Magic Formula Investing
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua yang sedang membaca artikel kali ini.
Saya mendokan agar korang selalu diberi kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah.
Doakan kami di Mahersaham agar sentiasa komited dan dipermudahkan segala urusan untuk memberikan perkongsian saham yang terbaik kepada korang.
Baik, kita teruskan dengan perkongsian ilmu hari ini iaitu mengenai Magic Formula Investing.

Jom kita mulakan.
Bismillah.
Apa itu Magic Formula Investing
Magic formula adalah satu istilah yang digunakan untuk menjelaskan strategi di dalam buku ‘The Little Book That Beats the Market’.
Strategi ini telah dihasilkan oleh Joel Greenblatt.
Ia merupakan blueprint, satu framework yang menggunakan fundamental investing.
Di mana teknik ini boleh di copy paste dan boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja.
Kenapa?
Sebab teknik yang digariskan memang boleh di copy paste dan semua orang boleh buat.
Annual Compound Return
Ia bermaksud kadar pulangan pelaburan dalam jangka masa tertentu yang dinyatakan dalam peratusan tahunan.
![Annual Compound Return Of Superinvestors [CHART]](https://d2wsh2n0xua73e.cloudfront.net/wp-content/uploads/2015/08/Bestinvestors-Charlie-Munger-Joel-Greenblatt-WarrenBuffett-Walter-SchlossAnnual-Compound-Return-of-Superinvestors-v2.png)
Kenapa Warren Buffet antara yang top?
Sebabnya dia boleh konsisten dapat pulangan di antara 20% – 25% selama lebih daripada 55 tahun.
Antara pelabur lain adalah Joel Greenblatt (pengasas strategi magic formula) mendapat pulangan sebanyak 40% dalam tempoh masa 20 tahun.
Jadi kita nak meniru sesuatu yang kita boleh jadikan income.
PE dan ROE
PE Ratio (Price to earnings ratio)
Kalau korang nak tahu PE adalah harga yang kita bayar compare dengan keuntungan syarikat.
Lagi tinggi PE ratio bermakna harga yang kita bayar lebih mahal.
PE ratio juga boleh dikatakan sebagai expectation.
PE Ratio = Market price per share / earning per share
Kenapa PE tinggi ?
Market expect terlalu tinggi dengan syarikat tersebut, jadi sanggup bayar harga yang lebih mahal berbanding harga yang normal.
Bahasa mudah PE ratio adalah expectation.
Ia bukanlah gambaran sebenar keadaan syarikat.
ROE (Return On Equity)
Bermaksud pulangan keuntungan kepada shareholder.
Bermakna ROE adalah fakta.
Jika ROE tinggi maka ia adalah bagus.
Lagi tinggi lagi bagus.
Persoalannya kenapa PE ratio dan ROE merupakan komponen penting dalam magic formula investing ?
Sebabnya teknik yang diguna pakai oleh Joel Greenblatt bermain-main dengan earnings yield (EY) dan return on invested capital (ROIC).
Di Mahersaham akan menggunakan PE ratio dan ROE dalam magic formula investing.
Kenapa?
Kerana menggunakan dua perkara ini adalah yang paling mudah untuk access, mudah untuk melihatnya dan mencarinya di website.
Apa beza ROE dan ROIC?
Sebelum itu, korang tahu tak daripada mana dana kewangan sesebuah syarikat dapatkan untuk membuat bisnes?
Apabila sesuatu syarikat hendak membuat bisnes, kewangan akan datang daripada shareholders ataupun daripada loan dengan bank.
ROIC mengira keuntungan berdasarkan daripada kedua-dua komponen iaitu shareholders dan juga loan dengaan bank.
Tetapi ROE hanya mengira keuntungan berdasarkan daripada shareholders sahaja.
Namun sekiranya keadaan syarikat tersebut bagus, tidak mempunyai hutang yang banyak (atau tiada hutang sama sekali) maka ROE sama sahaja dengan ROIC.
Macam yang saya katakan tadi, ROE lagi mudah didapatkan jika dibandingkan dengan ROIC.
Setup Magic Formula Investing
Jom kita buat sama-sama.
1. Pergi ke KLSE Screener

Boleh letak nilai PE (15, 20, 30).
Nilai ROE kita letak atas nilai 10 (sebab kita nak minimum harga saham ROE nya ada dua digit)
Kemudian korang klik kotak Shariah Compliant dan klik Screen.
Apa yang berlaku selepas itu?
Akan keluarlah data-data kaunter yang terlibat.
Gambar di bawah ini adalah kaunter yang terlibat.

Sebanyak 99 kaunter saham yang terlibat.
Copy semua data dalam table kaunter yang terlibat.
2. Buka Excel
Paste data yang korang dah copy di KLSE Screener tadi.
Excel korang sepatutnya jadi seperti gambar di bawah.

Lepas tu apa yang korang kena buat?
Klik sahaja mana-mana bahagian dalam data kemudian tekan di keyboard korang button CTRL dan huruf T untuk membuat table.
Apabila muncul kotak kecil kat bawah ni, korang klik OK.

Lepas klik OK, table korang pun dah siap.

Korang boleh hide data yang lain cuma tinggalkan bahagian:
- 1.Nama
- 2.PE
- 3.ROE
Table baru korang akan jadi seperti ini.

Seterusnya, korang tambah column yang baru:
- 1.PE Score
- 2.ROE Score
- 3.Total Score
Korang tahu tak kelebihan menggunakan excel ni?
Perasan tak dalam header table tu ada dropdown button (dalam kotak merah).
Kelebihannya adalah kita ada pilihan untuk sort dari kecil ke besar atau sebaliknya.

Bagi PE nilai mana lagi bagus?
Nilai PE rendah atau nilai PE tinggi?
Sebenarnya PE lagi rendah lagi bagus sebab tak mahal.
Jadinya dalam table kita, kita sort nilai yang kecil kat atas dan yang besar kat bawah.
Korang klik sort smallest to largest.
Kemudian korang pergi ke column PE Score dan bagi nilai daripada 1 sehingga seterusnya.
Macam mana tu?
Contoh mudah macam ni, berdasarkan data ada 10 kaunter yang terlibat.
Korangkan dah sort nilai PE tadi.
Nilai PE kecil ke besar.
Betulkan?
Jadi nilai PE Score adalah berdasarkan nilai PE.
Nilai PE paling kecil = PE score sebanyak 1
Nilai PE paling besar = PE score sebanyak 10.
Korang rujuk gambar di baawah untuk lebih jelas.

Bagaimana pula dengan ROE?
Nilai kecil lagi bagus atau nilai besar lagi bagus?
Seperti yang saya jelaskan di atas, lagi besar nilai ROE adalah lagi bagus.
Jadi kita sort column nilai besar ke kecil.
Korang klik dropdown di column ROE dan klik largest to smallest.
Sama seperti PE dan PE score.
Nilai ROE score adalah berdasarkan nilai ROE.
Contoh berdasarkan data, ada 10 kaunter terlibat maka:
Nilai ROE paling kecil = ROE score sebanyak 10.
Nilai ROE paling besar = ROE score sebanyak 1.
Rujuk gambar di bawah.

Selesai untuk dapatkan nilai PE Score dan ROE Score.
Seterusnya?
Korang kena dapatkan total score pula.
Macam mana tu?
Sudah pasti hasil tambah nilai PE Score dan ROE Score.

Untuk dapatkan nilai total score, korang hanya perlu tulis formula yang terpapar di column total score.
- 1. Klik sama dengan (=)
- 2.Klik column PE score
- 3.Klik tambah (+)
- 4.Klik column ROE score
- 5.Klik enter
Dah siap!
Kalau korang tak nak buat sendiri table tu, jangan risau.
Korang pergi Mahersaham App kemudian sign up free.
Pergi bahagian screener, cari fundamental then klik magic formula investing.

Kami telah sediakan.
Boleh rujuk artikel Tutorial Mahersaham App cara guna screener tersebut.
Bila dah tahu total score korang nak buat apa?
Mestilah nak tahu kaunter mana yang lebih bagus kan.
Persoalannya nilai total score yang lagi bagus?
Nilai yang kecil atau pun nilai yang besar?
Korang rasa?
Jawapannya adalah nilai total score yang sedikit.
Jadi kita nak tengok kaunter di mana total score adalah yang sedikit.
Kesimpulan
Magic formula investing adalah salah satu teknik yang trader guna pakai dalam kajian saham.
Sekiranya anda berminat, boleh gunakan teknik ini.
Pastikan anda paham duhulu teknik ini sebelum menggunakannya.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.