myasnb auto labur
| | |

Melabur serendah RM30 dalam myASNB melalui Auto Labur

Sekarang ini, mudah betul mahu melabur apabila myASNB memperkenalkan ciri terbaruĀ  yang dipanggil sebagai Auto Labur.

Kini myASNB memperkenalkan AutoLabur di mana anda hanya perlu memperuntukkan serendah RM30 setiap bulan ke dalam ASB.

Kini, anda boleh melakukannya menerusi Perkhidmatan Pelaburan Bulanan Automatik, Auto Labur di portal myASNB.

Melabur RM30 sebagai minimum pelaburan

Syarat minimum bagi pelaburan menggunakan Auto Labur ini serendah RM30 dan had maksima adalah Rm30,000.

Auto Labur membolehkan pelabur ASB menetapkan pelaburan secara automatik setiap bulan menerusi portal myASNB.

Malah anda boleh mengubah jumlah pelaburan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian anda.

Begitu juga untuk menukar tarikh pelaburan boleh ditukar mengikut kehendak pelabur.

Yang menarik lagi, kemudahan Auto Labur ini adalah percuma dan tidak mengenakan sebarang caj.

Semuanya di hujung jari sahaja tanpa perlu pergi ke kaunter.

Menyimpan sebenarnya merugikan duit

Pengenalan Auto Labur dilihat cara alternatif untuk konsisten menyimpan bagi jangka masa panjang.

Jika zaman dahulu, kita menyimpan duit dalam tabung atau bekas tin milo, kini anda boleh menyimpan dengan satu klik sahaja. Mudah kan?

Kini, tiada alasan lagi untuk mengangguhkan amalan menabung kerana kemudahan tersebut sudah disediakan.

Walaubagaimanapun, menyimpan dikatakan merugikan duit. Kenapa?

Tahukah anda, menyimpan sahaja tidak mencukupi kerana wang ringgit mempunyai nilai susut.

Anda pasti pernah dengar perkataan Inflasi.

Duit yang kita simpan semakin berkurang nilainya disebabkan kuasa membeli berkurangan.

Disebab itulah anda perlu mengembangkan duit anda dengan melabur.

Mula menyimpan dan melabur di instrument rendah risiko menerusi myASNB

Mendaftarlah dengan myASNB untuk mula melabur dan mengurus pelaburan anda dengan lebih mudah.

Jadikan pelaburan sebagai gaya hidup dan kebebasan kewangan tanpa terperangkap dalam beban kewangan.

Lebih-lebih lagi apabila kos sara hidup terus meningkat dari tahun ke tahun.

Pelabur perlu melabur bagi satu tempoh yang panjang dan kuasa faedah kompaun akan mengembangkan wang mereka dari tahun ke tahun untuk membina tabungan yang kukuh.

Anda boleh membuka akaun pelaburan atau simpanan dengan institusi kewangan dipercayai dan menyediakan instrumen pelaburan yang mudah difahami, selamat serta mempunyai kecairan tinggi (mudah dikeluarkan apabila diperlukan).

Setakat ini, kemudahan Auto Labur hanya boleh dinikmati oleh pemilik myASNB sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai Auto Labur, sila layari http://www.asnb.com.my/myASNBautolabur.php

 

Similar Posts