|

Malaysia Sokong Perjanjian Kurangkan Pengeluaran Minyak

Pengeluaran Minyak

Lebihan atau pengurangan pengeluaran minyak sangat memainkan peranan penting dalam menentukan kestabilan pasaran global.

Sebuah persidangan OPEC dan bukan OPEC Ke-6 telah diadakan di Vienna, Austria dan turut dihadiri oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada 2 Julai 2019.

Sebelum kita ulas lebih lanjut, mungkin ada yang belum tahu OPEC tu apa sebenarnya?

OPEC ialah “Organization of Petroleum Exporting Countries”.

Tujuan Persidangan Diadakan?

Ringkasnya, tujuan persidangan ini ialah untuk mendapatkan persetujuan daripada negara-negara OPEC serta bukan OPEC tentang sesuatu dasar itu sebelum ianya dilaksanakan.

Selalunya, dasar yang sering dibincangkan adalah berkaitan dengan langkah-langkah untuk memastikan pasaran global kekal stabil demi untuk menjaga dan melindungi kepentingan pengeluar, pengguna dan pelabur.

Adakah Malaysia Ahli OPEC?

Jawapannya tidak sama sekali. Malaysia bukan ahli OPEC.

Namun begitu, kerjasama antara ahli dan bukan ahli OPEC ini adalah berdasarkan kepada satu piagam yang diberi nama “Piagam Kerjasama Antara Negara-Negara Pengeluar Minyak”.

Piagam ini sangat penting. Untuk menjamin kelangsungan kerjasama ini berterusan, prinsip-prinsip yang ada dalam piagam ini perlulah diterima pakai.

Jadi, bukan senang nak menstabilkan pasaran minyak global. Seperti yang kita semua tahu, harga dan pengeluaran minyak juga ditentukan oleh majoriti negara-negara pengeluar minyak terbesar di seluruh dunia.

Jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia adalah pengeluar minyak kecil sahaja.

Kesan Pengurangan Pengeluaran Minyak Terhadap Saham?

Semestinya, pasaran saham akan lebih stabil.

Di samping itu juga, keyakinan pelabur untuk terus melabur juga semakin meningkat terutama sekali dalam pelaburan yang berisiko tinggi.

Selain itu juga, prestasi duit ringgit juga turut melonjak naik dan disokong oleh kenaikan harga minyak mentah.

Sebagai kesimpulan, jika harga minyak mentah dan juga pasaran saham di peringkat global dilihat mencatatkan peningkatan, maka secara tidak langsung, ianya akan menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara.

Sekian.

Similar Posts