KISAH DI SEBALIK PEMEGANG SAHAM TERBESAR LEBTECH BERHAD

Non-Independent Non-Executive Director di syarikat Lebtech Berhad.

Latar Belakang

Dato’ Noor Azman mula meminati bidang pembangunan hartanah apabila mengendalikan satu projek unit kewangan semasa bekerja di syarikat perbankan.

Beliau didedahkan dengan dunia bisnes sejak kecil lagi. “Semasa masih kecil, datuk saya membuka perniagaan runcit manakala ibu merupakan seorang peniaga di Klang pada masa itu,” ujarnya.

Menyambung pendidikan dalam bidang perniagaan dan telah bekerja di syarikat perbankan selama 3 tahun.

”Waktu itu saya bertanggungjawab memproses pinjaman untuk diberikan kepada pemaju dan dari situ saya mula mendalami ilmu sehingga tertarik dengan bidang hartanah,” tambah beliau.

Sekarang memegang jawatan sebagai Non-Independent Non-Executive Director di syarikat Lebtech Berhad yang merupakan milik Bumiputera 100%.

menceburi bidang hartanah
kredit gambar : freepik.com

 Mula menceburi bidang hartanah

Beliau telah meletak jawatan pada tahun 1988 dan memulakan projek pembangunan secara kecil-kecilan. Projek pertama beliau adalah membangunkan kawasan tanah seluas 3 ekar yang tidak dapat disiapkan oleh pemaju.

“Kejayaan projek pertama saya membakar lagi semangat untuk membangunkan lebih banyak kawasan,” katanya.

”Kebanyakan tanah yang dimajukan pada waktu itu berstatus tanah rizab Melayu,” tambahnya lagi.

Salah satu kejayaan terbesar pada waktu itu adalah apabila Dato’ Noor Azman berjaya mendapat tender beratus ekar.

“Saya mendapat kepercayaan daripada kerajaan waktu itu untuk memajukan tanah yang berkeluasan beratus ekar,” kata beliau lagi.

Krisis Ekonomi

Menurut Dato’ Noor Azman semasa beliau mula menceburi bidang ini, ekonomi Malaysia telah pun meleset namun mereka teruskan sahaja kerana perkara ini tidak dapat dielakkan.

ekonomi Malaysia
kredit gambar : freepik.com

”Krisis ekonomi akan berlaku dalam setiap beberapa tahun dan perkara ini tidak mampu dielakkan. Krisis ekonomi sebenarnya macam mana cara kita hendak kendalikan sahaja.

“Walaupun tengah berlaku krisis ekonomi kami akan terus meningkatkan prestasi,” tambah beliau lagi apabila di soal mengenai krisis ekonomi yang sedang berlaku.   

Cabaran dalam bidang hartanah

Bidang hartanah bukan bidang masyarakat Melayu pada masa itu maka bidang ini didominasi oleh golongan bukan Melayu. hal ini menjadikan pesaing-pesaing adalah mereka yang bukan berbangsa Melayu.

“Saya kena berusaha untuk menjadi hebat seperti pesaing-pesaing yang lain bahkan menjadi lebih baik daripada mereka,” jelas Dato’ Noor Azman.

Cara mengatasi Cabaran

Dalam setiap perkara yang kita buat, kita memerlukan kerja keras, fokus dan komited. Tidak lupa juga untuk melaksanakan tanggungjawab solat 5 waktu.

Itulah kata-kata Dato’ Noor Azman semasa di temu bual baru- baru ini.

Nasihat buat anak muda yang mula berjinak dengan saham

Korona Virus (COVID-19) yang menyerang seantero dunia termasuk Malaysia menyebabkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

saham
kredit gambar : freepik.com

Ramai yang membuka akaun ‘Central Depository System’ atau Sistem Depositori Pusat (CDS) musim PKP ini tanpa asas ilmu saham malah penyertaan daripada pelabur runcit biasa semakin meningkat di bursa Malaysia.

Antara nasihat yang diberikan oleh Dato’ Noor Azman adalah kita hendaklah berhati-hati apabila melibatkan saham kerana ada manipulasi dalam market.

Banyak faktor yang perlu di ambil kira antaranya memilih syarikat yang mempunyai  asas yang kukuh atau strong fundamental, jumlah dividen yang diberikan dan membeli saham bukan dalam jangka masa pelaburan yang pendek.

Kesimpulan

Kejayaan itu memerlukan pengorbanan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan hidup. Kita hendaklah berusaha keras dalam menuntut ilmu agar kita memahami bukan sekadar asas sesuatu ilmu bahkan kita memahami selok-belok ilmu tersebut.

KEJAYAAN
kredit gambar : freepik.com

Belajar untuk fokus pada satu pekerjaan agar kita tidak terkejar dan terbeban dengan pelbagai tanggungjawab.

Komited dalam apa-apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan dan tidak lupa tanggungjawab kepada Tuhan.

Itulah kata-kata penutup ketika ditemu ramah.


Download Ebook Saham PERCUMA :

http://bit.ly/sahamyouutubee

http://bit.ly/sahamyouutubee

Kongsi Artikel Ini:

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Prestasi Saham Bursa Malaysia

Follow Facebook MaherSaham

Follow Kami