Mplus Dah Mula Tawarkan Akaun Untuk Trade Global
Salam dan hai. Mplus, atau nama penuhnya Malacca Securities Sdn Bhd dah nak mula tawarkan pembukaan akaun global yang membolehkan pelabur atau pedagang melakukan urusan jual beli saham-saham di luar Malaysia.
Ini merupakan satu berita yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang. Seperti mana Mplus sebelum ini berjaya merancakkan market dalam kalangan pelabur Bumiputera dengan menyediakan platform jual beli saham patuh shariah yang hebat, kini Mplus akan buat perkara yang sama dalam arena global.
Berikut adalah gambar yang dapat saya kongsikan kepada anda buat masa ini.


Bagaimana Nak Daftar?
Buat masa ini baru pre-registration dibuka dan anda boleh daftar di link berikut : https://m.global.mplusonline.com/activitiesr/question?drCode=R387
Apa Kelebihan-kelebihan Kalau Mendaftar Awal?
Seperti yang tertera di dalam gambar, ada beberapa kelebihan yang ada, antaranya :
- Dapat 5 unit saham Grab
- Percuma 30 Hari Live Quote untuk pasaran saham Hong Kong
- Percuma 30 Hari Live Quote untuk pasaran saham US
Apa Yang Boleh Anda Expect Selepas Ini?
Dari sudut saya sebagai remisier, saya dah boleh ‘tap’ market global. Ilmu-ilmu yang kita dah belajar sebelum ini, yang saya dah ajar client, adalah transferable. Bermaksud benda sama sahaja, anda boleh gunakan fundamental dan technical analysis untuk trade saham luar negara.
Hakikatnya banyak ilmu yang kita belajar pun bersumberkan traders US.
Mungkin ramai yang tak tahu, tapi saya sudah pun menghasilkan Telegram Bot untuk client saya agar dapat tengok chart dengan mudah melalui handphone dan nampak entry yang terbaik dengan melihat kepada beberapa indikator yang mudah difahami, tetapi tetap padu.
Jadi, ‘expect’ yang saya juga akan menghasilkan benda yang sama untuk pasaran luar negara.
Untuk client yang belum join group support yang baru untuk client, dan juga akses kepada bot, boleh message Telegram Bot Mahersaham.
Jumpa lagi guys dalam pasaran antarabangsa.