Lotte Chemical Titan
Prestasi suku keempat (QoQ) Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT) pada 3Q yang berakhir pada 30 Sept, 2019 berkembang.
Unjuran daripada average sales price yang lebih tinggi dan harga nafta yang lebih rendah.
Suku Tahunan Lotte Chemical Titan Diramalkan Meningkat
Penganalisis Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) Mohshin Aziz berkata, sejak bulan Jun yang lalu, berlaku pengurangan naphtha price dan pemulihan harga bahan petrokimia asas.
Harga yang berada di paras paling bawah (support/floor price) pada 2Q2019 telah terbentuk.
Sebahagian penurunan naphtha price telah disebabkan oleh peningkatan dalam bekalan berasaskan AS serta pengeksport utama lain.
Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat permintaan dan penawaran global yang menyokong pertumbuhan syarikat.
Margin produk bagi 3Q2019 diramalkan naik sebanyak 17% berbanding suku tahunan lepas (QoQ), didorong oleh recovering product price.
Ini akan membantu meningkatkan pertumbuhan keuntungan Lotte (QoQ) dan menyokong harga ‘beli’ yang dicadangkan.
“Walau bagaimanapun, berasaskan tahun ke tahun (YoY), margin produk mungkin 9% lebih rendah,” kata Mohshin dalam laporan terbaru mengenai syarikat itu.
Target price kekal pada RM3.18,
- dihadkan kepada sasaran bagi tahun kewangan berakhir 2020 sebanyak 6.1 kali ganda;
- nilai perusahaan kepada pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan, sekitar purata peer-group berasaskan nafta.
Projek Petrokimia Bersepadu (Intergrated Petrochemical Facility)
Sementara itu, projek kemudahan petrokimia bersepadu (IPF) bernilai RM18.3 bilion akan dibina di Cilegon, Indonesia.
LCT menjangkakan pertumbuhan perniagaan petrokimia hasil daripada projek tersebut.
Kira-kira 60% atau RM11 bilion daripada jumlah kos IPF akan dinaikkan menerusi pinjaman, sementara 40% atau RM7.3 bilion lagi melalui ekuiti.
Lotte Chemical Corp (LCC) akan menyuntik dana berjumlah RM3.6 bilion dan RM3.7 bilion lagi dari LCT untuk membangunkan projek IPF.
Projek ini telah mendapat persetujuan ‘receive the nod’ daripada para pemegang saham pada hari Rabu, 2 Oktober 2019 untuk melepaskan 49% saham PT Lotte Chemical Indonesia (LCI) kepada syarikat induk, LCC, dengan harga US $ 65.39 juta (RM274.12 juta).
Kapasiti pengeluaran keseluruhan kumpulan dijangka meningkat sebanyak 80% atau 2.8 juta metrik tan (MT) daripada kapasiti semasa 3.5 juta MT.
Saham LCT mencecah paras terendah sejak awal pelancarannya ‘debut‘ dua tahun lalu selepas syarikat itu mencatatkan keputusan kewangan 2Q19 yang lemah kerana prospek penurunan harga olefin dan poliolefin.
Harga saham pengeluar petrokimia yang dikendalikan Korea Selatan ditutup tiga sen rendah semalam pada RM2.62, menjadikan modal pasaran ‘market cap’ sebanyak RM6 bilion.
Lee berkata LCI mungkin akan memulakan pembinaan IPF pada separuh kedua 2020 dan dijangka siap menjelang 2023.
Perang AS-China Punca Tekanan Margin Keuntungan
Lee berkata persekitaran perniagaan semasa adalah mencabar dan tidak menentu.
Berpunca daripada perang perdagangan AS-China yang sedang berjalan dan turun naik harga minyak, yang berkait rapat dengan eksport Naphtha.
Perlu kuat dari segi kewangan dan berdaya tahan untuk menghadapi masa yang mencabar.
Syarikat itu akan berfungsi dengan baik selagi ada pembangunan yang berterusan di Asia Tenggara untuk perniagaan fabrikasi plastik.
Lee menambah bahawa perang perdagangan AS-China telah memacu kemasukan ‘influx’ petrokimia dari Amerika Syarikat di Asia Tenggara dengan pengenaan tarif import oleh China.
Ini telah memukul prestasi kumpulan disebabkan oleh tekanan margin yang melampau.
Beliau tetap yakin dengan prospek jangka panjang kumpulan itu.
“Industri LCT dikaitkan dengan pembangunan dan urbanisasi kerana sektor plastik penting untuk pengangkutan, penggunaan perubatan dan lain-lain,” katanya.
Prospek Peningkatan Margin Keuntungan Cerah
Walaupun syarikat-syarikat petrokimia berkembang dan margin keuntungan ditekan, tetapi populasi yang semakin meningkat akan menyebabkan permintaan melebihi bekalan.
Oleh itu, margin keuntungan akan kembali meningkat, dan kitaran ini telah berterusan sekian lama untuk jangka masa 30 hingga 50 tahun yang lalu.
“Kami berharap dapat menunggang aliran menaik selepas projek IPF selesai, dan ia adalah pemacu pertumbuhan utama yang bergerak ke hadapan,” katanya.
Anda minat nak belajar saham tapi tak tahu nak mula?
Nak Join kelas pulak banyak yang mahal-mahal.
Jadi ramai yang buat konklusi yang saham ni untuk orang kaya-kaya je.
Padahal banyak je cara nak belajar saham dengan murah bahkan boleh belajar secara PERCUMA!
Sertai kami SEKARANG !!