limit up dan limit down

Limit Up Dan Limit Down Untuk IPO Dan Saham Bursa Malaysia

Dalam saham, Bursa sudah menetapkan had limit kenaikan dan penurunan setiap harga saham yang tersenarai di Bursa.

Hal ini adalah bagi mengawal pergerakan harga pada hari dagangan dan mengelakkan daripada berlaku sindiket tidak sihat yang boleh menyebabkan spekulasi harga saham.

Dengan adanya fungsi Limit Up dan Limit Down ini harga saham terhad dan hanya boleh naik atau turun hingga paras harga yang telah ditetapkan sahaja.

Terdapat 2 jenis Limit anda perlu tahu iaitu:

  • Limit Up
  • Limit Down

Dalam artikel ini akan menerangkan kedua-dua fungsi Limit Up dan Limit Down ini.

Apa Itu Limit Up?

Limit Up adalah paras tertinggi sesuatu harga saham dalam sehari. Ia terbahagi kepada 2 iaitu:

Bagi saham berharga RM1 dan ke atas, kenaikan harga saham maksima adalah 30% daripada harga tutup semalam.

limit up dan limit down

Sebagai contoh, harga saham ABC semalam tutup pada harga RM1.25

Jadi limit Up saham ABC adalah;

RM1.25 + (RM1.25 X 30%) = RM1.625

Bagi saham di bawah RM1, kenaikan maksima adalah 30 sen / RM0.30 sehari daripada harga tutup semalam.

limit up dan limit down

Jika harga tutup, saham XYZ RM0.50, maka limit Up adalah;

RM0.50 + RM0.30 = RM0.80

Apa yang anda perlu tahu adalah apabila sampai paras limit Up, harga saham tidak akan naik lagi lebih dari paras Limit Up ini.

Apa Itu Limit Down?

Limit Down pula adalah paras terendah sesuatu harga saham jatuh dalam sehari. Ia terbahagi kepada 2 iaitu:

Bagi saham RM1 ke atas, harga maksima jatuh dalam sehari 30% daripada harga tutup semalam.

limit up dan limit down

Contohnya, harga saham ABC semalam tutup pada harga RM1.25

Jadi limit Down saham ABC adalah;

RM1.25 – (RM1.25 X 30%) = RM0.875

Manakala, bagi saham berharga RM1 ke bawah kejatuhan maksima adalah 30 sen/ RM0.30 daripada harga tutup semalam.

limit up dan limit down

Bermaksud jika harga tutup, saham XYZ RM0.50, maka limit Down adalah;

RM0.50 – RM0.30 = RM0.20

Apabila paras harga saham jatuh ke paras Limit Down ini, harga saham tidak boleh jatuh lagi melebihi paras Limit Down ini.

Apa pula limit up dan limit down untuk ipo?

Berdasarkan link pdf dari laman web Bursa Malaysia ini,

Kesimpulannya adalah IPO boleh mencecah sehingga 400% atau 5x ganda dari harga IPO pada hari ia disenaraikan di Bursa Malaysia.

cara nak tengok harga limit up dan limit down dalam app mplus

Nak tengok harga tersebut dalam app mplus mudah sahaja. Search nama kaunter then tekan bahagian QUOTE.

Limit up limit down kaunter atas RM1

Kredit gambar: Mplus App

Rujuk kotak merah dalam gambar untuk melihat limit up dan limit down kaunter ini.

Limit up limit down kaunter bawah RM1

Kredit gambar: Mplus App

Sama juga, rujuk kotak merah dalam gambar untuk melihat limit up dan limit down kaunter ini. Senang bukan cara nak baca di MPlus App?

Kesimpulan

Jadinya harga tertinggi dan harga terendah sesuatu saham hanya boleh naik atau jatuh mengikut had limit yang telah ditetapkan ini.

Bayangkan jika tiada Limit Up dan Limit Down. Macam-macam perkara boleh berlaku. 

Contohnya, bila berlaku spekulasi harga oleh sindiket harga boleh naik seberapa tinggi pun tanpa had. Kemudian jika harga jatuh pula menyebabkan kejatuhan tanpa kawalan.

Perkara ini tidak dibenarkan dan salah dari sudut ‘trading rule’

Maka bagi mengelakkan perkara-perkara sebegini berlaku, wujudlah Limit Up dan Limit Down ini.

Anda nak mula melabur saham Bursa wajib ada akaun CDS terlebih dahulu.

Belum ada akaun CDS daftar dulu Akaun CDS bersama saya.

Nak belajar asas saham boleh mulakan dengan dapatkan Percuma Ebook Percuma – Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Similar Posts