Limit Up Limit Down
Asslamualaikum dan selamat sejahtera.
Hai! korang sihat? Dah makan belum? Jangan lupa makan tau.
Kot lah belajar saham sampai terlupa nak makan.
Kesihatan badan pun penting tau selain daripada ‘kesihatan’ dompet korang.
ehehheheheh
Semoga sihat selalu.
Hari ini saya nak kongsi sedikit mengenai limit up dan limit down.

Bagi mereka yang sudah lama dalam dunia saham, semestinya istilah ini familiar dengan korang kerana sering di guna pakai.
Korang tau tak apa itu limit up dan limit down dalam saham?
Apa Itu Limit Up
Ia bermakna paras had kenaikan harga saham bagi sesuatu kaunter dalam tempoh masa sehari.
Bahasa mudahnya, kenaikkan harga yang maksima dalam sehari.
Apa Itu Limit Down
Ia bermakna paras had penurunan harga saham bagi sesuatu kaunter dalam tempoh masa sehari.
Bahasa mudah, penurunan harga yang maksima dalam sehari.
1. Limit Up Harga Saham Bawah RM1

Bagi kaunter saham yang berharga di bawah RM 1,
maksima kenaikan adalah sebanyak 30 sen sahaja dalam tempoh masa sehari.
Bagaimana ia di kira?
Ia dikira dari closing price semalam (yesterday).
Contohnya Kaunter A tutup semalam dengan harga RM 0.550.
Jadinya hari ini Kaunter A boleh capai kenaikkan harga sehingga RM 0.850 sahaja.
Apa berlaku sekiranya sudah capai harga RM 0.850?
Maka tiada lagi transaksi berlaku setelah harga mencapai RM 0.850.
Kerana limit up adalah sebanyak 30 sen.
Walaupun pasaran saham belum tutup? Belum lagi jam 5 petang?
Ya, betul.
Kiranya Kaunter A telah tutup kedai untuk hari tersebut.
2. Limit Up Harga Saham Atas RM 1

Bagi kaunter saham yang berharga di atas RM 1,
maksima kenaikan adalah sebanyak 30% sahaja.
Bagaimana ia di kira?
Sama juga, ia dikira dari closing price semalam (yesterday).
Contohnya Kaunter B tutup semalam dengan harga RM 1.20.
Jadinya hari ini Kaunter B boleh capai kenaikkan harga sehingga RM 1.56 sahaja.
- Cara kira:
- RM1.20 X 30% = 0.36
- RM1.20 + 0.36 = RM1.56
Apa berlaku sekiranya sudah capai harga RM RM 1.56?
Maka tiada lagi transaksi berlaku setelah harga mencapai RM RM 1.56.
Kerana limit up adalah sebanyak 30%.
Kiranya Kaunter B telah tutup kedai untuk hari tersebut walaupun pasaran saham belum tutup.
3. Limit Down Harga Saham Bawah RM1

Bagi kaunter saham yang berharga di bawah RM 1,
Maksima penurunan adalah sebanyak 30 sen sahaja dalam tempoh masa sehari.
Bagaimana ia di kira?
Ia dikira dari closing price semalam (yesterday).
Contohnya Kaunter C tutup semalam dengan harga RM 0.67 .
Jadinya hari ini Kaunter C boleh capai penurunan harga sehingga RM 0.37 sahaja.
Apa berlaku sekiranya sudah capai harga RM 0.37?
Maka tiada lagi transaksi berlaku setelah harga mencapai RM RM 0.37
Kerana limit down adalah sebanyak 30 sen.
Walaupun pasaran saham belum tutup? Belum lagi jam 5 petang?
Ya, betul.
Kiranya Kaunter C telah tutup kedai untuk hari tersebut.
4. Limit Down Harga Saham Atas RM 1

Bagi kaunter saham yang berharga di atas RM 1,
maksima penurunan adalah sebanyak 30% sahaja
Bagaimana ia di kira?
Sama juga, ia dikira dari closing price semalam (yesterday).
Contohnya Kaunter D tutup semalam dengan harga RM 2.50 .
Jadinya hari ini Kaunter D boleh capai penurunan harga sehingga RM1.75 sahaja.
- Cara kira:
- RM2.50 X 30% = 0.75
- RM2.50 – 0.75 = RM1.75
Apa berlaku sekiranya sudah capai harga RM1.75?
Maka tiada lagi transaksi berlaku setelah harga mencapai RM1.75 .
Kerana limit down adalah sebanyak 30%.
Kiranya Kaunter D telah tutup kedai untuk hari tersebut walaupun pasaran saham belum tutup.
Kesimpulan
Dah faham 4 senario ini?
Pasti korang tertanya-tanya macam mana nak tengok kan?
Paling mudah di APP PLATFORM MPLUS.
Search nama kaunter then tekan bahagian QUOTE.
Limit up limit down kaunter atas RM1

Rujuk kotak merah dalam gambar.
Untuk melihat limit up dan limit down kaunter ini.
Limit up limit down kaunter bawah RM1

Sama juga,
Rujuk kotak merah dalam gambar.
Untuk melihat limit up dan limit down kaunter ini.
Senang bukan cara nak baca di MPlus App?
Jangan lupa untuk ikuti kelas Platform familiarisation yang diadakan oleh Mahersaham.
Macam mana nak join?
Korang chat dengan Team Mahersaham di sini.
Sekiranya korang klien dan student Mahersaham, kelas tersebut adalah percuma.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.