cover photo bmc
| |

Memahami Bisnes Dengan Business Model Canvas

Apa Itu Business Model Canvas

Jika anda seorang usahawan, business model canvas adalah perkara asas yang WAJIB anda tahu dalam dunia perniagaan.

Definisi Business model canvas (BMC) ialah sebuah pelan bagi perjalanan operasi perniagaan, mengenalpasti sumber pendapatan, sasaran pelanggan, produk dan kos.

Tahukah anda, BMC ini adalah satu model yang membantu anda untuk memahami sifat perniagaan secara holistik, sistematik, mudah dan jelas.

Ini kerana, model ini memberi gambaran setiap elemen yang berkaitan dengan bisnes bermula daripada pelanggan, rakan kongsi, pasaran, jualan, sehinggalah kos pengeluaran.

Bahasa mudahnya, BMC membuat kesimpulan secara holistik mengenai bisnes anda.

BMC sangat popular dan berguna di kalangan startup company dan membantu dalam rangka kerja inovasi pada masa hadapan.

Selain itu, BMC adalah alat yang boleh membantu dalam mencapai target ataupun misi dan visi syarikat anda.

BMC juga mudah untuk dikendalikan dengan hanya sehelai hamparan kertas yang dibahagikan kepada beberapa pecahan.

Kepentingan memahami perniagaan dengan business model canvas

Mungkin anda tertanya-tanya apakah kelebihan BMC dan mengapa anda WAJIB menguasai model tersebut:

⦁ Mengenal pasti masalah yang boleh ditangani oleh produk anda

⦁ Menganalisis pesaing serta kekuatan dan kelemahan mereka

⦁ Mendapatkan solusi bagi masaalah pelanggan

⦁ Mencari potensi rakan kongsi untuk mengembangkan bisnes

⦁ Mewujudkan nilai yang unik supaya pelanggan setia dengan produk yang dikeluarkan

⦁ Mendalami latar belakang pelanggan

⦁ Sebagai medium untuk kajian marketing

⦁ Mengenalpasti saluran revenue yang terbaik

⦁ Mengetahui operasi yang dijalankan oleh syarikat

⦁ Menganggarkan kos-kos yang dikeluarkan bagi setiap fasa pengeluaran produk

Pecahan dalam business model canvas

Dalam BMC, terdapat 9 building block yang penting terkandung di dalamnya.

bisnes model canvas

1. Key partnership

Pihak yang terlibat dalam penghasilan produk dan menggerakkan bisnes secara tidak langsung.

Kerjasama mereka memberi impak kepada pengeluaran produk. Ia juga dikenali sebagai outsources syarikat.

Contohnya seperti pembekal, rakan kongsi dan freelancer.

2. Key activities

Segala proses aktiviti yang dilakukan dalam syarikat bermula daripada pembuatan sehinggalah pemasaran produk.

Contohnya: proses penyelidikan, pemasaran menggunakan Fbads

3. Value propositions

Nilai apa yang ada pada produk anda, tetapi tidak ada pada pesaing serta tarikan yang ada pada produk anda.

Contoh: harga yang berpatutan, inovasi daripada produk yang sedia ada, mudah dikendalikan, jenama yang kukuh dalam pasaran.

4. Key resources

Key Resources ialah apa yang diperlukan dalam perniagaan.

Contohnya bekalan bahan mentah, tenaga kerja, peralatan.

5. Customer relationship

Komunikasi antara peniaga dan pelanggan untuk mengekalkan hubungan baik dengan mereka (engagement).

Contohnya meminta maklum balas daripada pelanggan; adakah pelanggan berpuas hati dengan servis syarikat?

6. Channels

Mengetahui channel atau saluran  bagi mempromosikan produk dan medium apa yang digunakan untuk berhubung dengan pelanggan.

Apakah perjalanan yang dilalui oleh pelanggan dalam mendapatkan produk anda?

7. Customer segments

Siapakah target customer kepada perniagaan anda?

Golongan manakah yang anda sasarkan untuk membeli produk anda?

Anda tahu siapakah yang berpotensi untuk membeli produk atau servis anda?

Apa yang anda lakukan (action) bagi menarik minat pelanggan untuk membeli produk.

Perkara ini penting supaya anda boleh memfokuskan pemasaran kepada golongan yang berpotensi untuk mendapatkan produk/servis anda.

8. Cost structure

Berapakah kos yang dikeluarkan bagi menghasilkan produk dan kos-kos yang terlibat dalam perniagaan.

Peniaga perlu mengenalpasti kos-kos yang terlibat supaya pendapatan syarikat dapat dioptimumkan sepenuhnya.

Jadi, kos-kos yang tidak penting boleh dikurangkan atau dihapuskan serta kos yang lain boleh dijimatkan bagi menambahkan keuntungan perniagaan.

Contohnya bil elektrik, duit sewa bangunan, gaji.

9. Revenue streams

Revenue stream adalah hasil jualan syarikat anda.

Kesimpulan

Sebagai usahawan, anda hendaklah merancang perniagaan supaya anda fokus dengan perjalanan bisnes tersebut.

Untuk membuat perancangan, tidak semestinya anda perlu mengikut terlalu teliti, berformat dan mempunyai helaian muka surat yang banyak.

Anda tidak perlu untuk membuat prospektus dan kertas kerja.

Melainkan kalau anda memang merancang untuk mendapatkan modal daripada melalui ekuiti ataupun pinjaman daripada bank.

Merancang perniagaan di atas kertas juga penting supaya anda jelas dengan matlamat dan dapat melihat setiap proses secara menyeluruh yang dijalankan dalam syarikat.

Hal ini kerana anda akan melihat kesemua proses yang berlaku dalam syarikat dan menilai dengan lebih terperinci lagi perkara yang dilihat mendatangkan impak kepada syarikat.

Walaupun langkah ini dilihat old school tetapi ianya amat memberi kesan kepada permulaan kepada langkah yang lain dalam perniagaan.

If you fail to plan, you plan to fail.

 

Similar Posts