Malaysia Melepasi Pendapatan Pertengahan Tinggi 2025
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Diharapkan semua sihat hendaknya. Kali ini saya ingin berkongsi suatu info terkini berkaitan jangkaan Malaysia melepasi pendapatan pertengahan tinggi tahun 2025. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Bank Dunia pada 16 Mac 2021.
Kemelesetan Ekonomi Tahun 2020

Malaysia mengalami kemelsetan ekonomi terburuk dalam abad ini akibat krisis kesihatan Covid-19 bermula awal tahun 2020. Keadaan ini menyedarkan semua pihak untuk bangkit bersama memulihkan keadaan ekonomi negara.
Kini setelah setahun berlalu. Bank Dunia telah mengeluarkan suatu kenyataan berkaitan prospek jangkaan ekonomi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2025.
Unjuran Ekonomi Malaysia
Kenyataan yang dikeluarkan Bank Dunia ini dari alasan ekonomi Malaysia dilihat sedang terus berkembang. Selain itu dilihat sihat dalam tempoh tahun ke depan. Ramalan yang dilalakukan ini meletakkan dua senario yang akan berlaku.

Iaitu jika potensi ekonomi Malaysia adalah tinggi maka, matlamat untuk melepasi pendapatan pertengahan tinggi mampu dicapai awal pada tahun 2024. Manakala jika potensi ekonomi rendah maka, matlamat dapat dicapai pada tahun 2028.
Unjuran yang dikeluarakan oleh Bank Dunia ini adalah bersandarkan beberapa andaian. Pertama, ekonomi Malaysia dilihat akan terus berkembang di sekitar kadar pertumbuhan potensinya. Di tambah dengan nilai kadar tukaran dollar AS tetap dan tidak berubah pada sekitar RM 4 per dollar AS sepanjang jangkaan.
Selain itu juga, potensi ekonomi Malaysia yang tinggi mengandaikan kedudukan ekonomi lebih kukuh untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini bergantung pada kadar pertukaran tinggi dan keadaan yang sebaliknya untuk potensi ekonomi yang rendah.
Kementerian Kewangan Malaysia menyasarkan unjuran ekonomi negara akan berkembang antara 6.5% dan 7.5% pada tahun 2021. Walaupun negara sedang mengalami kemelesetan, pendapatan per kapit Malaysia meningkat hampir empat kali ganda sejak memasuki kumpulan negara berpendapatan sederhana tinggi pada tahun 1992.
Faktor Potensi Ekonomi Malaysia

Pada tahun 2020, Pendapatan Per Kapita Negara Kasar menunjukkan bahawa untuk mencapai AS $ 11.200, hanya AS $ 1.335 yang kurang dari tahap ambang semasa untuk menentukan ekonomi berpendapatan tinggi.
Bank Dunia menyatakan faktor kemungkinan besar untuk potensi ekonomi Malaysia rendah adalah dari kesan negatif yang berpanjangan dari kesan pandemik Covid-19 terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Kedua, faktor kehilangan daya saing di sektor elektrik dan elektronik, sektor pembuatan dan eksport secara umum telah menimbulkan kebimbangan kepada ekonomi Malaysia untuk terus mencari potensi bagi prospek pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang negara.
Kesimpulan
Oleh itu, Bank Negara menyatakan untuk melakukan perombakan model “Pertumbuhan dengan Ekuiti” suatu pembaharuan tepat perlu dilakukan pada masanya untuk meningkatkan potensi pertumbuhan ekonomi Malaysia dan mencapai matlamat kelestarian ekonomi.
Anda Newbies dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.