Kupasan Laporan CCMDBIO 30 Mei 2018
Kupasan laporan CCMDBIO ini adalah berdasarkan results update bertarikh 30 Mei 2018 yang dikeluarkan oleh TA Securities untuk Bursamids.com
Antara isi-isi penting dalam laporan adalah :
– TA Securities menyasarkan share price return adalah 5.8%, dividend return 3.4%
– jumlah keseluruhan sasaran ‘return’ kepada pelabur adalah 9.2%
– 80% raw material adalah diimport. Ini bermakna apabila Ringgit mengukuh, kos akan berkurang
– produk vitamin C seperti Champs, Flavettes dan Proviton adalah berada di bawah bahagian ‘over the counter’ segment. ‘Over the counter’ adalah ubat-ubatan yang boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi oleh doktor.
– Pengurusan berhasrat untuk menjadikan CCMDBIO syarikat farmaseutikal kedua terbesar di Malaysia dari segi ‘value’ atau nilai jualan. Pada masa ini, ia berada di belakang Merck&Co dan Pfizer. Namun demikian CCMDBIO sudah pun menjadi yang terbesar jika dilihat dari sudut ‘volume’.
– TA Securities menggunakan forward PE 20.0x dan meletakkan target share price pada harga Rm3.54 seunit saham. Ini bermaksud, TA menyasarkan EPS adalah pada rm3.54/20 = 17.7sen.
CCMDBio mempunyai 279juta unit saham.
Dengan EPS 17.7sen, sasaran keuntungan tahunan adalah 279juta x 17.7sen = rm49.383 juta. Dengan merujuk pada Table 2 : Earnings Summary kita boleh melihat bahawa research analyst TA Securities menjangka pertumbuhan keuntungan tahunan pada 7.4% pada tahun kewangan 2018 dan 9.3% pada tahun kewangan 2019.
Perkara yang perlu diberi perhatian
– Financial Analysis, atau apa jua analisa sekalipun, tidaklah tepat 100%. Hal ini adalah kerana dalam setiap analisa, pasti ada mengguna pakai anggaran / ‘assumption’ yang boleh jadi tidak berapa tepat atau terhasil dari bias oleh analyst itu sendiri.
Sebagai contoh, jika seseorang analyst itu terlalu optimis, maka dia akan meletakkan anggaran pertumbuhan keuntungan pada kadar yang tinggi. Oleh sebab itu, adalah penting setiap anggaran dibuat daripada kajian yang menyeluruh dan mengambil kira kesemua faktor.
Namun demikian, kita sebagai manusia belum tentu dapat mengenal pasti kesemua faktor yang boleh mempengaruhi keuntungan sesebuah syarikat. Jika kita dapat mengenal pasti kesemuanya sekalipun maka kita juga perlu mengetahui sejauh mana faktor tersebut mempengaruhi keuntungan sesebuah syarikat itu (‘weightage’).
Dua perkara yang perlu dititikberatkan oleh analyst atau pelabur adalah, untuk cuba menggunakan nilai anggaran yang paling konservatif dan dalam masa yang sama memperdalam ilmu pengetahuan berkaitan syarikat dan bisnes yang dijalankan agar segala anggaran dapat menjadi lebih hampir kepada realiti serta tidak terdedah kepada subjektiviti.
– Dalam laporan ini kita sudah pun mengetahui bahawa pesaing terdekat CCMDBio adalah Merck&Co dan Pfizer. Dengan maklumat ini, kita seharusnya boleh mengkaji ‘business model’ pesaing dan juga latar belakang ‘financials’ pesaing – dalam usaha mengenal pasti kelebihan CCMDbio berbanding pemain-pemain dalam industri.
Kesimpulan
TA Securities menurunkan status ‘BUY’ kepada ‘HOLD’ adalah disebabkan mengambil kira faktor ‘required rate of return’. Di penghujung laporan kita boleh membaca bahawa ‘required rate of return’ yang dimaksudkan adalah 7% (is defined as the yield for one-year Malaysian government treasury plus assumed equity risk premium).
Topik-topik yang perlu dikupas lebih lanjut :
– Revenue
– EBITDA
– depreciation
– amortisation
– net finance cost
– PBT
– ‘required rate of return’
– PATMI (atau PAT(-MI), seperti tertulis dalam report)
Source
– tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk membaca laporan penuh oleh TA Securities ini bolehlah melawat bursamids.com dan cari laporan bertarikh 3 Mei 2018 untuk CCMDBIO oleh TA Securities.
– laporan results yang rasmi untuk CCMDBIO boleh diakses di Bursamalaysia.com pada bahagian company announcements.
Sebarang soalan atau maklum balas bolehlah dikemukakan dalam ruangan komen.
Anda minat nak belajar saham tapi tak tahu nak mula?
Nak Join kelas pulak banyak yang mahal-mahal.
Jadi ramai yang buat konklusi yang saham ni untuk orang kaya-kaya je.
Padahal banyak je cara nak belajar saham dengan murah bahkan boleh belajar secara PERCUMA!
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
5