KWSP i-Sinar- Permohonan bermula 21 Disember
KWSP i-Sinar: Dibuka Kepada Semua Ahli Terjejas
Assalamualaikum dan Hai! saya akan share dengan korang semua mengenai isu semasa yang sekarang tengah hangat dibincangkan oleh kerajaan. Iaitu berkaitan KWSP.
Telah keluar berita mengenai langkah-langkah kerajaan terhadap pengeluaran wang KWSP. Berita ini telah memberitahu kita bahawa EPF members sudah boleh membawa keluar duit dari akaun mereka. Dan ia terbuka kepada semua ahli yang terjejas.

Pengeluaran KWSP: Terbahagi 2 Kategori
Untuk pengetahuan korangg..dalam berita ini ada mengatakan pemohon akan terbahagi kepada 2 kategori. Antara kriteria kategori ini adalah:
Kategori 1
Kriteria ini ialah mereka yang bekerja dalam apa-apa sektor dan mungkin bekerja sendiri. Selain itu, ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan dan ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.
Dan juga mereka yang bekerja dalam gig ekonomi. Gig ekonomi ni maksd dia adalah boleh dikatakan sebagai sharing ekonomi. Sebagai contoh, kita buat grab. kita bekerja sebagai foodpanda atau jadi freelance. Maka semua itu termasuk dalam kategori gig ekonomi.
Jadi mereka mungkin tidak ada caruman tetap ke dalam EPF. Contoh yang lain, sebelum nie mungkin mereka dah pernah mencarum tetapi setelah terlibat dalam gig ekonomi maka mereka berhenti mencarum. Jadi ini adalah kategori pertama.
Pengeluaran KWSP ini disasarkan pengeluaran yang penting kepada golongan ini. Hal ini kerana, golongan inilah antara golongan yang akan terkesan dengan lebih dahsyat lagi.
Tambahan pula, termasuk juga dlm golongan kategori satu ini adalah suri rumah dan mereka yang tidak diberikan bantuan ataupun gaji
Kategori 2
Siapa kategori kedua nie?
Haa.. kategori kedua ini ialah kategori kepada golongan yang masih bekerja. Akan tetapi mereka ada pengurangan gaji sebanyak 30% ataupun lebih, sama ada dia kena kerja dari rumah, ataupun syarikat membuat policy untuk kurangkan gaji dan kurangkan hari bekerja.
Selain itu, termasuk juga pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020
Permohonan EPF
Okey tuan-tuan dan puan-puan. Bagi anda yang ingin membuat permohonan boleh membuat permohonan mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Bagi kategori pertama, anda boleh apply bermula 21 Disember 2020 dan boleh mohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my. Untuk individu ini tiada dokumen sokongan yang diperlukan, kelulusan juga secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.
Disamping itu, pembayaran untuk ahli yang layak juga akan bermula dari pertengahan Januari 2021
Untuk kategori kedua pula, kerajaan memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan tuntutan kerja lebih masa.
Jika dokumen tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan. Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021
Jumlah Pengeluaran
Mengenai jumlah kelayakan i-Sinar, KWSP berkata, ia tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
Bagi ahli yang mempunyai baki lebih RM100,000 dalam Akaun 1, mereka boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.

Kesimpulan
Kesimpulannya, langkah yang telah kerajaan lakukan ini diharapkan dapat membantu semua golongan tidak kira sama ada dari kategori 1 ataupun kategori 2. Permohonan terhadap pengeluaran duit ini juga lebih disasarkan kepada golongan yang telah tertindas akibat daripada pandemik COVID 19 ini.
Diharapkan bantuan ini dapat membantu meningkatkan dan memulihkan kewangan individu sekaligus membantu ekonomi negara berkembang dengan lebih baik.
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.