|

Marketing Representative Dan Guidelines Oleh SC

Membina Kerjaya Sebagai Marketing Representative

Bagi yang terlibat dalam pasaran saham, istilah remisier dan dealer’s representative mungkin biasa didengari. Mereka adalah orang tengah yang mewakili institusi pelaburan bagi membantu menguruskan pembelian dan penjualan saham pelabur.

Tapi bagaimana pula dengan karier Marketing Representative (Wakil Pemasaran)  yang baru diperkenalkan oleh Securities Commission (Suruhanjaya Sekuriti)? Mungkin tidak ramai yang pernah mendengar dan faham tentang bidang tugas mereka.

Tanggungjawab

Seperti mana remisier dan dealer’s representative, Marketing Representative juga bertindak sebagai orang tengah bagi pihak principal (institusi pelaburan) yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan klien, membuat aktiviti pemasaran, dan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada klien yang berdaftar dengan principal.

Skop kerja terbatas kepada memperkenalkan klien sahaja. Mereka sama sekali tidak dibenarkan untuk mengambil pesanan pelanggan, melaksanakan perdagangan atau memberi nasihat urus niaga.

Kelayakan Untuk Menjadi Marketing Representative:

  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan diploma yang diiktiraf kerajaan
  • Perlu menghadiri kursus ‘familiarisation programme for MR’ yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Sekuriti selama 2 hari
  • Lulus uijian penilaian MR

Kelebihan Menjadi Marketing Representative

  • Boleh melakukan kerja secara part time

Berbanding remisier dan dealer’s representative, mereka perlu fokus kepada 1 bidang kerja sahaja dan tidak dibenarkan untuk mempunyai pekerjaan lain. Akan tetapi marketing representative mempunyai kelonggaran untuk bekerja secara separuh masa dimana mereka dibenarkan untuk mempunyai kerja hakiki dan menjalankan kerja sebagai marketing representative pada masa yang sama.

  • Boleh mewakili lebih dari 1 principal pada satu masa yang sama

Setelah tamat familiarisation programme dan lulus penilaian MR, anda boleh mendaftarkan diri di mana-syarikat broker yang anda ingin sertai dan anda boleh mendaftar dengan lebih dari 1 syarikat. Sebagai contoh, anda boleh mendaftar sebagai Marketing Representative bagi M Plus, RHB Invest, Maybank Investment dan  banyak lagi.

  • Peluang menjana pendapatan melalui komisyen dari servis yang ditawarkan oleh principal

Bagi yang berminat untuk mendaftar sebagai MR, bayaran sebanyak RM 1100 diperlukan untuk menghadiri familirisation programme (bayaran kursus selama 2 hari + exam)

Jika anda ingin memulakan kerjaya sebagai MR bersama M Plus, benefit kerjaya adalah seperti berikut (broker berlainan mungkin menawarkan benefit yang berbeza, anda perlu semak dengan mereka terlebih dahulu).

Similar Posts