Leong Hup-Beli Ayam Panggang Semurah RM12 Seekor, Biar Betul?
Korang pernah tak beli ayam seekor siap masak RM12 sahaja?
Tak pernah? Tak tahu ayam apa?
Ayam saya maksudkan adalah Baker Cottage, sedap dan berbaloi. By the way jual ayam je pun listed di Bursa Malaysia tau.
Leong Hup International Berhad, LHI
Syarikat ini tersenarai di Bursa Malaysia sejak 1990 tetapi Tidak Patuh Syariah. Namun kita boleh belajar serba sedikit tentang syarikat ini.

Sejarah Leong Hup Berhad
Pada tahun 1960-an, mendiang Encik Lau Leng Yeaw menjalankan perniagaan borong sayur-sayuran di Muar, Johor, Malaysia.
Datuk Lau Chong Wang dan Dato’ Lau Bong Wong kemudian menyertai perniagaan borong keluarga itu dan meneruskan kepelbagaian ke dalam perniagaan lain.
Antaranya penanaman ayam pedaging untuk pasaran tempatan.
Penggunaan teknik moden dan langkah kawalan kos yang berkesan membolehkan perniagaan itu berkembang maju dan lebih ramai ahli keluarga menyertai pasukan pengurusan. Antaranya adalah Encik Lau Chia Nguang, Tan Sri Lau Eng Guang dan Tan Sri Lau Tuang Nguang.
Syarikat itu berkembang menjadi penternak ladang, loji penyembelihan dan pemprosesan makanan.
Kemudian pengembangan itu memuncak dengan penyenaraian Leong Hup Holdings Berhad (“LHI”) di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 29 Oktober 1990.
Hari ini Leong Hup International ialah salah satu pengendali ternakan ayam bersepadu sepenuhnya terkemuka di Asia Tenggara dan operasinya kini ke seluruh Malaysia, Indonesia, Vietnam, Singapura dan Filipina yang merupakan pasaran pengguna dengan populasi lebih 505.0 juta orang mempunyai potensi pertumbuhan yang ketara .
Sebagai pengendali ayam itik bersepadu terkemuka di Asia Tenggara, operasi mereka merangkumi keseluruhan rantaian bekalan ayam, pengeluaran makanan ternakan, pembiakan ayam, penternakan ayam pedaging, pengeluaran lapisan, produk ayam yang diproses, peruncitan ayam dan produk bakeri sedia untuk dimakan.
Baker’s Cottage

Leong Hup International Berhad dan anak syarikat (“Kumpulan”) terlibat terutamanya dalam perniagaan Feedmill (huluan) dan perniagaan Ternakan (pertengahan dan hiliran).
Di bahagian perniagaan ternakan itu lah terdapat salah satu cabang syarikat Food services yang mana menyediakan makanan seperti roti, kek dan ayam panggang.
Terdapat 100 kedai seluruh Malaysia jenama The Baker’s Cottage.
Bagaimana Baker’s Cottage boleh jual ayam panggang seekor dengan harga semurah RM12 sahaja sedangkan harga pasaran segmen yang sama pun harga biasa RM22-RM26.
Sebab utama adalah Baker’s Cottage dapat ayam dari satu syarikat yang sama kerana Baker’s Cottage memang di bawah Leong Hup International.
Jadi tak mustahil lah memang akan dapat harga syiling yang mereka telah tetapkan. Mereka mampu menjual kepada pelanggang dengan harga yang sangat murah tapi masih ada untung.
Selain itu bila mereka buat harga murah sebegini anda sendiri mesti akan masuk Baker’s Cottage sebab nak beli ayam panggang kan?
Kemudian bila dah masuk mesti anda akan terbeli sekali kek atau roti yang ada dalam kedai tersebut.
Sebab biasanya saya pun macam anda juga, mula-mula nak beli ayam je. Tapi bila dah masuk terbeli donut lah, roti lah dan lain-lain lagi.
Nampak tak kehebatan syarikat ini? Mereka mampu menjadi satu player yang besar untuk penternakan dan food services.
Sekarang dah tahu kan kenapa ayam Baker’s Cottage murah? Jom tengok pula siapa Board of Director Leong Hup International ini.
Board Of Director, LHI
- Lau Chia Nguang – Non-Independent Executive Chairman
- Tan Sri Lau Eng Guang – Non-Independent Executive Director & Group Business Strategist
- Tan Sri Lau Tuang Nguang – Non-Independent Executive Director & Group Chief Executive Officer
- Datuk Lau Joo Hong – Non-Independent Executive Director, Group Chief Operating Officer & Chief Executive Officer of Vietnam Operations
- Lau Joo Han – Non-Independent Executive Director & Chief Executive Officer of Malaysia Operations
- Lau Joo Keat – Non-Independent Executive Director & Country Head of Indonesia Operations
- Datin Paduka Rashidah Binti Ramli – Independent Non-Executive Director
- Chu Nyet Kim – Independent Non-Executive Director
- Goh Wen Ling – Independent Non-Executive Director
- Low Han Kee – Senior Independent Non-Executive Director
- Tay Tong Poh – Independent Non-Executive Director
Financial Information, LHI
Maklumat kewangan Leong Hup Berhad adalah seperti berikut:


Anda juga boleh lihat dividen yang pernah diberikan oleh syarikat Leong Hup ini kepada shareholdernya.
Melalui LHI Dividend Chart, syarikat ini berikan dividen dari 2019 sehingga 2021.

Kesimpulan
Anda boleh memiliki syarikat ini dengan menjadi shareholder syarikat kerana syarikat ini tersenarai di Bursa Malaysia.
Sesiapa sahaja boleh membeli saham syarikat ini. Tetapi untuk yang beragama Islam tidak boleh membeli saham ini kerana ianya Tidak Shariah (non-shariah) berdasarkan keputusan Majlis Panel Shariah SC pada November 2021.
Untuk pengetahuan bagi akaun CDS jenis Islamic, jika anda tersalah tekan beli kaunter non-shariah pun, anda tidak dapat membeli kerana ia akan auto reject.
Belum ada akaun CDS, anda boleh daftar sekarang Akaun CDS bersama saya.
Nak belajar asas saham boleh mula dengan dapatkan Percuma Ebook Percuma – Download Ebook Percuma dari Mahersaham.
Semoga bermanfaat.