Market Depth Cara Mudah Faham
Apa itu Market Depth?
Market Depth adalah order jual atau beli saham bagi trader/pelabur dalam pasaran.
Sebagai contoh, jika anda mahu membeli sesuatu kaunter saham, anda perlu menghantar order melalui Platform Trading anda.
Kemudian order tersebut akan muncul di Market depth ini.
Secara mudahnya, ibarat anda sedang beratur di Market Depth ini sehinggalah order yang dihantar tersebut matched.
Matched disini bermaksud harga belian yang anda key in sudah berjaya dipadankan dengan penjual yang beratur menjual pada harga belian anda.
Selepas dah matched barulah anda akan dapat kaunter saham yang anda nak beli tadi. Begitu juga jika anda nak jual kaunter saham.

Market Depth Best Buy
Best Buy adalah bahagian order buy (beli) trader/pelabur. Semua order buy yang pembeli mahu beli akan muncul di bahagian ini.
Biasanya jika membeli, pasti anda nak beli harga semurah boleh kan? Dan jual pula pada harga semahal mungkin untuk mendapat keuntungan yang lumayan.
Jadi di market Depth Best Buy ini, lagi tinggi harga saham yang anda sanggup beli, lagi cepat potensi untuk matched (dapat miliki) saham tersebut.
Sebagai contoh jika anda lihat rajah market depth dibawah, layer paling atas sekali adalah harga paling tinggi pembeli sanggup beratur dan layer semakin kebawah harga semakin murah.

Jika anda beratur di layer paling bawah, anda perlu tunggu harga match hingga sampai ke giliran anda.
Jika nak terus matched (terus dapat) harga anda que perlulah que harga tinggi iaitu harga di layer paling atas sekali.
Market Depth Best Sell
Best Sell pula bahagian order sell (jual) oleh trader/pelabur. Semua order sell yang penjual beratur untuk jual akan muncul di bahagian ini.
Biasanya jika jual, pasti anda nak jual harga semahal mungkin untuk dapatkan pulangan yang tinggi kan.
Tapi ingat, harga anda beratur untuk jual tu selagi belum ada pembeli yang que untuk beli, maka order sell anda tidak akan matched.
Jadi anda perlu tunggu hingga ada pembeli yang nak que beli pada harga yang anda nak jual.
Sebagai contoh, jika lihat rajah pada market depth Best Sell, layer paling atas adalah harga paling murah dan layer paling kebawah harga semakin mahal.

Maksudnya, Jika anda sanggup jual harga murah, lagi cepat potensi untuk matched (saham terjual dari portfolio anda).
Manakala lagi tinggi harga que jual, anda perlu tunggu hingga ada pembeli yang sanggup beli pada harga tersebut.
Konsep Best Buy & Best Sell
Jika anda masih pening atau belum faham cara market depth ini berfungsi, konsepnya sama seperti situasi dibawah:

Ali jual kereta terpakai. Harga kereta tersebut Ali nak jual RM10,000.
Kemudian Mei Mei mahu beli kereta tersebut tetapi Mei Mei nak beli harga RM9,000. Jadi adakah Mei Mei dapat memiliki kereta tersebut?
Sudah pasti jawapannya tidak kerana Ali mahu jual pada harga RM10,000.
Maka pilihan yang Mei Mei ada sebagai pembeli adalah:
- Sanggup tambah lagi RM1k untuk terus miliki kereta tersebut pada harga RM10k
- Atau sanggup tunggu lama sedikit hingga harga kereta tersebut turun ke harga RM9k.
Mana-mana pun ianya terpulang pada Mei Mei sebagai pembeli.
Begitu juga jika anda sebagai pelabur. Sama ada anda sanggup beratur beli harga lebih tinggi atau tunggu je hingga harga jatuh pada paras yang anda que.
Manakala pilihan yang Ali ada sebagai penjual pula adalah:
- Sanggup tunggu lama sedikit hingga ada pembeli lain yang sanggup beli pada harga Ali nak jual RM10k
- Atau sanggup turunkan harga, jual harga rendah RM9k kerana ingin terus jual pada ready buyer, Mei Mei.
Semuanya terpulang pada emosi pembeli dan penjual itu sendiri. Beginilah juga yang berlaku di Market depth Platform trading dalam urusan jual beli saham.
Kesimpulan
Pernah dengar Demand and Supply?
Ianya kerana harga saham juga bergantung pada konsep Demand and Supply.
Semakin banyak Demand (pembeli) semakin tinggi harga sesuatu saham itu boleh pergi jauh~ Begitu juga sebaliknya.

Belum ada akaun CDS Mplus? Boleh mulakan pelaburan saham dengan buka akaun CDS Online. Boleh daftar dulu Akaun CDS bersama saya.
Nak belajar asas saham boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.