Siapa sangka awal kerjaya dalam bidang kejuruteraan awam akhirnya menjadikan Haji Norazmi bin Mohamed Nurdin sebagai pengarah urusan di Lebtech Berhad yakni 100% milik bumiputera.
Begitulah jika dinamakan rezeki, andai sudah tertulis ia milik kita maka ia akan datang pada waktu yang telah ditetapkan oleh Pencipta kita.
Tiada siapa yang tahu perjalanan kerjaya seseorang melainkan Yang Maha Esa.

Baru-baru ini pengasas syarikat Maher Niaga Sdn Bhd, encik Maher Alias telah menemu ramah Pengarah Urusan Lebtech Berhad, Haji Norazmi bin Mohamed Nurdin.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri beliau serta projek yang telah dan bakal dilaksanakan oleh Lebtech Berhad.
Haji Norazmi merupakan graduan jurutera awam daripada universiti Portland, USA. Setelah menamatkan pelajaran di sana beliau telah bekerja di PETRONAS.
Projek pertama beliau adalah ‘design development and construction of Methyl Tertiary Butyl Ether (MTBE), Polypropylene (PP) plant’.
Projek ini telah siap dibina dalam masa tiga tahun .

“Apabila saya terlibat dengan projek pembinaan PP plant saya melihat skop kerja dalam bidang kejuruteraan awam di syarikat ‘oil and gas’ sangat kecil.
“Jika dibandingkan dengan bidang kejuruteraan yang lain seperti kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik mahupun kejuruteraan kimia.
“Setelah hampir 10 tahun, Putrajaya hendak dibangunkan dan ketika itu PETRONAS merupakan pemegang saham terbesar dalam Putrajaya Holdings Sdn Bhd.
“Waktu itu, mereka mencari ‘task force’ untuk jalankan projek, kajian dan pembangunan.

“Perkara ini merupakan satu peluang besar bagi saya kerana skop projek ini sangat bersesuaian bagi kelulusan jurutera awam seperti saya.
“Pada waktu itu saya menyertai Putrajaya Holdings Sdn Bhd sebagai pengurus projek pada usia 35 tahun.
“Pengurus besar syarikat adalah jawatan terakhir saya sebelum menyertai Lebtech Berhad,” jelas Haji Norazmi.
Lebtech Berhad
Percaya atau tidak, Lebtech Berhad telah bertapak di Malaysia lebih daripada 25 tahun dan berfokus kepada projek pembinaan, insfrastruktur dan bangunan.

Projek Lebtech Berhad
Antara projek yang sedang berjalan adalah pembinaan bangunan D’Kayangan di Shah Alam melibatkan 165 ekar.
Selain itu, bangunan agensi kerajaan 14 tingkat di Ipoh,Perak.
Kedua-dua projek ini telah siap sebanyak 70 peratus.

Di Ipoh, Perak juga bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia setinggi 10 tingkat telah siap sebanyak 90 peratus.
“Dijangkakan dalam masa 5 tahun akan datang Lebtech Berhad telah menyiapkan satu projek komersial melibatkan pangsapuri mewah dan pusat komersial.
Projek ini dianggarkan menelan kos sebanyak RM500 juta.
“Awal tahun hadapan dijangkakan memberi pulangan yang baik buat syarikat,” ujar beliau.

Sejarah kakitangan Lebtech Berhad
Awal penubuhan syarikat, Lebtech Berhad hanya mempunyai 3-4 orang kakitangan sahaja.
Telah bertambah sehingga lebih 20 orang kakitangan semasa penglibatan beliau dalam syarikat ini.
Kini, semakin berkembang maju menjadi syarikat bersaiz sederhana yang mempunyai lebih daripada 80 orang kakitangan.
Teknologi dan Inovasi
Menyentuh persoalan tentang bagaimana Lebtech Berhad mengekalkan teknologi dan inovasi?

Haji Norazmi berpendapat bahawa setiap syarikat hendaklah sentiasa belajar dan mengadaptasi dengan setiap pembaharuan teknologi zaman ini.
“Pihak pengurusan sentiasa berbincang mengenai pendekatan terbaru dan mencari informasi sebelum melaksanakannya.
Kami sentiasa belajar dan ‘adapt‘ dengan teknologi dan inovasi terkini.
“Andai sesebuah syarikat tidak mengikuti perkembangan inovasi dan teknologi terkini, maka berkemungkinan besar syarikat tersebut akan ketinggalan jauh” jelas beliau.
Polisi Dividen
Antara faktor yang dilihat pelabur asing kini adalah polisi dividen.
Adakah Lebtech Berhad akan mengadakan polisi ini? soal encik Maher Alias.

“Dari segi perbincangan pengurusan Lebtech Berhad, polisi dividen belum lagi dimajukan tetapi ada perancangan untuk laksanakannya.
Ini bagi menarik minat pelabur dari luar.”
“Bila sampai masanya pihak syarikat akan buat pengumuman. Walaupun agak lewat namun polisi ini penting untuk syarikat,” jawab beliau ketika diajukan soalan berkaitan dengan polisi dividen.
Pinjaman
Mengulas lanjut mengenai soalan encik Maher Alias berkenaan pinjaman yang dilakukan oleh syarikat.
Haji Norazmi berkata bahawa pada masa ini,Lebtech Berhad melaksanakan projek dengan ‘internal fund’ dan ‘cashflow’ daripada projek-projek sebelum ini.
Setakat ini Lebtech Berhad boleh ‘sustain‘ tanpa sebarang pinjaman.

“Andai ditakdirkan untuk mendapat projek lagi yang besar sehingga memerlukan kepada pinjaman maka syarikat akan lakukan.
Tetapi buat masa ini ‘almost zero borrowing’.
“Ini semua adalah satu rahmat daripada Allah.
“Hal ini kerana, dalam ekonomi yang tidak memberangsangkan,pinjaman akan menjadi satu bebanan.

“Kebanyakkan syarikat yang mempunyai jumlah pinjaman yang tinggi akan menghadapi satu tekanan hebat.
Baik dari segi hendak membayar semula pinjaman dan faedah mahupun kos untuk melaksanakan projek,” ujar beliau.
Fokus Lebtech Berhad kini
“Buat masa ini, Lebtech Berhad tiada masalah dengan isu pinjaman dan kami fokus kepada pembinaan dan dapatkan semula cashflow untuk jalankan projek.

“Kita kena yakin Allah akan beri kita rezeki di jalan-jalan yang kita tidak sangka, tiba-tiba ada sahaja rezeki yang mendatang.
Ini merupakan satu motivasi, segala kesusahan dan kepayahan merupakan ujian.
“Kita sebagai orang Islam kena yakin bahawa segala semua dugaan dan ujian daripada Allah.
Allah yang ambil dan Allah yang beri.
“It is not the end of the world unless we end ourself, which is benda yang kita tidak sepatutnya lakukan,” jelas Haji Azmi sebelum berakhirnya wawancara ini.
Kerja kita adalah usaha, berdoa dan berharap, akhirnya semua qada dan qadar Allah.
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
TUNGGU APA LAGI?? Jom daftar sekarang.