|

Mengkaji Saham Berdasarkan Sektor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca setia blog Mahersaham.

Korang apa khabar?

Semoga sihat-sihat sahaja di samping keluarga tercinta.

Kalau sebelum ini saya bercerita mengenai Konsep Supply And Demand Dalam Saham dan Leader Dan Laggard Dalam Pasaran Saham hari ini saya nak kongsikan pula bagaimana kita nak mengkaji saham berdasarkan sektor.

Apa yang di maksudkan dengan sektor?

Dalam dewan kamus bahasa, sektor bermaksud  bidang sesuatu usaha contohnya pertanian dan perladangan.

Begitu juga dalam pelaburan saham, terdapat pelbagai sektor yang boleh kita ceburi (jual beli saham).

Antara sektor yang terlibat dalam pasaran saham bursa Malaysia, antaranya:

  1. Teknologi
  2. Industrial produk & servis
  3. Telekomunikasi
  4. Kewangan (finance)
  5. Hartanah (property)
  6. Pembinaan (construction)
  7. Consumer products & services
  8. Tenaga (energy)
  9. Health care
  10. Transportation & logistic

Perlukah kita ambil tahu sektor yang terlibat?

Ya perlu.

Kenapa?

Biasa pergerakan kaunter-kaunter dalam sesuatu sektor akan bergerak bersama-sama.

Sama ada pergerakan cepat (leader) atau lambat sedikit (laggard).

Point utama adalah kaunter dalam sektor tersebut bergerak (harga saham).

Mereka yang big player atau big money kebiasaannya akan fokus kepada sektor-sektor yang tertentu.

Seperti apa yang berlaku hari ini, isu yang besar kini adalah isu pandemik Covid-19, maka golongan tersebut akan fokus dengan sektor-sektor yang berkaitan dengan Covid-19.

Antaranya adalah sektor yang di dalamnya terdapat kaunter-kaunter yang menghasilkan pelitup muka (mask), sarung tangan (glove), dan hand sanitizer.

Seperti yang kita tahu negara kita sudah memulakan program imunisasi suntikan vaksin kepada warganegara dan bukan warganegara yang bekerja di Malaysia secara berperingkat maka isu Covid-19 pun semakin kurang mendapat perhatian.

Selepas ini golongan big money atau big player ini akan mula mencari sektor yang lain pula.

Nak kata kat sini bahawa pergerakan saham melalui sektor ini tak lama, dalam dua ke tiga bulan.

Sekiranya sesuatu isu itu agak trending kemungkinan pergerakan saham tu dalam 6 bulan.

Ia tidak akan sampai sehingga 1 ke 2 tahun.

Biasanya kaunter dalam sektor tersebut akan naik sekejap dan kemudian sektor lain pula akan naik selepas itu.

Siapa yang Menggerakkan Harga Saham?

Dan semestinya mereka yang menggerakkan harga saham sesuatu kaunter adalah mereka yang mempunyai banyak duit seperti big money, fund manager, sindiket dan jerung.

Kita (pelabur runcit) tidak mampu menggerakkan harga saham seperti mereka.

Kumpul ramai-ramai pelabur runcit pun tidak akan mampu.

Bolehlah gerak sikit-sikit, itupun sikit sahaja, akhirnya golongan big player juga yang akan menggerakkan harga saham.

Jadi kita pelabur runcit kena follow mereka tetapi follow dengan bijaklah.

Kita mengambil peluang dengan kemasukkan mereka di dalam sesuatu sektor.

Sekiranya kita follow dengan tidak bijak maka kemungkinan akan terciduk.

Sebab itulah pentingnya untuk kita tahu beberapa perkara sebelum menjual beli saham.

Antaranya adalah sentimen pasaran.

Big player biasanya akan tengok sentimen pasaran yang sedia ada.

Bayangkan golongan mereka ini telah mempunyai pegangan saham dalam beberapa sektor.

Contoh sekarang tengah trending sektor teknologi, maka big player ni akan masuk dalam beberapa kaunter dalam sektor teknologi.

Apabila harga kaunter tersebut naik sedikit demi sedikit maka ramai (pelabur retailer) yang mula beli saham kaunter tersebut.

Bila dah sampai satu paras tinggi, big player akan mula menjual pegangan saham mereka.

Kemudian harga pun jatuh.

Jadi mereka (pelabur runcit) yang membeli atau entry point dalam kaunter tersebut pada paras yang tinggi akan menanggung kerugian.

Kesimpulannya, pelabur runcit macam kita perlu follow dengan bijak.

Selain itu kita juga kena tahu yang sektor-sektor dipegang oleh big player.

Elakkan terjerumus dengan perangkap.

Sektor di Bursa Malaysia

Mudah sahaja untuk kita dapatkan info ini.

Masuk ke dalam platfrom anda.

Pergi ke website mplusonline.com, masukkan username dan password anda.

saham

Kemudian klik indices > listing seperti rajah di atas.

Paparan seperti di bawah akan muncul di skrin anda.

saham

Berikut merupakan sektor yang terlibat dalam bursa Malaysia.

Anda juga boleh dapatkan informasi ini di Mahersaham App.

Mudah sahaja, login ke dalam website app.mahersaham.com, bila dah masuk akan redirect ke home page.

saham

Korang klik ikon seperti bar graph dalam kotak merah di atas.

Taraaaaa…

Korang dah boleh tengok senarai sektor yang terlibat dalam bursa Malaysia.

saham

Kembali kepada platform Mplus tadi, korang juga boleh tengok pergerakan harga saham untuk setiap sektor.

Korang klik ikon kedua seperti di bawah.

Selepas itu paparan akan jadi seperti ini.

Korang boleh lihat bagaimana pergerakan saham (kenaikan atau penurunan) berdasarkan sektor untuk hari tersebut dengan lebih jelas.

Secara langsung boleh bandingkan dengan sektor yang lain.

saham

Saya ambil satu contoh sektor.

Sektor teknologi.

Pergerakan saham ini adalah untuk hari ini.

Di awal pembukaan pasaran saham pada pukul 9 pagi, kebanyakkan kaunter dalam sektor teknologi mengalami kenaikan harga sehinggalah di awal pukul 11 pagi.

Kemudian saya boleh katakan sektor teknologi agak sideway sehingga market berehat pada pukul 12.30 hari sehingga 2.30 petang.

Apabila market buka semula pada 2.30 petang, kaunter saham dalam sektor ini masih lagi meneruskan kenaikan sehingga pukul 3 petang.

Di awal pukul 3.30 petang harga saham mula menurun sedikit.

Macam itulah cara untuk kita melihat pergerakan saham melalui sektor.

Cuma dingatkan bahawa sebarang perubahan (kenaikan/penurunan) harga saham dalam sesuatu sektor adalah disebabkan perubahan (kenaikan/penurunan) harga saham kaunter-kaunter yang berkaitan sektor tersebut.

Lagi banyak kaunter saham dalam sesuatu sektor yang mengalami kenaikan harga maka sektor tersebut pun membentuk kenaikan seperti yang kita lihat dalam line chart tadi.

Kalau korang nak tahu lagi detail, boleh double klik sektor yang korang berminat untuk kaji.

Dalam paparan gambar rajah di atas korang dapat tahu kaunter-kaunter yang leader dan laggard dalam sesuatu sektor.

Rujuk gambar di atas (bahagian kanan).

Kajian Trend Sektor

Pertama sekali korang boleh pergi ke website tradingview.com dan klik carta.

Kemudian cari index dan pilih sektor yang korang ingin kaji.

Kali ini saya pilih sektor teknologi, jadi saya klik teknologi.

Kalau korang tak pasti nak klik mana boleh rujuk gambar di bawah.

Kredit: Tradingview

Lepas tu korang pecahkan sektor tersebut kepada tahun-tahun, maka carta korang akan jadi macam ni.

Kenapa buat macam tu?

Supaya kita dapat nampak pergerakan harga saham dalam sesuatu sektor dari awal tahun hingga akhir tahun.

Untuk pembelajran hari ini, saya hanya ambil 4 tahun ke belakang sahaja.

Sekiranya korang berminat bolehlah buat analisa untuk berapa-berapa tahun kebelakang yang korang nak.

Terpulang dengan keselesaan masing-masing.

Apa yang kita boleh analisa daripada gambar rajah di atas?

Tahun 2017

Jika kita lihat pada awal tahun sehingga penghujung tahun 2017, sektor teknologi melalui fasa uptrend.

Tahun 2018

Di mana berbeza dengan awal tahun 2018, sektor ini mengalami downtrend sehingga pertengahan tahun kemudian ia retraced semula pada namun tidak lama sebelum ia downtrend semula sehingga penghujung tahun.

Tahun 2019

Awal tahun 2019 sektor ini bermula dengan uptrend sama seperti tahun 2017 sehinggalah penghujung tahun.

Tahun 2020

Pada tahun 2020, ia bermula dengan uptrend namun di awal bulan Mac ia mengalami downtrend yang sangat teruk.

Korang pun tahu pada awal Mac 2020 Covid-19 telah melanda negara kita sehingga menyebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan buat kali pertama.

Pada waktu ini hampir semua sektor mengalami kejatuhan yang mendadak.

Namun begitu sektor teknologi buat ‘comeback’ meroket dengan pantas sehingga membuat resistance yang baru sehingga paras yang tertinggi jika dibandingkan dengan tahun sebelum-sebelumnya.

Tahun 2021

Setakat tahun 2021 sehingga bulan Mac, sektor ni masih lagi dalam keadaan uptrend daripada tahun sebelumnya cuma ada sedikit penurunan harga namun masih lagi berada di atas resistance tahun 2020.

Mungkin ada beberapa perkara atau sentimen yang menyebabkan sektor ini masih membuat kenaikan.

Antaranya adalah kurangnya bekalan chip untuk industri semiconductor.

Kesimpulan

Jadi bagaimana trend sektor teknologi sehingga akhir tahun 2021 kita nantikan bersama-sama.

Berdasarkan analisa tahun sebelum-sebelum ini korang boleh buat jangkaanlah dengan trend sektor ini.

Ramalan ini bukan semata-mata dengan kita tengok chart namun kita juga perlu lihat kepada isu semasa dan faktor yang mampu pengaruhi harga saham untuk sesuatu sektor tersebut.

Macam biasa, nak buat sesuatu hendaklah dengan ilmu.

Kita sendiri pun kalau nak jual beli saham mestilah nak untungkan.

Semua itu bermula dengan ilmu barulah kita aplikasikan dengan teknik-teknik yang kita telah belajar.

Sebarang persoalan mengenai saham boleh diajukan kepada team Mahersaham di app.mahersaham.com/chat InshaAllah team kami akan bantu anda.

Kami juga menyediakan video pembelajaran asas saham kalau korang berminat belajar saham.

Itu sahaja untuk kali ini.

Saya akhiri artikel kali ini dengan video pembelajaran mengenai tajuk kita iaitu Mengkaji Saham Berdasarkan Sektor.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Semoga bermanfaat!

Similar Posts