|

Kisah Kena Tanggung RM40K Client

Terkenang Kisah Tanggung Rm40K Kerugian Client Di Perpustakaan Negeri Melaka

Hari ini saya dan team pergi melawat Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) di Bukit Baru, Melaka. Tujuannya adalah ini adalah lokasi untuk dijadikan tempat group coaching pada minggu hadapan.

Perpustakaan Negeri Melaka

Dah hampir 8 tahun tinggal di Melaka, tapi saya tak pernah jejakkan kaki ke sini. Satu tempat yang menarik untuk pencinta-pencinta buku. Untuk sewa bilik dijadikan tempat meeting pun sangat-sangat berpatutan.

Sebelum bertolak ke perpustakaan, saya sempat perasan ada client tanya soalan berkaitan satu syarikat ni, nama dia BPURI ada nak buat share consolidation. Bagi saya share consolidation ni benda biasa, dah cerita banyak kali. Namun saya buat juga penerangan sekali lagi berdasarkan announcement di Bursa Malaysia dan letakkan di telegram dan facebook.

Sedar tak sedar sebenarnya client ada beritahu bilangan unit yang dia ada masih sama dengan bilangan unit yang dia ada sebelum berlakunya share consolidation.

Lain macam, saya pun semak dalam Skype tempat bertanya dan merujuk HQ berkaitan isu ini. Memang rupanya ada remisier lain yang sudah bertanya berkaitan isu ini.

Atas sebab-sebab teknikal, bilangan unit dalam portfolio client belum dikemaskini. Segala penjualan saham BPURI dibekukan sementara, dan dalam masa beberapa minit atau 1 jam lebih kurang, portfolio client sudah dikemaskini dengan bilangan yang sebenar.

Ingat meeting di perpustakaan nak bincangkan agenda lain untuk Mahersaham, nampaknya kena berhempas pulas selesaikan masalah ini.

Suatu ketika dahulu, pada Jan tahun 2020, pernah berlaku satu situasi di mana kebanyakan broker yang ada telah kena ‘game’ dengan corporate exercise oleh sebuah syarikat. Kebanyakan remisier juga telah menjadi mangsa dalam kejadian tersebut.

Bukan nak kata kena ‘game’ sebab wujudnya penipuan, walaupun memang ada sesetengah orang menyampaikan teori konspirasi tersebut. Namun sistem broker tak bersedia dengan corporate exercise untuk sebuah syarikat ini. Dia buat share consolidation dengan skala yan besar,, pada Jan 2020 iaitu 50 unit akan menjadi 1 unit. Harga pada hari ex-date secara kasarnya akan meningkat 50x ganda harga sebelum ex-date.

Sebagai contoh Ali ada 5,000unit saham C pada 21 jan 2020. Saham C ini pada tarikh 22 jan 2020 akan sepatutnya menjadi 100 unit sahaja. Harga pula akan meningkat 50x ganda. Sebagai contoh, pada 21 jan 2020 harganya adalah 3.5sen, tapi pada 22 jan 2020 semua orang akan nampak saham C jadi RM1.75 atau lebih kurang.

Kalau bilangan unit memang terus adjust jadi 1,000 unit pada 22 jan 2020, orang pun tak heran sebab jumlah keuntungan atau kerugian tak beza banyak dengan hari sebelumnya.

Dalam contoh ini, dengan pegang 50,000unit pada harga 3.5sen = RM1750. Sepatutnya 22 jan 2020, Ali ada 1,000unit pada harga RM1.75 = RM1750. Sama.

Cuma bilangan unit masih nampak 50,000 unit dalam sistem dan bukannya unit yang baru iaitu 1,000unit.

Ali tengok portfolio dia 50,000unit pada harga RM1.75 = RM87,500 atau naik 4900%.

Tanpa fikir kenapa dia boleh untung 4900% secara tiba-tiba, tanpa berasa pelik apa tanda X (yang merujuk ex-date) sebelah nama saham C tu, dia pun jual semua.

Berapa unit dia terlebih jual dari yang sepatutnya?

Patutnya hanya layak jual 1000unit sahaja, tapi pergi jual 50,000unit. Dah terlebih jual (oversold) 49,000unit.

Mana yang remisier sempat inform dan beritahu keadaan sebenar, akan cuba beli balik.

Waktu jual tadi harga RM1.75. Bila semua orang nak beli cover balik bilangan terlebih jual, demand naik, supply tak cukup, harga tak akan kekal RM1.75, tengok jadi RM1.95.

49,000unit x 20sen (beza harga beli dan jual) = RM9,800 loss hanya sebab terjual dan kena beli balik. Itu kalau beza 20sen atau 11%. Kalau kenaikan lagi tinggi? Loss jadi lagi tinggi.

Seingat saya petang tu saham itu limit up, mencapai kenaikan tertinggi dalam sehari iaitu untuk saham berharga atas RM1, dia akan naik sehingga 30%. Dalam erti kata lain, saham C telah naik kepada harga RM2.27. Perbezaan harga adalah 52sen dibandingkan dengan RM1.75.

Ini bermakna, jika client terpaksa beli pada waktu petang, 49,000 unit x 52sen = RM25,480. Itu adalah jumlah kerugian… loss hanya sebab terjual unit yang dia tak ada dan kena beli balik.

Dapat kes yang tak sempat remisier inform, atau client lepas jual, rasa ‘high’ sebab untung besar, terus hilangkan diri pergi enjoy. Client akan kena denda. Denda adalah bilangan unit terlebih jual x 10tick dibandingkan dengan harga closing pada hari itu.

Dan disebabkan harga saham telah limit up, memang kebanyakan client tak dapat nak beli balik pun. Boleh search limit up Mahersaham untuk faham berkaitan apa maksud limit up.

Jadinya, kita cuba la kira denda pula. Closing hari tersebut RM2.27, jika ditambah penalti 10bid, maka jadilah RM2.37. Dapatkan perbezaan dengan harga jual (yang jual awal pagi sebab tak tahan tengok untung 4900%) = 62sen. Darabkan pula dengan bilangan unit terlebih jual, 49,000unit. RM30,380.

RM30,380.

Itu harga atau kerugian yang client kena bayar balik sebagai denda terlebih jual unit yang dia tak ada.

Padahal berapa je value pegangan saham dia sebelum semua benda ni terjadi?

RM1,750.

Akaun jenis Cash Upfront bukan macam akaun margin, boleh sampai kena berhutang lebih daripada duit yang kita letakkan dalam akaun.

Tapi bila jadi kes macam ni, sebenarnya akaun cash upfront pun teruk kena.

Maka macam-macam lah terjadi. Client salahkan broker, remisier salahkan Bursa, salahkan broker… broker salahkan remisier, client pula salahkan remisier…. ada juga broker salahkan client….

Ringkas cerita, kalau client tak boleh bayar, siapa patut tanggung? Remisier… tolak dulu dari duit deposit remisier. Namun remisier akan proceed dengan urusan saman client la untuk cuba dapatkan duit tu… tapi kalau dah client pun golongan marhaen asalnya hanya dapat letak RM1000 je mana nak cekau RM30k ?

Terduduk la waktu tu… amount tu sebenarnya saya pun dah tak ingat, rm40k – rm60k. Amount tu bukan sedikit, perlu beberapa bulan punya gaji nak cover amount tu – mungkin lebih kurang 7bulan.

Kadang-kadang kita terfikir jugak, kita ingat bisnes dah berkembang, stabil, cantik. Datang kejadian ‘black swan’ macam ni…… suruh berpijak di dunia realiti. Melihat ke belakang, waktu itu, itulah level yang nak kena hadap waktu itu…. kemudiannya level kerugian akan meningkat seiring dengan masa dan pendapatan yang diperolehi… mana mungkin nak dapat RM1juta tapi hanya sanggup hadap loss RM3k sebagai contoh…

Benda itu berlaku hujung Jan 2020. Kekecohannya berlanjutan ke bulan Feb 2020. Masuk bulan Mac 2020, situasi baru pula muncul – COVID. Itu adalah cerita lain….

Selesai di perpustakaan, sambung makan di Sky Deli, The Shore

Saya Maher Alias remisier saham dengan Mplus. Berminat buka akaun boleh ke akauncds.com

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *