Konsep Supply and Demand Dalam Saham
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Hai korang!
Semoga ceria-ceria selalu dan sihat bersama yang tersayang.
Artikel kali ini saya nak kongsikan sedikit ilmu berkenaan supply and demand (pembekalan dan permintaan) dalam saham.

Seperti yang kita tahu, dua konsep ini merupakan konsep yang tidak asing dalam dunia urus niaga ataupun sektor perniagaan.
Sudah pasti harga barangan berkait rapat dengan supply and demand.
Sekiranya permintaan (demand) tinggi dan bekalan (supply) kurang maka harga barang akan naik.
Tetapi bagimana pula konsep ini dalam aplikasi dunia saham?
Jom kita bongkar bersama.
3 Fundamental Law of Wyckoff
Sebelum mulakan penceritaan mengenai supply dan demand dalam saham ni, saya nak tanya korang dahulu.
Korang pernah dengar tak konsep ini?
Kat mana korang dengar ?
Bila kita kaitkan dengan pasaran saham, di mana kita jumpa konsep ini?
Sebenarnya konsep ini kita akan jumpa di dalam teori 3 Fundamental Law of Wyckoff.
Apa 3 laws yang dinyatakan tu?
- •Law of supply and demand
- •Law of cause and effect
- •Law of effort and result
Supply and Demand
Secara ringkas, sekiranya sesuatu saham itu mempunyai demand yang tinggi dan pada masa yang sama supply sedikit maka harga saham akan naik.
Begitu juga apabila saham itu mempunyai demand yang sedikit dan pada masa yang sama supply banyak maka harga saham akan jatuh.
Jom fahami dengan lebih mendalam.
Siapa demand?
Demand adalah buyer (pembeli saham)
Di mana apabila buyer ramai atau buyer agresif mungkin jugak buyer suka buy up maka harga akan naik.
Formula mudah macam ni.
Demand naik = buyer ramai = harga saham akan naik.
Siapa supply?
Supply adalah seller (penjual saham)
Kalau seller ramai agak-agak harga saham boleh naik tak?
Memang tak boleh.
Di mana apabila seller ramai sudah pasti harga saham akan jatuh.
Formula mudah macam ni.
Supply naik = seller ramai = harga saham akan jatuh
Volume and Candlestick
Supply dan demand juga boleh dikaji melalui volume dan candlestick.
Bagaimana?
Korang boleh rujuk chart saham masing-masing.
1.Candlestick hijau
- -Demand kuat = ramai membeli
- -Harga open lebih rendah daripada harga closing.
- -Harga saham mengalami kenaikan pada hari tersebut.
- –Buyer mengatasi seller
2. Candlestick merah
- -Supply kuat = ramai menjual
- -Harga closing lebih rendah daripada harga open.
- -Harga saham mengalami penurunan pada hari tersebut.
- –Seller mengatasi buyer
3.Volume
Volume juga menunjukkan berapa banyak lot yang berlaku transaksi jual beli saham.
Sebab itu ia juga menunjukkan supply dan demand.
Sekiranya candlestick hijau dan volume sedikit itu juga menggambarkan sebenarnya demand pun tidak banyak.
Sama juga apabila candlestick merah dan volume kecil itu menunjukkan sebenarnya seller dah tak kuat.
Kesimpulan
Korang boleh kaji dekat chart masing-masing.
Apakah market action (volume and price) dalam menentukan supply dan demand.
Pastikan korang lakukan kajian sebelum membeli atau menjual sesuatu saham.
Saya akhiri artikel ini dengan video pembelajaran supply dan demand dalam saham.
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.
Semoga bermanfaat!