KLSE Screener-Membantu Dalam Pelaburan Saham
KLSE Screener adalah antara app wajib ada jika anda sedang mencari-cari aplikasi telefon untuk membantu anda dalam pelaburan saham.
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma untuk pengguna Android juga iPhone fungsi menarik yang anda boleh gunakan. Antaranya:
-
Stock Alerts
Ramai antara pelabur saham terikat dengan kerja sewaktu pasaran dibuka. Jadi anda mungkin tak sempat nak monitor pergerakan harga saham selalu.
Untuk memudahkan kerja, anda boleh gunakan fungsi alert ini untuk semi -automate proses pelaburan saham.
Anda mesti sudah ada kaunter pilihan dan telah buat kajian untuk mengetahui paras resistance dan support terdekat kaunter tersebut.
Kemudian barulah anda boleh masukkan nombor di ruang lower bound dan upper bound.
Tak tahu bagaimana nak buat kajian teknikal analisis? Belajar Candlestick Pattern Paling Power dan fahami Apa Itu Technical Analysis.
Sebagai contoh untuk kaunter Sime Prop, harga semasa pada RM 1. Katakan anda sudah membeli saham tersebut tetapi sekarang takda masa nak monitor kenaikan atau penurunan harga.
Jadi anda boleh gunakan kemudahan alert. Pilih icon tiga titik, ambil alerts.
Pilih + sign kemudian masukkan harga support di bahagian lower bound dan harga resistance dibahagian upper bound, kemudian pilih save.
Anda hanya perlu tunggu, jika harga naik atau turun ke paras yang telah ditetapkan, telefon anda akan mengeluarkan bunyi alert.
2. Paper Trade
Paper trade atau virtual trade merujuk kepada simulasi pembelian saham tanpa melibatkan modal wang sebenar.
Jika anda belum mempunyai modal yang mencukupi untuk mula melabur dalam saham maka anda boleh mulakan dengan paper trade dahulu.
Biasakan diri untuk membuat kajian saham kemudian cuba beli secara olok-olok untuk lihat sama ada anda dapat hasilkan keuntungan atau kerugian.
Dari situ anda akan mempunyai pengalaman merasa untung rugi.Untuk menggunakannya, anda perlu ke bahagian Profit & Loss.
Untuk kegunaan kali pertama, anda perlu buat tetapan fees settings terlebih dahulu. Fees ini berbeza mengikut brokerage fee masing-masing.
Jika anda pengguna M+ gunakan contoh amaun seperti gambar dibawah:
3. Financial Reports & Entitlements Update
KLSE Screener turut mempunyai kemudahan untuk menyemak sebarang berita terbaru mengenai laporan kewangan dan juga entitlements seperti pemberian dividen atau pengeluaran bonus issue.
Nak ketahui lebih banyak mengenai bonus issue baca Right Issue dan Bonus Shares Untuk PWorth.
Untuk pembelajaran lanjut mengenai KLSE Screener, kami turut sediakan video untuk tontonan anda.
https://www.facebook.com/mahersaham/videos/1845800512319097/