midf invest

MIDF Invest-Platform Digital Antarabangsa

Zaman sekarang telah wujud banyak aplikasi mudah alih yang diperkenalkan bagi memudahkan pengguna mengakses dan menjalankan kehidupan kearah digitalisasi.

Tidak ketinggalan juga platform pelaburan yang telah dilancarkan oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd iaitu aplikasi MIDF Invest.

Aplikasi ini adalah sebuah platform pelaburan dalam talian yang membolehkan pengguna Malaysia melabur dalam saham antarabangsa, US dengan caj brokerage yang lebih murah dan berpatutan.

Saham US yang ada didagangkan termasuklah saham Apple, Facebook, Tesla, Alphabet dan lain-lain.

Kelebihan Aplikasi MIDF

Antara kelebihan yang disediakan dalam aplikasi MIDF ini adalah:

  1. Akaun Islamik Patuh Syariah
  2. Dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti, SC
  3. Brokerage yang murah dan berpatutan
  4. Tersedia Tutorial dan Penyelidikan khas untuk newbies dan pelabur otai

Yang menariknya lagi, aplikasi ini dibangunkan dengan kerjasama Saxo Markets Asia Pacific yang merupakan anak syarikat berlesen Saxo Bank, sebuah bank pelaburan di Denmark.

Cara Mendaftar Akaun MIDF Invest

Pertama: Download App di Play Store atau Apple Store.

Kedua: Pilih kad identiti anda sama ada MyKad, MyPolis atau MyTentera.

Ketiga: Jika pilih MyKad, Upload kad pengenalan anda depan dan belakang.

midf invest

Keempat: Semak details maklumat diri anda dan sahkan.

Kelima: Pilih ‘Yes’ atau ‘No’ jika masih tinggal di alamat yang sama seperti di kad pengenalan anda. Jika ‘No’, masukkan alamat tempat tinggal sekarang.

midf invest

Keenam: Baca Data Akta yang dinyatakan dan klik ‘Agree’

Ketujuh: Isikan maklumat nombor telefon anda dan kod pengesahan yang dihantar.

Kelapan: Masukkan alamat emel dan sahkan kata laluan anda.

Kesembilan: Jika anda nak guna Face ID anda setiap kali login ke platform klik ‘Yes’. Jika tidak ‘No’.

Kesepuluh: Sekiranya anda mahu dapatkan informasi dan update terkini berkaitan MIDF boleh klik pada ‘Allow Notification’.

Kesebelas: Kemudian klik pada Investment Question untuk mula daftar akaun midf anda dan klik ‘Begin’.

Kedua belas: Isikan maklumat status pekerjaan dan nama majikan anda.

Ketiga belas: Pilih sumber pendapatan anda.

Keempat belas: Pilih nilai bersih asset yang anda miliki.

Kelima belas: Seterusnya sekiranya sudah berkahwin, boleh masukkan nama anak atau pasangan anda. Jika belum berkahwin masukkan nama keluarga terdekat anda seperti adik beradik atau ibu bapa.

Keenam belas: Lengkapkan bilangan tanggungan anda.

Ketujuh belas: Pilih status Resident anda.

Kelapan belas: Tandakan pada mana-mana yang berkaitan tentang maklumat borrowing/ financing (jika ada).

Kesembilan belas: Jika anda bersetuju untuk membuka akaun midf Islamik, klik ‘Yes’.

Kedua puluh: Sahkan Declaration Term & Conditions. Siap!

Akaun anda kini sedang diproses. Tempoh proses akan mengambil masa dalam seminggu.

Kesimpulan

Dengan wujudnya aplikasi MIDF Invest ini, pelabur juga dapat mempelbagaikan (diversify) portfolio serta pulangan pasaran US yang lebih tinggi.

Datok Charon, pengarah MIDF juga berkata pelaburan luar negara sepatutnya perlu didedahkan kepada seluruh pelabur.

Selain itu, anda juga boleh mula melabur dalam saham Bursa Malaysia dengan buka akaun CDS di Akaun CDS

Anda masih newbie dalam saham? Jangan risau boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Similar Posts