Maybank
| |

Maybank diiktiraf Paling Selamat Terbesar di Malaysia

Malayan Banking Berhad

Maybank merupakan antara bank paling selamat di Malaysia selepas disenaraikan oleh majalah kewangan, Global Finance baru-baru ini.

Penyenaraian ini dipilih berdasarkan penilaian taraf mata wang asing jangka panjang serta jumlah aset daripada 1,000 bank terbesar di seluruh dunia.

Statistik bank-bank terbesar di Malaysia mengikut jumlah aset sejak Disember 2016 menunjukkan Maybank menduduki tangga pertama dengan jumlah aset bernilai kira-kira 736 billion ringgit Malaysia.

Manakala CIMB berada di tempat kedua dengan kira-kira 486 billion ringgit daripada jumlah aset.

Sumber: Statista

Sejarah Maybank

Maybank diasaskan pada 31 Mei 1960 oleh Khoo Teck Puat dan Oei Tjong Ie. Kemudian diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Amirsham Abdul Aziz dari tahun 2002 hingga 2008.

Sepanjang tahun 2008 hingga 2013, Dato’ Sri Abdul Wahid Omar dilantik sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank. Seterusnya pada 2 Ogos 2013,  diterajui oleh Datuk Abdul Farid Alias.

Syarikat ini mempunyai rangkaian antarabangsa lebih 2,400 cawangan dan pejabat di 20 buah negara dengan seramai 45,000 pekerja.

Ia menawarkan pelbagai produk perkhidmatan perbankan dan kewangan termasuklah komersial, pelaburan, perbankan Islam, pajakan, insurans dan pengurusan aset kepada pelanggannya.

Sumber: Wikipedia

Analisa Prestasi Saham Maybank

Maybank adalah syarikat bank tersenarai awam terbesar di Bursa Malaysia.

Saham ini ditutup dengan mencatatkan RM8.44 seunit pada jumaat lalu, 4 Oktober 2019.

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: FactSet

Ramalan PE Ratio syarikat gergasi Maybank sehingga 2021 menunjukkan rekod Positif.

Sumber: Educba

Ini adalah kerana dengan pendapatan syarikat (EPS) yang meningkat dari 2019-2021, menghasilkan nisbah PE yang rendah.

PE Ratio menggambarkan beberapa kesan harga saham pada masa hadapan.

Secara umumnya, nisbah PE merupakan pembolehubah yang dapat mengukur 5 perkara:

  • kadar pertumbuhan pendapatan sesuatu saham
  • keadaan pasaran
  • jumlah hutang dalam struktur modal syarikat
  • kadar inflasi semasa
  • tahap dividen

Ringkasnya, nisbah PE yang rendah menggambarkan kadar pertumbuhan pendapatan yang lebih tinggi dan prospek pasaran yang positif dengan tahap hutang syarikat yang rendah.

Semakin kurangnya hutang bermakna semakin kurang risiko kewangan.

Maka PE Ratio yang rendah bagi sesebuah syarikat adalah lebih baik.

Kesimpulan

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan sebelum membeli sesuatu saham pastikan saham itu Patuh Shariah.

Bagi saham Maybank Berhad adalah saham yang Bukan Shariah (non-compliant).

Kepada pelabur muslim, dengan membuka akaun CDS Islamik dapat mengelakkan daripada terbeli saham yang tidak Shariah.

Sistem hanya akan membenarkan pembelian saham shariah sahaja manakala order saham konvensional automatik akan ditolak. Mudah kan.

Selepas ini, tiada lagi alasan untuk tersalah beli atau terbeli saham non-compliant.


Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts