Lima Buku Terbaik Pelaburan Saham
Kebanyakan trader sanggup berusaha mencari ‘holy grail’ iaitu sistem yang tepat selama berhari-hari, berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun. Tanpa mereka sedari, resipi kejayaan dalam trading sebenarnya merangkumi psikologi, trading system dan money management.
Kejayaan anda dalam trading saham bukan bergantung sepenuhnya kepada system atau strategi yang anda gunakan. Sebaliknya, emosi dan keadaan mental yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang trader. Jadi untuk memastikan anda dapat bertahan lama dalam dunia trading, pastikan anda mempunyai mindset yang betul terlebih dahulu.
Banyak seminar dan buku berkaitan trading berkisar mengenai teknik atau system yang diguna pakai untuk menjana keuntungan pelaburan. Memandangkan trading set up tidak menjamin kejayaan dan kelangsungan anda dalam bidang trading, kali ini kami kongsikan buku berkaitan mindset dan psikologi yang boleh anda jadikan rujukan.
-
Trading for a Living: Psychology, Trading Tactics, Money Management
Alexander Elder merupakan Doktor Psikiatri, trader professional dan juga pakar dalam technical analysis. Beliau percaya bahawa penentu kejayaan seseorang dalam dunia trading apabila mereka dapat menguasai 3 M iaitu Mind, Method dan Money.
Beliau berkongsi mindset yang betul bagi seorang trader, bagaimana untuk membentuk disiplin yang tinggi dan bagaimana mengawal emosi. Buku ini turut mengupas mengenai technical indicators, trading system dan pengurusan risiko.
-
Trading in The Zone
Buku ini dikeluarkan pada tahun 2000 dan ditulis oleh Mark Douglas, seorang yang aktif bergiat dalam pengajaran trading. Mengikut review yang diterima, kandungan konten buku ini bagus akan tetapi penyampaiannya agak meleret.
Dalam buku ini, penulis menekankan bahawa cara pemikiran trader yang sering mencatat keuntungan secara konsisten amat berbeza dengan trader yang mediocre. Penulis berkongsi mengenai cara pemikiran dan tindakan yang menghasilkan consistent profit dalam pasaran saham.
-
Trading Psychology 2.0
Antara buku terbaru berkaitan trading psychology yang dikeluarkan pada 2005. Penulis Brett N. Steenbarger merupakan Profesor Madya dalam bidang Psychiatry and Behavioral Sciences di SUNY Upstate Medical University New York. Beliau juga merupakan seorang trader dan turut melatih ramai trader untuk hedge fund dan investment bak company.
Buku ini menyediakan panduan menyeluruh cara mengaplikasikan sains psikologi dalam dunia trading. Ia terbahagi kepada 4 bab utama yang mengupas mengenai teknik menyesuaikan diri dengan perubahan, membina kekuatan, memupuk kreativiti, dan membangun cara yang paling efektif dan efisien dalam menjana keuntungan.
-
The Essence of Trading Psychology in One Skill
Mana-mana trader yang baru terlibat dalam perdagangan saham pastinya pernah merasa ragu-ragu ketika ingin membuat belian atau jualan walaupun signal telah keluar atau mereka terlalu cepat mengambil keuntungan dan terperangkap dalam kaunter yang mengalami kerugian.
Ini adalah contoh cabaran terbesar seorang trader dan ia berlaku kerana faktor tekanan. Dalam buku ini, penulis Yvan Byeajee berkongsi sendiri bagaimana beliau mengatasi cabaran tersebut untuk kekal konsisten dalam tindakan dan hasil trading.
-
Trade Mindfully: Achieve Your Optimum Trading Performance with Mindfulness and Cutting-Edge Psychology
Buku ini membincangkan mengenai kajian psikologi dan bagaimana ia boleh diguna pakai oleh trader untuk menjadi lebih fokus, yakin dan mencipta hasil yang positif. Dr Gary Dayton merupakan seorang psychologist dan mula terllibat dalam aktiviti trading pada 1999.
Di awal pembabitan beliau dalam trading beliau mengalami kerugian. Hanya setelah beberapa tahun kemudian beliau mula mencatatkan keuntungan.
Korang dah follow/like/join media sosial Mahersaham??? Follow sekarang untuk mengetahui informasi terkini mengenai pasaran saham
Jika anda nak belajar teknik ‘copy & trade’ menggunakan platform Bursa Marketplace, boleh ke sini.