Kira Average Price Untuk Portfolio Dan Contract Note
Ramai yang masih samar-samar dalam proses nak kira average price (harga purata) saham yang sudah dibeli.
Secara mudahnya, apa yang dipaparkan dalam portfolio saham di Mplus adalah hasil purata kos pembelian kita dibahagikan kepada bilangan unit yang kita beli.
Contoh pengiraan harga saham yang dibeli
7 Sept
– Beli kaunter A sebanyak 20,000 unit pada harga 0.45. Jumlah kos/modal adalah RM9000 (20,000 x 0.45)
8 Sept
– Beli lagi kaunter A sebanyak 10,000 unit pada harga 0.5. Jumlah kos/modal adalah RM5000 (10,000 x 0.5)
Maka dalam portfolio, bilangan unit yang anda miliki adalah 30,000.
Cara kira average price yang biasanya dilakukan :
RM9000 + RM5000 = RM14,000
RM14,000 dibahagikan dengan jumlah unit 30,000, maka
RM14,000 / 30,000 = 0.467
Namun, masalah timbul bila anda menjual pegangan saham katalah pada 15 Sept.
Anda menjual sebanyak 25,000 unit.
Anda ada baki lagi sebanyak 30,000 – 25,000 unit = 5,000 unit.
Berapa purata harga yang akan ditunjukkan dalam portfolio?
Sepatutnya masih 0.467 sebab tiada pembelian baru, betul?
Salah!
Perkiraan Harga Purata Saham Adalah Secara FIFO
Sebabnya cara kira average price yang digunakan oleh Mplus adalah FIFO (first in first out).
Maka, ketika anda menjual 25,000 unit, maka anda sebenarnya menjual 20,000 unit yang dibeli pada kali pertama (iaitu pada harga 0.45) dan 5,000 lagi adalah daripada pembelian kali kedua iaitu pada harga 0.5.
Akhirnya, yang tinggal adalah 5,000 unit lagi pada pembelian kali kedua pada harga purata (average price) RM0.50.
Pelik bukan?
Itu adalah disebabkan cara kira yang berbeza.
Kalau ini dah pelik, apatah lagi nak kira share consolidation, lagilah pelik.
Walaupun tak seperti yang dikehendaki mungkin oleh sesetengah orang, namun pengiraan itu tidak salah dari sudut accounting.
Jika anda menjual saham tersebut, anda menjual pada harga semasa dan ianya tidak ada kaitan dengan harga purata anda.
Namun ianya menimbulkan kekeliruan pada anda sekiranya anda sudah biasa membandingkan harga yang anda jual atau harga semasa dengan harga purata keseluruhan pembelian saham.
Lagi contoh pengiraan boleh lihat gambar di bawah. Diperoleh daripada pihak support Mplus.


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini.
Kita sarankan anda untuk baca Cara Kira dan Baca Contract Note pula.
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.