Mata Wang Digital Kripto Dan Cukai LHDN

Baru-baru ini ada keluar berita tentang LHDN akan melaksanakan “Ops Token” bagi mengenalpasti syarikat atau individu yang terlibat dalam perdagangan mata wang kripto supaya mereka membayar cukai kepada LHDN.

Boleh rujuk berita LHDN conducts special ops to curb tax leakage from cryptocurrency trading

Kepelbagaian Jenis Transaksi Yang Melibatkan Kripto

Ada setengah orang dia menggunakan matawang digital kripto untuk menjalankan bisnes mereka. Ada juga yang menggunakan matawang kripto ni untuk pelaburan semata-mata.

Ada perbezaan antara cara dan motif seseorang itu dengan kewajipan seseorang itu untuk membayar cukai. Ada setengah aktiviti yang apabila benda itu dibuat sebagai pelaburan tak dikenakan cukai. Hal ini adalah sebab Malaysia setakat ini tak ada Capital Gain Tax untuk pelupusan aset mata wang digital.

Garis Panduan Oleh LHDN

LHDN memang ada memberikan garis panduan layanan cukai ke atas transaksi matawang digital. Garis panduan tersebut boleh dirujuk di GP_LAYANAN_CUKAI_KE_ATAS_TRANSAKSI_MATA_WANG_DIGITAL.pdf (hasil.gov.my)

Antara topik utama dalam garis panduan tersebut adalah adakah transaksi mata wang digital yang berlaku berbentuk perniagaan?

Sebagai contoh, kalau berdagang matuang digital antara satu sama lain, membeli dan menjual matuang digital bagi mendapatkan keuntungan maka benda itu akan dikenakan cukai.

Kalau sebuah syarikat ataupun individu menjalankan aktiviti perlombongan maka dia akan dikenakan cukai.

Kalau seseorang itu menjual produk ataupun servis dan mendapat bayaran dalam bentuk matuang digital maka dia punya konsep dia sama macam kalau dapat keuntungan dalam bentuk wang ringgit, menjalankan urus niaga dalam bentuk wang ringgit maka turut dia dikenakan cukai.

Kalau membayar gaji ataupun upah kepada pekerja dengan menggunakan matawang digital maka transaksi itu untuk majikan boleh dimasukkan dalam akaun dan dijadikan sebagai expenses.

Pekerja yang dapat gaji dalam bentuk mata wang digital – juga perlu melaporkan pendapatan atau gaji tersebut dan tertakluk dan akan dikenakan cukai.

Faktor-faktor Tambahan Untuk Bezakan Pelaburan Dengan Perdagangan

Dalam segmen yang berkaitan dengan pelaburan, panduan tersebut menjelaskan bahawa pembelian atau penjualan mata wang digital sebagai satu pelaburan jangka masa panjang tidak akan dikenakan cukai apabila aset tersebut dilupuskan. Namun, pihak LHDN telah menetapkan beberapa faktor pertimbangan untuk menentukan sama ada wujud unsur perdagangan dalam aktiviti tersebut.

Faktor-faktor ini termasuk:

  1. Jumlah Transaksi: Jika mata wang digital dibeli dan dijual dalam jumlah yang terlalu banyak, ia mungkin dianggap sebagai perdagangan.
  2. Tempoh Pembelian dan Penjualan: Jika tempoh antara pembelian dan penjualan adalah pendek, ia juga mungkin dianggap sebagai perdagangan.
  3. Kekerapan Transaksi: Kekerapan transaksi yang tinggi boleh menunjukkan sifat perdagangan.
  4. Usaha Tambahan: Jika terdapat usaha tambahan yang bukan sekadar beli, simpan, dan jual, seperti melakukan aktiviti tertentu untuk meningkatkan nilai aset, ia mungkin juga dikira sebagai perdagangan.

Walaupun demikian, kelihatannya bagi saya penilaiannya adalah agak subjektif – persoalan seperti berapa kali transaksi yang akan dikatakan kerap? Berapa lama tempoh simpan yang dikatakan adalah satu bentuk pelaburan?

Kesimpulan

Melaporkan pendapatan yang diperolehi tidak kira sama ada berkait dengan mata wang digital ataupun selainnya, adalah penting supaya negara dapat mengutip cukai yang kemudiannya membantu membangunkan negara.

Dalam masa yang sama juga, penguatkuasaan perlu mempunyai panduan yang jelas dalam usaha menghilangkan keraguan daripada pembayar-pembayar cukai.

Similar Posts