prospektus-ipo

Cara Cari Prospektus IPO Baru

Sekarang ni kalau ada tawaran IPO je dah macam pisang goreng panas. Orang kata laku keras lah.

Ada tu sampai 100 kali lebih oversubscribe. Oversubscribe tu apa?

Oversubscribe IPO bermaksud terlalu ramai pemohon yang memohon ipo tersebut daripada jumlah unit saham yang ditawarkan.

Tetapi sebelum anda memohon ipo, anda perlu baca Prospektus syarikat untuk tahu maklumat ipo, rekod kewangan, tujuan IPO tersebut , status ipo dan lain-lain.

Jadi mana nak cari prospektus ipo ini?

Cara Cari Prospektus IPO

Pertama, tawaran IPO tersebut mestilah sudah dibuka di Online Banking.

Selepas sudah buka kepada Public, anda hanya perlu pergi ke bursamalaysia.com.

Kemudian pergi ke bahagian Market Information dan cari Company Announcement.

cari-prospektus

Seterusnya klik category, cari IPO dan search.

Jadi bila anda scroll ke bawah anda akan nampak senarai-senarai prospektus IPO.

Klik link yang disediakan dalam table ‘Title’ dan akan keluar prospectus ipo syarikat tersebut.

Anda boleh baca terus atau save as PDF dulu sebab nak baca kemudian, mana-mana boleh.

prospektus-ipo
prospektus-ipo

Dah ada prospectus, anda pun dah boleh buat kajian IPO anda sendiri.

Kesimpulan

Jadi selepas ini, setiap kali ipo baru muncul anda boleh buat sahaja cara begini untuk baca prospectus ipo syarikat.

Belum ada akaun CDS, anda boleh daftar sekarang Akaun CDS bersama saya.

Nak belajar asas saham boleh mula dengan dapatkan Percuma Ebook Percuma – Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Semoga bermanfaat. 

Belajar IPO Dari A Sampai Z

Artikel ini adalah sebahagian daripada siri artikel yang ditulis di Mahersaham berkaitan IPO. Untuk senarai penuh artikel, boleh rujuk Panduan Belajar IPO Dari A Sampai Z.

Similar Posts