Moomoo – Broker Saham Global Luar Negara
Broker saham merujuk kepada satu badan atau organisasi yang bertanggungjawab sebagai orang tengah yang menghubungkan pelabur individu dengan pasaran saham.
Sudah semakin ramai orang mula berjinak-jinak untuk melakukan pelaburan luar negara ataupun terlibat dengan saham global. Mplus Global adalah salah satu broker di Malaysia yang sudah mula menawarkan perkhidmatan pelaburan saham di luar negara.
Namun saya juga mula mendapat soalan-soalan berkaitan broker luar negara yang belum didaftarkan di Malaysia. Apa broker-broker yang ada? Adakah selamat nak gunakan mereka? Apa perkara yang kita perlu tahu? Bagaimana kos-kos yang dikenakan?
Dalam artikel kali ini, saya akan cuba membentangkan kajian dan apa yang saya tahu berkaitan Moomoo. Di youtube, ada juga yang menceritakan dengan terperinci berkaitan broker Moomoo ini, antaranya adalah Ziet Invest.
Kenapa Moomoo
- Moomoo adalah anak syarikat kepada Futu, syarikat yang tersenarai di papan saham NASDAQ di US
- Zero commission brokerage
- USD 0.99 Platform fee untuk setiap transaksi
- Percuma Level 2 US Stock Market Data (ada 10 Level)
- Realtime US Stock Market Data

Promosi Moomoo
Saya berpeluang untuk bertanya kepada salah satu wakil daripada Moomoo, dan ini adalah apa yang ditunjukkan kepada saya :


Cara Daftar Akaun Moomoo
1.Tekan link yang disertakan di bawah. Dengan mendaftar melalui link di bawah, anda akan layak memperolehi promosi Moomoo seperti di atas.
https://j.moomoo.com/00wRT0
https://j.moomoo.com/00wRT0
https://j.moomoo.com/00wRT0
2. Cari butang Get Your Rewards atau Sign Up. Masukkan email address yang anda hendak gunakan. Pada bahagian password, masukkan password yang anda hendak gunakan.


3. Setelah anda tekan Sign Up, anda akan menerima paparan ‘Welcome’. Langkah seterusnya, pilih identiti anda. Jika anda rakyat Malaysia yang memang tak bekerja di Singapore, maka tekan Other. Anda kemudiannya akan diminta memuat turun aplikasi MooMoo daripada Apple App Store atau Google Play Store.



4. Sesudah selesai install, sila tekan LOG IN. Masukkan emel dan password yang anda daftar dalam langkah No. 2



5. Teruskan semula proses pendaftaran anda dengan memasukkan maklumat yang diperlukan. Tekan Other . Sila sediakan Kad Pengenalan anda.


6. PENTING! Pada bahagian First Name, masukkan nama anda, bahagian Last Name – Bin atau binti diikuti nama ayah seperti yang tertulis dalam kad pengenalan



7. Anda juga akan diminta untuk memberikan no cukai anda dengan LHDN. Isikan maklumat berkaitan pekerjaan anda.



8. Verify atau sahkan identiti anda. Anda juga diminta untuk sahkan no telefon anda. Tekan Next setelah anda fahami Risk Disclosure yang ada.



9. Tekan Submit. Akaun anda akan diproses. Jika hari bekerja, kebiasaannya akaun anda akan siap dalam tempoh 1 jam. Anda juga akan menerima panggilan dari Singapore, atau kalau anda tak angkat, anda juga akan menerima Whatsapp Message daripada Moomoo menyatakan akaun anda sudahpun siap. Tahniah!



Cara Deposit Ke Akaun Moomoo
1.Pastikan anda sudah pun mempunyai akaun WISE terlebih dahulu. Jika anda belum ada, sila rujuk artikel ini – Cara Guna Wise Untuk Forex Yang Halal
2. Pergi buka akaun Moomoo dan pergi menu Accounts, kemudian pilih Deposit.
3. Apabila ditanya, “How would you like to deposit?”, anda diberi 3 pilihan. Pilihan ketiga adalah Wise Transfer. Tekan pilihan ketiga tersebut.

4. Jika anda belum link kan akaun WISE dengan Moomoo, anda akan ditanya. Link kan akaun WISE anda dengan akaun Moomoo. Tekan Next.


5. Jika ada sedikit masalah atau bug pada page, diingatkan anda cuba buka page tersebut di browser seperti Chrome atau Safari dan login di sana.
6. Proses linking akan mengambil masa beberapa minit sahaja.
7. Bagi yang sudah selesai link, anda hanya perlu tekan Deposit Now.
8. Anda akan ditanya hendak deposit menggunakan ‘Use my Wise balance’ atau ‘Use my bank account’.



9. Buat pilihan dan tekan amount yang anda nak transfer.
10. Boleh semak pada bahagian Funds Record.


