Kos Yang Terlibat Dalam Proses Jual Beli Saham
Seperti mana perniagaan, pelaburan saham juga melibatkan kos.
Terdapat pelabur yang cuba menjual setelah melihat keuntungan mereka mencecah RM 100 tetapi akhirnya mereka hanya mampu capai breakeven point (untung tidak, rugi pun tidak).
Sebab itu penting untuk anda mengetahui kos transaksi jual beli saham dari A hingga Z. Secara umum, terdapat 4 jenis kos yang terlibat dalam pembelian saham di Bursa Malaysia iaitu:
1. Brokerage fee
Kos yang dikenakan berbeza mengikut jenis akaun yang anda buka dan juga syarikat broker mana yang anda pilih
Sebagai contoh, di M+ kami menawarkan cash account trading dan margin account trading.
Brokerage fee untuk cash account lebih rendah berbanding margin account.
2. SST
Cas SST sebanyak 6% akan dikenakan ke atas kos brokage fee sahaja
3. Stamp duty
Kadar standard untuk semua broker iaitu RM 1 untuk setiap RM 1000 pelaburan modal.
Sebagai contoh jika anda mengeluarkan modal RM 10,000 untuk membeli saham, maka stamp duty adalah sebanyak RM 10.
Jika anda keluarkan modal sebanyak RM 8,000 untuk beli saham maka stamp duty yang dikenakan sebanyak RM 8.
4. Clearing fee
Rate standard untuk setiap untuk semua broker iaitu 0.03% dari jumlah contract value.
Jika anda keluarkan modal RM 10,000 maka clearing fee ialah 0.03% dari RM 10k
Kami akan tunjukkan dua jenis senario untuk berikan anda gambaran bagaiman kos transaksi akan memberi kesan kepada keuntungan anda jika modal pelaburan terlalu kecil.
- Modal pelaburan = RM 900
- Beli = 900 unit saham pada harga RM 1 seunit
- Menjual pada harga RM 1.02 atau RM 1.05 (brokerage fee: 0.08%, minimum RM 8)
Modal Permulaan dan Keuntungan
BUY | SELL (untung 2%) | SELL (untung 5%) | |
Trade Price | 1.00 | 1.02 | 1.05 |
Total Shares | 900 | 900 | 900 |
Proceed (RM) | 900.00 (A) | 918.00 (B) | 945.00 (C) |
Kos Belian dan Jualan Yang Terlibat

Untuk situasi B, anda anda dapat lihat dengan keuntungan kasar 2%, pelabur masih mengalami kerugian kerana kos jual beli saham melebihi peratus keuntungan jualan saham.
Pengiraan seperti berikut: RM 908.24 – RM 909.75 = – RM 1.51
Situasi C pula, dengan keuntungan kasar 5%, baru pelabur boleh merasa keuntungan kerana kos jual beli saham rendah dari peratus keuntungan jualan saham.
Pengiraan seperti berikut: RM 935.235 – RM 909.75 = RM 25.485
- Modal pelaburan = RM 5, 000
- Beli = 5,000 unit saham pada harga RM 1 seunit
- Menjual pada harga RM 1.02 atau RM 1.05 (brokerage fee: 0.08%, minimum RM 8)
Modal Permulaan dan Keuntungan
BUY | SELL (untung 2%) | SELL (untung 5%) | |
Trade Price | 1.00 | 1.02 | 1.05 |
Total Shares | 5,000 | 5,000 | 5,000 |
Proceed (RM) | 5,000.00 (A) | 5,100.00 (B) | 5,250.00 (C) |
Kos Belian dan Jualan Yang Terlibat
Brokerage Fee (RM) | 8.00 | 8.00 | 8.00 |
SST 6% (RM) | 0.48 | 0.48 | 0.48 |
Stamp Duty (RM) | 5.00 | 5.00 | 5.00 |
Clearing Fee (RM) | 1.50 | 1.53 | 1.58 |
Total cost (RM) | 14.98 | 15.01 | 15.06 |
Contract Price (RM) | =5, 000 + 14.98 =5, 014.98 (Situasi A: Buy) | =5, 100 – 15.01 =5, 084.99 (Situasi B: Sell) | =5, 250 -15.06 =5, 234.94 (Situasi C: Sell) |
Dengan modal pelaburan yang besar, sama ada keuntungan kasar 2% atau 5% anda masih tetap mencatatkan keuntungan. Pengiraan:
2%: RM 5, 084.99 – RM 5, 014.98 = RM 70.01
5%: RM 5, 234.94 – RM 5, 014.98 = RM 219.96
Nasihat kami, kalau nak melabur modal permulaan yang sesuai adalah RM 5 ,000 ke atas.
Kalau tidak, anda terpaksa menanggung risiko kerugian kerana kos transaksi.
Sekiranya anda masih ingin mula melabur dengan modal rendah, masih boleh tapi pastikan keuntungan kasar anda sekurang-kurangnya melebihi 3%.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.