untuk pengguna sedia ada Mplus.
Anda juga boleh membuka akaun Mplus Global ini walaupun anda bukan client sedia ada Mahersaham.
Langkah-langkah isi akaun Mplus Global
- Tekan link ini untuk membuka akaun : Buka Akaun Mplus Global
Anda akan dibawa ke page Mplus Global.

2. Isi emel atau nombor telefon anda.
PENTING —–> Untuk client sedia ada, sila tekan bahagian Phone. Pastikan phone anda adalah nombor yang berdaftar dengan Mplus. Untuk semak, boleh pergi ke bahagian seperti CARA SEMAK NOMBOR CDS ANDA.
Tekan ‘Log in or Sign up’

3. Disebabkan anda merupakan client Mplus, database anda sudah pun disimpan. Anda akan diminta untuk memilih sama ada ingin mendapatkan ‘confirmation code’ melalui emel atau nombor telefon.

4. Isi ‘verification code’ yang akan diterima melalui platform yang telah anda pilih sebentar tadi.

5. Buat password baru dengan mengikut ketetapan yang diberikan. Sehingga ketiga-tiga ketetapan dipenuhi dan ditanda ‘betul’ atau right, kemudian tekan ‘Sign up’

6. Padam atau untick bahagian ‘Share Margin Financing Account‘
Buat yang tidak tahu, share margin financing account adalah perkhidmatan margin yang disediakan oleh Mplus. Jika anda ada membeli saham, saham yang anda beli itu mempunyai value yang boleh ‘dicagarkan’ kepada Mplus, anda akan ada dana tambahan untuk membeli saham lain walaupun duit dalam trust sudah tiada.
Walaubagaimanapun, sekiranya harga saham anda jatuh, maka akan berlaku ‘Margin Call’ di mana Mplus akan menjual saham anda untuk ‘cover loss’ tersebut – disebabkan dana tambahan tersebut adalah seperti hutang Mplus kepada anda.
Berkaitan margin, selalunya akan ada caj tambahan yang dikenakan jika menggunakan margin. Untuk tahu lebih lanjut boleh ke Apa Itu Margin Call dan Forced Selling oleh Majalahlabur
Mungkin ada servis margin patuh shariah menggunakan konsep Tawarruq, namun jujur cakap saya tidak selesa dengan cara tersebut. Untuk Mplus, ‘unlikely’ servis margin menggunakan konsep Tawarruq sekalipun.

7. Jika anda tiada cukai di negara lain, tekan ‘No‘ di ‘Are you a tax resident of another country(s) outside Malaysia?’. Pilih ‘Malaysia’ sebagai ‘Country of Tax Residence‘. Pilih ‘Yes‘ di ‘Do you have a Tax Identification Number (TIN)’ sekiranya anda ada nombor cukai dan isikan nombor tersebut di bahagian ‘Tax ID‘. Kemudian tekan ‘Next’.

Jika anda tiada nombor cukai, pilih ‘No’ di bahagian ‘Do you have a Tax Identification Number (TIN)’, pilih ‘B’ dan nyatakan sebab anda tidak mempunyai nombor cukai.

8. Jika anda tidak termasuk dalam kategori orang yang ada domestic ringgit borrowings, klik ‘I do not have domestic ringgit borrowings…’. Apa itu FEA Rules? Anda boleh baca penerangannya di bawah artikel ini di bahagian ‘Soalan-soalan Berkaitan Pendaftaran Mplus Global’.

9. Ini bahagian paling penting. Pastikan anda isi kod – salah satu sahaja – biasanya sudah automatik jika anda klik link dari artikel ini – ‘DADY atau B754 atau OT89‘ di ‘Invitation Code’ sekiranya anda ingin mendapat kelebihan sebagai client Mahersaham. Sekiranya anda bukan client Mahersaham untuk akaun CDS untuk Bursa Malaysia, anda juga boleh mengisi kod ini. Tetapi, mungkin juga terdapat kod yang dimasukkan berbeza dan masih boleh diterima iaitu DADY, B754, OT89.
Isi kod : kod yang dinyatakan di atas.

Lihat CDS Statement dan Terms of Service (sekiranya perlu).
10. Boleh jadi juga terdapat kod yang dimasukkan berbeza dan masih boleh diterima iaitu Q7HV , DADY, B754, OT89 sekiranya anda membuka akaun menggunakan link yang diberikan.
11. Tick ‘accept this Agreement’ dan ‘acknowledgement’. Kemudian tekan ‘Sign and Submit‘. Anda akan diminta untuk sign dan tekan butang ‘Confirm‘

12. Proses akan diambil lebih kurang 1-3 hari bekerja.

13. Anda akan menerima mesej selepas akaun anda telah aktif.

Selesai. Sekiranya anda terlupa atau tidak masukkan kod, boleh cuba hubungi fb.com/mplusonline Baritahu ingin membuat permohonan baru untuk global sebab terlupa masukkan kod.
Ada mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan? Boleh tanya di Support Group Khas untuk client Mahersaham atau terus hubungi https://t.me/mahersahamplatform
Ingin mengetahui lebih lanjut? Boleh juga baca artikel https://www.mahersaham.com/mplus-dah-mula-tawarkan-akaun-untuk-trade-global/
Soalan-soalan Berkaitan Pendaftaran Mplus Global
Tutorial Cara Guna Apps Mplus Global
Setelah berjaya buka akaun, dan anda telah pun memuat turun aplikasi Mplus Global, maka tibalah masa untuk anda mula melabur dalam saham luar negara. Untuk itu, saya sediakan panduan Tutorial Penuh Cara Menggunakan Aplikasi Mplus Global.
Bagaimana cara beli saham global..mksud sya menggunakan method apa..adakah menggunakan strategy,motherstock atau option..
Terbaik soalannya tuan. Nanti saya akan jawab melalui tulisan yang akan datang.
Sudah register mohon ilmu untuk trade
kalau dah register tuan, dan akaun berjaya dibuka, pergi message telegram bot sahkan identiti untuk bot berikan link join group client. Boleh ke t.me/mahersahamglobalbot
Saya dah register tetapi tak boleh sign in.. Berapa lama masa untuk sign in selepas register?
biasanya untuk mplus global akaun siap dalam tak masa tak sampai satu hari… untuk akaun Mplus bursa malaysia yang akan ada proses verifikasi lebih… paling lewat dua minggu