Minyak Sawit Dan Keluaran Dalam Negara Kasar
Minyak Sawit Dan Keluaran Dalam Negara Kasar
Minyak sawit dan keluaran dalam negara kasar (“KDNK”) kedua-duanya adalah merupakan komponen yang penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi.
Fakta pertama, Malaysia adalah pengeluar utama sawit kedua terbesar selepas Indonesia.
Fakta kedua, pasaran eksport minyak sawit telah meluas bukan sahaja di rantau Asia malah ke rantau Eropah.
Terdapat beberapa negara yang telah menjadi destinasi utama industri eksport minyak sawit. Antaranya ialah India, China, Kesatuan Eropah, Turki dan Pakistan.
Meskipun begitu, Malaysia terpaksa berdepan dengan banyak faktor-faktor luaran (“external factors”) yang telah menyebabkan permintaan minyak sawit semakin berkurangan dari tahun ke tahun.
Krisis Luar Negara
Krisis luar negara banyak mempengaruhi keadaan pasaran minyak sawit.
Antaranya, Kesatuan Eropah (“European Union”) telah membuat perancangan untuk menyekat bekalan komoditi tersebut.
Terbaru, ia telah melancarkan kempen anti sawit dunia.
Malaysia turut menjadi mangsa keadaan. Jadi, terpaksalah kerajaan bertungkus lumus untuk melawan kempen ini habis habisan.
Ini semua perlu dilaksanakan segera agar harga minyak sawit juga kembali stabil.
Jika tidak, kadar eksport bersih minyak sawit akan menurun seterusnya menurunkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Keluaran Dalam Negara Kasar
Keluaran Dalam Negara Kasar adalah penunjuk kepada perkembangan dan momentum ekonomi negara.
Sekiranya, angka KDNK menurun, ia menunjukkan ekonomi negara tidak begitu memberangsangkan. Begitu juga sebaliknya.
Terdapat beberapa klasifikasi utama yang perlu diambil kira dalam mengukur pertumbuhan ekonomi dengan KDNK.
Cara penentuannya ialah dengan mengambil kira perbelanjaan iaitu dengan menambah jumlah penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan eksport bersih.
Penggunaan (“Consumption”)
Penggunaan atau pembelian apa jua barangan sama ada makanan atau perkhidmatan.
Ekonomi yang sihat diterjemahkan apabila sesuatu perniagaan itu berkembang maju dan peredaran wang dalam ekosistem ekonomi semakin rancak.
Hasil perniagaan yang maju akan meningkatkan peluang pekerjaan dan membasmi pengangguran.
Manakala, dengan peredaran wang dalam ekosistem ekonomi pula menunjukkan bahawa pendapatan individu atau institusi itu sedang bertambah.
Pelaburan (“Investment”)
Pelaburan selalunya disinonimkan dengan cara melipatgandakan keuntungan.
Hasil pelaburan untuk KDNK boleh dilihat melalui pelbagai aspek.
Tidak hanya dari aliran masuk dana dari pelaburan langsung asing, (“direct foreign investment”), ia juga merangkumi pelaburan dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada warganegara atau warga asing dalam pelbagai sektor.
Wujudnya banyak peluang pekerjaan akan menghasilkan pekerja yang bermutu, produktif serta berdaya saing.
Ini merupakan suatu pelaburan yang bernilai sekiranya Malaysia dapat menjana pelbagai kemahiran dalam pelbagai bidang melalui pembangunan modal insan (“human capital development”).
Selain itu, aktiviti pasaran saham juga turut menyumbang kepada jumlah KDNK.
Perbelanjaan Kerajaan (“Government Expenses”)
Perbelanjaan kerajaan dalam menghasilkan infrastruktur iaitu dari segi pengangkutan awam, rawatan kesihatan dan perkhidmatan seperti biasiswa pendidikan dan sekolah.
Eksport Bersih (“Net Export”)
Eksport bersih pula ialah pengeluaran produk barangan dan perkhidmatan Malaysia yang dijual di luar negara dan ditolak import.
Isu Minyak Sawit Malaysia
Isu minyak sawit di Malaysia kini dihimpit oleh banyak tekanan.
Antara sebab utama yang mungkin menyumbang kepada kemerosotan harga minyak sawit mentah ialah, pemulauan oleh Kesatuan Eropah, perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China, atau hubungan tidak mesra dengan pembeli dari China dan India.
Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh faktor penawaran dan permintaan, dan lebihan stok.
Akhir kata, jika anda mahu rancakkan pertumbuhan ekonomi negara, mari belajar apa itu saham.
4
2.5