|

Ketidaktentuan Pasaran Berterusan

Ketidaktentuan Pasaran

Ketidaktentuan pasaran telah mengakibatkan ekonomi Malaysia hari ini berada di paras yang agak membimbangkan.

Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengumumkan Bajet 2019 akan mengurangkan peruntukan bantuan sara hidup rakyat secara berperingkat.

Pelaksanaan ini dilihat bagi menggerakkan rakyat ke arah pembangunan yang produktif seiring dengan pertumbuhan ekonomi.

Di samping itu, Lim Guan Eng berpandangan Bajet 2019 agak mencabar dengan keadaan kewangan negara dalam masa yang sama harus menjaga kesejahteraan rakyat.

Realitinya, kita sendiri dapat melihat nisbah pendapatan rakyat terhadap peningkatan kos perbelanjaan lebih tertumpu kepada kenaikan kos berbanding peningkatan pendapatan.

Ini disebabkan oleh faktor pertumbuhan ekonomi Malaysia sendiri.

Inflasi negara tahun ini dijangka berada pada purata 1.5% hingga 2.2% disebabkan oleh ketidakstabilan pasaran global dan harga minyak mentah.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Utusan Online bulan lalu turut melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia atau juga dikenali sebagai Gross Domestic Product (GDP) tahun ini berlaku sedikit kemerosotan.

GDP Malaysia berada pada paras 3.8% hingga 4.2% pada suku pertama 2019 berbanding tahun lalu.

Rentetan itu, sesetengah pihak mula menyuarakan pandangan mereka dengan mengaitkan isu ini dengan kesan perdagangan Amerika dan China yang tidak berkesudahan.

Ditambah pula dengan persaingan daripada negara maju lain seperti negara-negara Kesatuan Eropah.

Hal ini sudah semestinya memberikan tamparan yang hebat kepada Negara dan juga rakyat bagi menangani masalah kos sara hidup dalam usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Oleh itu, apakah tindakan kita?

Antara 5 perkara yang boleh dipertimbangkan bagi meningkatkan taraf hidup:

Fikirkan pendapatan sampingan

Contohnya boleh melakukan kerja part time seperti berniaga online, berniaga kecil-kecilan atau bisnes dalam saham jika berminat untuk belajar teknikal analisis. Ataupun boleh juga layari mahersaham.com untuk mengikuti informasi semasa berkaitan saham.

Kurangkan kos perbelanjaan

Salah satu cara yang boleh dipraktikkan adalah membezakan keperluan dan kehendak. Sebelum hendak berbelanjakan, kenal pasti samada ianya keperluan atau hanya kehendak semata. Latih diri untuk tidak menyalurkan perbelanjaan mengikut kehendak.

Lebihkan menyimpan dari berbelanja

Sanggup untuk korbankan dahulu keseronokan demi kesenangan akan datang. Set in mind yang mana nilai duit hari ini tidak akan sama nilainya pada masa hadapan disebabkan oleh faktor Time Value of Money.

Simpan dahulu, belanja kemudian

Ada perancangan yang tersusun dan rapi dengan memperuntukkan lebih banyak peratusan untuk simpanan berbanding perbelanjaan. Contohnya 60:40 atau 70:30 (simpan:belanja)

Disiplin

Yang paling penting sentiasa mendisiplinkan diri dalam menguruskan wang/gaji dan mengikut pelan perancangan yang telah ditetapkan supaya matlamat tercapai.

Similar Posts