Logo KWSP
| | |

KWSP Sebagai Deposit Untuk Beli Rumah?

Pemaju cadang guna KWSP sebagai deposit beli rumah

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) mencadangkan supaya kerajaan membenarkan rakyat gunakan daripada duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai pendahuluan membeli rumah dari 30% hingga 50%.

Tetapi, pembeli rumah hendaklah membayar semula ke dalam Akaun 2 sekiranya mereka menjual rumah tersebut.

Berikut merupakan cadangan yang diutarakan ketika sesi perjumpaan antara Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

KWSP terpecah kepada dua bahagian iaitu Akaun 1 dan Akaun 2

Umum yang diketahui sebelum ini, caruman KWSP terbahagi kepada 2 iaitu 70% di Akaun 1 dan 30% di  Akaun 2.

Caruman di dalam Akaun 1 tidak boleh dikeluarkan sehingga persaraan manakala Akaun 2 boleh digunakan bagi tujuan tertentu seperti pendidikan dan membeli hartanah.

Selain itu, pencarum KWSP boleh menggunakan wang di dalam Akaun 1 untuk melabur dalam Unit Amanah.

Yang terbaru, ahli KWSP dibenar labur sendiri caruman melalui i-Akaun.

Isu penjualan hartanah pada warga asing akibat lambakan hartanah yang tidak terjual

Cadangan REHDA mahu kerajaan membenarkan rakyat menggunakan duit KWSP mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat.

Ini kerana isu penjualan hartanah kepada warga asing masih hangat diperkatakan.

Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencadangkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk menarik tarikan pembeli dari China dan Hong kong.

Ini bertujuan bagi menyelesaikan isu lambakan rumah yang tidak terjual di negara ini.

Cadangan REHDA mengundang ketidakpuasan hati masyarakat

Pelbagai reaksi dan ketidakpuasan hati rakyat Malaysia apabila cadangan REHDA diutarakan.

Rakyat Malaysia berpendapat bahawa cadangan menaikkan penggunaan duit KWSP daripada 30% kepada 50% sebagai pendahuluan membeli rumah sebenarnya menguntungkan pihak pemaju, bukannya rakyat.

Selain itu, sekiranya rakyat dibenarkan untuk menggunakan KWSP, besar kemungkinan pemaju akan menaikkan lagi harga rumah dengan dengan lebih tinggi.

Masyarakat juga berpendapat bahawa cadangan ini bukanlah alternatif kepada peluang rakyat bagi memiliki rumah pertama.

Hal ini kerana caruman KWSP bertujuan untuk simpanan persaraan pada hari tua kelak.

Kesimpulan

Sebelum sesuatu cadangan diluluskan, hendaklah mendapatkan persetujuan dan pandangan daripada orang ramai supaya kesemua pihak mendapat kebaikan tanpa ada golongan yang ditindas.

KWSP adalah badan yang bertanggungjawab mengumpulkan dana persaraan dan melaburkannya.

KWSP seterusnya akan melaburkan duit caruman ke dalam pelbagai instrumen-komoditi, bon dan saham-saham syarikat.

Pulangan dari pelaburan ini akan diagihkan kepada setiap pencarum dalam bentuk dividen.


Anda minat nak belajar saham tapi tak tahu nak mula?

Nak Join kelas pulak banyak yang mahal-mahal.

Jadi ramai yang buat konklusi yang saham ni untuk orang kaya-kaya je.

Padahal banyak je cara nak belajar saham dengan murah bahkan boleh belajar secara PERCUMA!

Sertai kami SEKARANG !!

https://www.mahersaham.com/

Similar Posts